BUKAN AKU & KURANG SUKA…

One of my favourite pictures. But it’s not me who commented in cari.com.

Jangan tak tahu, ada pula yang menggunakan nama aku di laman popular cari.com.  Aku yang jarang sekali membaca laman tersebut, terkejut mendapat gambar yang dikirimkan.  Aku ada ‘mata-mata’ yang rajin sekodeng laman-laman web serta blog di Malaysia ni, dan dia sentiasa update aku dengan cerita terkini.  Dia telah ambil gambar ini dan tunjukkan pada aku. Terkejut juga walaupun akhirnya menjadi bahan ketawa ‘mata-mata’ aku itu. Pada aku, nama jangan dibuat main-main. Bisa merosakkan jika disalah guna. Pengunjung  laman yang amat berpengaruh itu menggunakan nama ‘Nurul Depp’ serta gambar aku yang diambil dari blog atau FB..

Aku tak tahu apa niatnya. Kan ke baik guna nama samaran lain atau nama sendiri.  Jika betul minat dengan aku, aku kurang kisahnya. Tetapi aku tetap juga bimbang dengan komen-komen yang mungkin bisa memburukkan nama aku. Aku pasti peminat yang benar-benar mengenali aku, tahu bahawa bahasa aku tidak begitu. Aku mohon agar Hamba Allah ini tukarkan nama aku itu ke nama samaran yang lain. Banyak nama ada. Jangan guna nama-nama selebriti atau pemimpin serta orang penting.

Aku bukanlah orang yang terlalu penting, tetapi sedikit sebanyak ianya boleh menempah masalah kepada aku atau sesiapa sahaja yang dikenali umum apabila namanya digunakan. Manalah tahu mungkin ada komen yang sensitive, tiba-tiba the real person pula ‘dapat nama.’ Ini perkara kecil tetapi tidak pada aku. Jika nama sahaja lain ceritanya. Ini siap ada gambar aku… Aku sebenarnya kurang suka. Maaf jika statement ini keterlaluan kepada pengguna nama aku itu. Harap ‘Nurul Depp’ itu baca statement ini dan segera ubah nama itu. Maaf, the real Nurul Depp mahu claim semula namanya. Terima kasih.. Esok datang lagi ya! Hehehe..

Mahu tidur segera. Esok bangun seawal 4 pagi kerana Destinasi Cinta! Akan aku update apabila aku di sana.. Jika nak lihat betapa cantiknya Pulau Mabul, rajin-rajinlah kemari ke blog ini!

P/S :  Teringat pula kepada iklan cat terkenal .. ‘Tak suka.. Tak suka.. Tak sukaa…’ Kata kuman pada dinding apabila tempatnya dicalit cat anti kuman! Hahahhaa… Macam tulah gaya aku pada tukang sekodeng aku bila aku dapat tahu pasal nama aku itu!

Advertisements

4 Comments on “BUKAN AKU & KURANG SUKA…

  1. kihhh…kihhh….shomel jer ayt last tu…:)…takkk sukeee!!!tak sukeee!!!….

  2. Means u ada peminat yg fanatik tp melampau la kan guna pic n nama u…. Chill 😉

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: