SURPRISE YANG TAK MENJADI….

Ooopppsss…. Dah ‘ter’ mungkir janji minggu ini! Katanya mahu 3 entry every week! Sorry been a bit busy lately. Banyak pulak appointment to meet people – for the shake business of course & juga training. I went to a training called “Dream Team Retreat.” Hanya yang buat business ni dan yang qualified sahaja yang dapat turut serta. Bertuah betul.. Aku dapat belajar macam-macam dari mereka yang terdahulu &  telah berjaya di dalam business ini. I had a good time with all 700 plus positive people in the hall! Eric tak dapat pergi hari tu, aku yang nak belajar sangat, I went alone. I drove to Gambang Resort – tak peduli & tak kisah. Focus aku hanya mahu belajar & get back my motivation. Ternyata memang berbaloi! Alhamdulillah…

Lebatnya hujan di luar. Lebat juga tangisan dalam hati. Yang dinanti sudah pasti tidak menjadi.. Apa nak buat, bukan rezeki. Terima sahaja ketentuan Illahi. Belum masanya, itu aku pasti. Allah maha mengetahui apa yang mahu diberi. Terima kasih kerana masih memberi nafas untuk aku berada di sini. Tak mengapa, semuanya di tanganNya. Itulah excited sangat tak tentu pasal.. Rupanya memang benar. Satu dunia percaya – boleh dikatakan 99% manusia di dunia ni – yang jauh, yang dekat semua dah pesan. Relax, jangan mengharap sangat! Jika asyik mengharap sangat memang selalunya kehilangan atau tidak mendapat langsung. Jadi, kena relax. Kawan-kawan Eric yang tahu tentang aku yang nak sangat ada baby,  semua mereka berpesan yang sama ketika Eric di sana 2 minggu lalu. Bukan bangsa Melayu sahaja percaya macam itu. Jadi, aku buat kesimpulan sendiri – bermakna memang semua dari kita punyai kepercayaan yang sama.

Mengikut scientific nya, apabila excited dan conscious sangat, fikiran akan jadi tak focus serta tidak menentu. Terlalu focus kepada satu perkara – yang lain langsung tak dipedulikan. See! All in our mind. Kena relax. Eric beribu kali dah pesan. Kan aku dah kata, Nurul Wahab ni tak boleh control excitement! Okay, this month decided not to be excited sangat! I’ll be more active on doing other things – my work, career and business – So tak payah nak fikir sangat about babies! It will come Nurul.. It will come! Kononnya nak buat surprise untuk Ayu yang bakal balik raya Haji ni… Terima kasih ye.. Tak menjadi & buat aje surprise yang lain! Hehhehee… She will be frustrated again.. Mama lagi stress! Hahhahaha… Never mind. Tutup cerita itu. Just go with the flow. Tuhan itu yang  berkuasa. Dia yang akan beri segalanya. Dia tahulah. Berserah sahaja, dan usaha.  Itu yang terbaik.

Hujung minggu ini aku & Eric serta seluruh team akan ke Mabul Island untuk program terbaru Astro yang diberi tajuk ‘Destinasi Cinta.’ Semalam perjumpaan untuk taklimat. Seronok betul team ini. Happening! By the way, aku kononnya set dengan diaorang semalam jika hari ini selepas berjumpa Doktor Marsita, keputusan aku positive, nak buat surprise to Eric dari dasar laut Pulau Mabul Tawau Sabah itu. Berkecai idea itu… Berderai seperti deraian hujan di jendela aku ini… Takpe,  buat surprise lain bulan! Hhahaha…

Kata Cik Nazura – executive producer team produksi ini, semua guest artistes setakat ini yang turut serta di dalam program ini – semuanya pregnant!  Azrai & Amna yang berada di situ, turut ketawa apabila  aku katakan aku mungkin juga sama.. Aduh! Macam nak kena ambik blessing dari semua pula… InsyaAllah, berkat dari mereka yang sungguh prosperous ini, aku bakal join the group ibu-ibu comel yang dah mengandung itu!  Mesti Nazura dan Amna tergelak kalau mereka baca bahagian ‘prosperous’ & I’m sure they understand what I mean! Hahahha.. Jangan marah! I know why, all of them have a good heart. Allah bagi rahmatNya kepada hambaNya yang sedemikian. *Statement ambik hati.. Hahahhaa…

Hari ini aktiviti aku hanya menulis & bertemu team member untuk meeting selepas pukul 5 & 7 malam. Eric ke Sandakan tengahari tadi untuk bertemu team nya di sana.  Aku perlu  mengemas pakaian – perlu packing segalanya untuk ke Pulau yang cantik di timur Malaysia itu. Aku meneliti segala aktiviti yang telah disusun oleh penerbit . Alamak! Ada diving! Snorkeling or swimming masih okay… Diving?!!!  Jangan tak tahu aku ni penakut air – bukannya takut apa.. Berada di dasar laut itu yang buat aku takut! Aku ni sebenarnya pernah mempunyai pengalaman hampir lemas sedikit masa lalu. Kalau aku cerita mesti ada yang ketawa..

Pengalaman hampir lemas itu bukannya di laut dalam atau di sungai serta tasik, tetapi di swimming pool di Tioman Island  – yang aku dah pernah swim berkali-kali di situ! Kelakar betul! Itulah dia excited  dicampur dengan panic! Aku yang masuk ke dalam kolam itu dalam keadaan tergesa-gesa untuk bersama Ayu yang seronok swimming dengan pelampungnya; tergelincir di dasar kolam dan aku lupa yang kawasan itu dah agak dalam. Dalam fikiran aku, ianya masih cetek. Nasib baik Aloq sound engineer aku masa itu ikut sekali di dalam percutian itu. Dia yang berada di pinggir kolam ternampak aku yang dah menggelupur di dalam air tu! Apa lagi segera dia menarik tangan aku dan bawa aku ke kawasan yang cetek! Terbatuk-batuk Nurul Wahab.. Sempat lagi melihat-lihat di sekeliling andai ada yang memerhati – kenal pulak penyanyi Nurul Wahab – mesti diaorang tergelak! Ye la akan tergelak.. Aku hampir lemas itu, di kawasan yang hanya 2 meter! Hahahhaa… yang paling kelakar, bukannya aku ni tak pandai langsung swimming! Sempat belajar the basic swimming techniques satu masa dulu dengan seorang polis wanita di PULAPOL!

Kolam itu mempunyai dasar dari cetek dan membawa ke bahagian dalam sehingga 4 meter. Itulah excited punya pasal. Terlupa yang kolam itu dasarnya sedemikian.. Malunya jangan cerita. Nasib baik tak ada sesiapa yang perasan. Hanya sound engineer aku.  Aku terbayang-bayang kejadian itu. Terbawa ke dalam mimpi di sebelah malamnya. Imagine kalau sound engineer aku tu tak nampak… Innalillah lah jawabnya… Alhamdulillah, Tuhan tu nak panjangkan usia aku.. Jadi dia gerakkan hati Aloq untuk melihat aku dan dapat selamatkan aku.

Dengan beralasankan pengalaman itu, aku cuba ‘mengelat!’  Aku taknak buat diving! Dah ramai kawan-kawan ajak sebelum ini. Aku tak pernah rasa nak lawan fear aku ini. Kali ni aku tak boleh lari lagi! I will do it! I will take the challenge. Lagi pulak Mas Anizah dan krew penerbitan ‘Destinasi Cinta’ dah sediakan segalanya! Huwaaa… Terjerat! Apa-apa pun, sekarang ini aku tak sabar nak ke sana. Kali pertama nak bermalam di salah satu pulau di Sabah. Dulu hanya pergi & singgah. Selesai penggambaran, terus balik. I have to thank Azrai for this opportunity! I saw the program yesterday, it was good! Bagus sangat! Keep up the good work, CelebrateTV!

I’m sure you guys can’t wait to see the program. Sila ke Astro dan lihat waktu & hari ianya ditayangkan, especially untuk episode aku tu! Jangan gelakkan aku ya! Kalau nak gelak pun, gelaklah tak apa. Sekurang-kurangnya aku buat kalian ketawa & happy! Hahhaha… See you soon in Destinasi Cinta!

Advertisements

4 Comments on “SURPRISE YANG TAK MENJADI….

  1. Pelan2 kayuh na! Try lg next month & Enjoy ur Mabul trip. Kapalai also cantik tau! Ku stay sana dulu. Nanti kalau dive kt sipadan jgn terkejut kalau terjumpa baby shark..hehe.

    • hello chek.. patutnya pegi Kapalai tetapi ditukarkan ke Mabul last minute. takpe, kepulauan kita cantik-cantik.. dok kayuh pelan-pelan la ni.. tetapi excited sangat, so mengacau hormon! kali ni nak relax ja. nak buat taktau! heheheh

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: