‘KERANA TERLUKA’ YANG BERHANTU…..

Semenjak balik  dari Pulau Mabul ni… Ya Allah.. Malas betul rasanya.. Tak suka! Tak suka! Tak suka! Hehehe.. Alasan sebenarnya.. Inspirasi agak kurang lately ni kerana beberapa perkara berlaku di sekeliling aku. I avoid to write sebab nanti tulisan aku akan ke arah negative. Itupun, ini entry yang ketiga yang aku tulis selepas berjam-jam di depan laptop gara-gara tak boleh focus.  Entry yang 2 lagi tu, tak best & negative ya amat! Tak suka.. Tak suka.. Tak suka… Akhirnya, dapat idea yang lain. Yeayyy.. Dapat juga siapkan satu entry! Dah macam kerja penulis professional pula rasanya..  Hahahaha…

Beberapa keputusan perlu dibuat dan aku perlu laksanakan beberapa perancangan yang telah aku lakukan. Dalam masa yang sama, beberapa hari ini terasa a bit down sebab terasa hati dengan seseorang – berkenaan kerja. Bukannya personal. Eric yang sabarkan aku. Aku ni kalau dah terasa hati atau berkecil hati memang susah nak lupakan. ‘Sekali terluka selamanya terasa’ kata orang.. Tetapi mudah juga lupa. Sebab itu adakalanya berkali-kali dilukai. Memang sesuai sangat lagu ‘Kerana Terluka’ tu dengan aku, kan?

Aku ni paling pantang dengan perangai ungkit. Jangan mengungkit sebab aku tahu aku ni seorang yang ikhlas & jujur di dalam pekerjaan mahupun segalanya. Aku tidak berkira. So, sebab itulah dok memendam 2-3 hari ni. Memikirkan apakah keputusan yang perlu aku ambil. Confuse kan part ni? Apalah agaknya yang Nurul Wahab ni terasa hati sangat! Hahahaha… I keep it to myself. Jadi artis ni, tak semua boleh diluahkan. Nanti ada saja yang dimanipulasikan serta mendatangkan bencana. Jadi, telan sahaja. Itu pun dah banyak juga aku luahkan di atas tu.. Aku mahu melupakan perkara itu. Yes, not easy. Ambil masa. Sibukkan diri, lupa lah tu nanti.

Bercerita mengenai ‘Kerana Terluka’ di atas – teringat pula pengalaman aku merakamkan lagu itu 17 tahun yang lalu… Lamanya.. Pantas betul masa berlalu. Fauzi Marzuki yang menerbitkan lagu ciptaan Toyak itu – memang habis bersabar dengan aku. Kalau nak tahu, lagu tu aku rakamkan di 3 studio yang berbeza , mengambil masa yang paling lama & 4 hari diambil untuk menyiapkannya. Abang Fauzi mahukan penghayatan yang baik kerana aku tidak dapat menghayati apabila kali pertama dirakamkan. He believes in me – so, he wants the best for that killer song! Lirik pula ditulis oleh Mama Juwie, mana taknya lagu itu berhantu!

Suasana di studio sungguh asing bagi aku yang amat ‘hijau’ ketika itu. Menyanyi dengan headphone paling susah sebab aku belum biasa dengan sound yang terpekup di telinga. Kalau nak diikutkan, menyanyi di studio lah yang paling best sekali kerana sound yang perfect. Memandangkan ianya kali pertama, aku belum pandai hargai kualiti bunyi yang baik.  Budak baru lah katakan… Jadi, Abang Fauzi benar-benar berhempas pulas untuk aku. Aku yang belum faham akan proses rakaman ketika itu, hairan dengan keadaan itu. Kenapa pula penerbit hebat itu mahu aku rakamkan lagu itu berkali-kali. Bukan itu sahaja, pemuzik yang dijemput untuk lagu itu juga bukan calang-calang orangnya. Antara yang aku ingat, yang turut sama di dalam pembikinan lagu itu adalah Allahyarham Samad. Guitarist yang sungguh hebat dengan petikkannya yang mengasyikkan. Aku ditemukan dengan mereka supaya aku dapat semangat dan juga dapat memotivasikan aku. Takut betul. Maklum saja masih baru, belum pandai menyusunkan kata! Masih malu!

Masih blur dengan apa yang bakal berlaku di masa akan datang (ketika itu), aku hanya mengikut apa sahaja yang Abang Fauzi mahukan. Dia seorang yang serius bekerja. Sepanjang rakaman, tak banyak yang dibicarakannya. Bila ada yang salah, aku diminta ulang berkali-kali – malah aku pernah rasa bosan. Aku yang belum faham apa itu pitching di dalam nyanyian – lagilah confuse apabila aku tak diberitahu apa yang dimahukan. Nyanyi sajalah Nurul – itu yang aku fikirkan.

Lagu itu akhirnya selesai rakamannya selepas studio ke-3, iaitu di studio BabyBoss. Long time ago, I don’t know that studio still exist or not now. Abang Fauzi betul-betul berpuas hati selepas itu. Komited betul Fauzi Marzuki. Pengalaman bekerja dengannya menjadi satu pengalaman yang amat manis. Aku pasti Abang Fauzi juga tak akan melupakan pengalaman merakamkan lagu dengan aku. Ianya lebih nyata apabila selepas 10 tahun aku merakamkan lagu itu – kami bertemu semula. Kami di dalam pejabat studio yang sama ketika aku mengusahakan sebuah syarikat rakaman dan studio bersama Ajai. Abang Fauzi sering ketawakan aku. Malah dia juga memuji apabila mendengarkan dan membuat proses mastering untuk lagu-lagu duet aku dulu. Katanya, ‘kalau nyanyi macam ni untuk ‘Kerana Terluka’ dulu, dah pasti aku tak payah habiskan duit untuk sewakan studio yang berbeza!’

Aku sering rasa bersalah apabila dia berseloroh tentang pengalaman kami itu. Tapi katanya lagi, itulah pengalaman yang sering menjadikan seseorang penyanyi itu lebih sempurna. Semua penyanyi baru merasai yang sama. Rupanya dia faham keadaan aku yang belum pernah ada pengalaman di studio. Terasa lega sedikit. Cuma dia tidak beritahu aku. Rindu mahu bekerja lagi dengan composer & penerbit album sepertinya. May Allah bless him.

Ternyata kepercayaan Abang Fauzi dengan melodi lagu itu, serta kepada aku – membuatkan lagu itu benar-benar bertahan sehingga kini. Malah aku merakamkan semula lagu itu dengan susunan muzik yang terbaru pada tahun 2007. Aku minta khidmat Bong untuk menyusunkan semula lagu yang amat digilai ramai itu. Hasilnya amat baik sekali. Bukan hanya susunan muzik yang segar, malah nyanyian aku juga berbeza. Lebih matang dan lebih penghayatan. Syukur aku belajar teknik nyanyian dengan Puan Siti Hajar. Dengan vocal teacher yang hebat ini juga, aku punyai banyak pengalaman yang menarik selama 4 tahun bersamanya. Siapa pun tak tahu kan? Dia cikgu vocal yang hebat & yang terbaik yang pernah aku kenali. She is in fact like my own mother. I love her so much!

So… Aku bakal menyanyikan lagu ‘Kerana Terluka’ itu secara live sekali lagi – buat ke berapa ribu kali aku pun tak pasti – but I like it – Di dalam program yang diterbitkan oleh TV1 RTM esok (1 Nov 2012) jam 9 malam di studio 1 Angkasapuri. Seronok bukan kepalang! Dah lama tak nyanyi di tv! Thanks Abang Muharji for the invite! Jangan lupa tontoni ‘Tiada Lama, Tiada baru.’

Terima kasih Toyak (Iwan) for the lovely song that sustain me until today. Mama Juwie you are one of the greatest lyrists and I am so lucky to have sang one of your many beautiful wordings. Kerana kehebatan lagu mereka itu, aku dah sukar mendapatkan lagu setandingnya. Jadi, sebab itulah lagu-lagu aku yang lain jarang didengari di mana-mana radio kerana ramai yang masih request ‘Kerana Terluka.’ Apa-apapun, aku bersyukur dan menerima kenyataan itu. Thank you guys for the support!

Advertisements

9 Comments on “‘KERANA TERLUKA’ YANG BERHANTU…..

  1. kerana terluka evergreen song! insyaAllah nurul one day you would get another killer song…keep singing my dear 🙂

    • Thanks Zaid… You are ! of those greatest fans yang sentiasa bagi semangat! thanks a lot!

  2. sy sangat jatuh cinta dgn lagu ‘kerana terluka’ & lagu raya..’rindu syahdu di hari raya’..memang best..dulu fmly and office mate x suka dgr lagu rindu syahdu di hari raya..bila dah hr2 sy nyanyi2 ank lagu tu kat opis or kat umah (even bkn time pose or raya)..lelama lagu tu dh jd favourite di klngan teman2 rapat..hehe..gemersik sungguh suara akk, x jemu mendengar lagu2 akk..> always love u kak <

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: