RINDU DI HARI RAYA & SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA!!

Petang Raya Aidil Adha  – aku duduk termenung sendiri. Menunggu panggilan telefon dari Ayu. Dah cuba call dan sms kawan satu dom nya di STF, tak pula berjawab. Hmmm… Kata Ayu last week, papanya akan berada di Johor dan mereka akan beraya bersama. Ayu ada telefon bimbit tetapi dirampas oleh sekolah di dalam satu operasi spot check. Mereka dilarang membawa telefon bimbit di sekolah berasrama penuh itu. Susah juga nak call dia. Kena tunggu dia call. Rindunya bukan kepalang. Terbawa-bawa dalam mimpi semalam.

Ceritanya dari dalam mimpi itu, Ayu bercuti ke tempat lain. Not even with the father & the step mother. Aku terkejut& terjaga. Terfikir, alamak! Anak dara aku ni dah pandai menipu ke?! Sampai macam tu sekali aku fikir! Bila aku kenangkan semula, ianya hanya mimpi. Mainan tidur. Dah memang aku rindukan sangat, so terbawa-bawa entah apa-apa cerita di dalam mimpi. Nak call papanya, aku tak ada number terbarunya dan kami dah setahun lebih tidak berkomunikasi. Mahu hubungi ibu tirinya, kata Eric tak syok pula nak ganggu. Aku hanya ada phone number dia untuk menghubungi Ayu kalau mereka bersama. Tak pernah pula aku call mereka berdua jika mahu bercakap dengan Ayu. I know they’re taking care of Ayu very well. Cuma sebagai seorang ibu, rindu nak dengar suara anak dan mahu tahu keadaannya sahaja. Ayu pilih untuk beraya dengan mereka sebab aku & Eric baru balik dari penggambaran di Tawau & Pulau Mabul. I’m sure she’s alright & happy in Muar with the grandparents too. Dalam hati dok berdoa ni… “Ayu call Mama, please..” She will call. I know. Allah Maha mendengar..

Bukannya mimpi pasal Ayu saja semalam, siap mimpi pasal show. Dah beberapa kali aku mimpi tentang aku yang tak dapat buat warm up suara melalui bubbling yang aku belajar dari Cikgu Siti Hajar! Seram betul! Ini terlebih seram dari cerita hantu! Hahahhaa… Nyanyian segalanya buat aku. Agaknya baru-baru ini aku kerap fikirkan tentang show & persembahan, sebab itulah mimpi macam tu.

Aku kerap juga mimpikan arwah mak & abah. Especially bila setiap kali sebelum tidur aku sedekahkan Al-fatihah buat keduanya. Mak paling kerap. Ada sekali tu mimpikan Mak tersenyum senang di dalam kereta dengan aku. Lokasi dalam mimpi –  di simpang Batu Caves & Gombak! Entah macam mana boleh berada di situ. Kelakar betul. Mak tak berkata apa-apa. Hanya tersenyum. Rindu juga kepada arwah mak & abah sebenarnya. Di hari raya ni, memang la terkenangkan segalanya. Family terutamanya. Dulu, apabila tiba musim raya, Abah selalu melarang dan berpesan kepada anak-anaknya jangan bergaduh, especially raya puasa. Tak elok katanya. Adik beradik ramai, biasalah, banyaklah ragamnya & kami selalu juga bertengkar. Ada saja yang tak kena. Tambahan pula abang aku yang nakal sering mengusik kami adik-adik perempuan serta kakak-kakaknya.

Raya Haji paling aku kurang suka dulu masa aku kecil. Semuanya kerana aku tak rasa happening macam raya puasa & juga susah untuk aku dapatkan duit raya. Di Pulau Pinang & Butterworth, sambutan Raya Haji hanya sederhana.. Tidak seperti kami menyambut Hari Raya Aidilfitri. So, aku yang suka kumpul duit memang kurang suka la kan.. Itu masa aku kecil. Belum benar-benar faham apa itu maksud Raya Haji ataupun Raya Korban.  Bila dah besar panjang, baru faham maksudnya.

I’m a bit distracted today because I miss Ayu dan juga di dalam keadaan ‘thinking mode’ for my career & everything around me. In the same time, I’m thinking about someone close to me. She’s not in a good condition – financially. Mendengarkan ceritanya, aku juga turut bersedih. Dalam hidup ini, macam-macam dugaan semua dari kita harus tempuhi. Dugaan sebagai single mother is the most difficult. Duit di masa kini adalah segalanya. Duit bisa beli kebahagiaan. Jangan salah sangka statement aku ini. Lihat sekeliling serta keadaan kalian; dan fikirkan, apakah benar kenyataan aku itu. Bila dalam keadaan susah, tak ada duit, mulalah segalanya tak kena. Lebih-lebih lagi bila ada tangunggan. Aku harap teman yang berpangkat kakak kepada aku itu akan tabah dan hope she will be back to the normal her.  Jadi, raya aku agak ‘down.’  Bukanlah di dalam keadaan yang terlalu sedih atau menangis – I’m still okay. Nasib baik sekarang dah ada Eric.

Kalau dulu, setiap kali datang raya aku akan gelisah. Bukannya tidak appreciate Raya. I do. Cuma aku tak suka apabila aku kenangkan aku keseorangan & bila Raya saja, aku akan teringat raya bersama arwah mak & abah. Ianya buatkan aku kecewa. Aku terima Qada & Qadar Tuhan, cuma tak tahan menanggung kesedihan. Menyedari hakikat yang aku masa itu janda & juga tiada tempat mengadu – mulalah datangnya sedih & menangis. Bila selalu merasai keadaan itu apabila raya, lama kelamaan aku rasa bosan. Jadi aku selalu buat hal sendiri.

Puasa sebulan, meraikan hari kemenangan dengan jangan fikir raya. Haaa… macam Mana tu?! Solusinya : bila dengar saja takbir raya, aku kenangkan Kota Mekah. Aku yang pernah ke sana di satu bulan puasa; mudah untuk merasai suasana di sana. Trust me, when you are there, tak teringat langsung apa yang sedih dan tak terfikir apa yang kita ada. Hanya Allah. So, that was what I did – in fact sekarang pun masih buat macam tu. Bila fikir macam tu, hilang kesedihan dan mudah menerima kenyataan serta tidak membuatkan kita lupa akan kenyataan – takdir semuanya ditentukan Illahi.

I am better now. Syukur dengan rahmatNya , aku ditemukan jodoh yang membahagiakan. Dia tahu apa aku rasa dan sentiasa buatkan aku ketawa. Alhamdulillah. Oh ya! Don’t forget to see our ‘behind the scene’ untuk program ‘Destinasi Cinta’ yang bakal aku letakkan esok. Kalian akan lihat bagaimana kecutnya aku nak diving! Hahahhaa… Berjaya atau tidak aku buat aktiviti itu, kalian kena tengok entry itu nanti. Tak sabar nak ceritakan apa yang berlaku di Tawau & Pulau Mabul tempohari. We had so much fun!

Aku pasti ramai di luar sana hari ini – di mana-mana sahaja –  sedang makan lemang & ketupat! Juadah raya semuanya enak dan pelbagai. Kena pula Raya Haji ni jatuh pada hari Jumaat. Esok lusa adalah weekend. Banyaklah makan nampaknya. Boleh makan, tetapi ingat ya, jangan terlebih makan!  Fikirkan kesihatan juga. Kepada yang ada di KL – yang berasa terlebih makan hari ini – jangan malu dan segan untuk join ‘GET FIT WITH NURUL WAHAB’ esok (27 Okt) di Botanical Garden – Taman Tasek Perdana jam 7:30 pagi. Mia personal trainer aku & semua sedia menanti kehadiran kalian. Ini kali kedua dijalankan. 1st time dua minggu lepas, happening tak ingat! Come & burn your fat! Don’t worry, I need to lose 3 kg & stay fit too. Kita serupa! Hope to see you.

P/S : Please email to nurulwahab77@gmail untuk kehadiran. Sertakan nama & telefon number untuk dihubungi.

Selamat Hari Raya Aidil Adha dari aku dan Eric… Kepada yang memandu, berhati-hati di jalan raya… Ingat orang yang tersayang.. Selamat Hari Raya Aidil Adha sekali lagi buat anda semua!!

Advertisements

2 Comments on “RINDU DI HARI RAYA & SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA!!

  1. Cikgu siti selalu jerit “bublinggggg!! Korang ni bkn tak blh..pemalas!” Hahaha! Terngiang2 lg suara dia..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: