NING & ME…

How was your weekend? My weekend was good! Eric dah balik! Syukur, dia sampai dengan selamatnya. 12 hari sorang-sorang (walaupun pingu menemani) – yang mulanya fobia sorang-sorang, tiba-tiba aktiviti penuh pulak! Alhamdulillah. I handled my fears well. Dah boleh hilangkan trauma tinggal sorang. We have to face our fears. Jangan dibiarkan berada di dalam diri sehingga buatkan kita tak keruan. I’m glad Allah always give me strength. Merci mon dieu.

Dalam pada banyak meeting, sempat aku simpan setengah hari untuk aku spend bersama teman lama  yang sorang ni. Everybody knows her. She has a wonderful journey in this music industry. Sekarang dah menjadi ‘mak buyung.’ Tapi mak buyung yang sangat cute! Yes, Ning Baizura. Jika mahu tahu, dia salah seorang artis yang boleh dikatakan agak rapat dengan aku. Kami rapat satu ketika dulu, kemudian ‘hilang’ sekejap, dan now back together!  Hari Jumaat lepas, aku yang pada mulanya mengagak pertemuan itu hanya untuk 2 jam, jadinya 4 jam! Bertenaga sungguh mak buyung yang sorang ni. She has a nice bump and I envy her. Tahu la kan, aku pun kan ke menunggu juga nak jadi macam dia. Tetapi rezeki dia dulu. Alhamdulillah & of course I’m happy for her.  Sekarang ini aku tak sabar nak tengok baby yang bakal lahir ini. Ning looks so good & glowing!

Rasanya Bangsar Shopping Centre tak pernah dipenuhi ketawa segirang itu dari kami berdua. We had a late lunch & we proceed to a coffee shop in the 1st floor after. Kelakar pulak jadinya. Dah macam jadi talk show coffee shop tu. Mana taknya, banyak pulak kawan-kawan artis yang lain tiba-tiba lalu di situ.  Haruslah menegur apabila dah terserempak. Bermula dengan Zizie Izette, hinggalah ke Ifa Raziah. Jangan tak tahu, siap ber-photoshoot di situ! Deraian gelak ketawa kami menjemput mata sekeliling memandang & lantas mereka juga turut ketawa dan tersenyum melihat gelagat artis apabila bertembung!

Di dalam kegirangan kami bersembang dan ketawa, di dalam hati aku berkata..Wow.. What a journey this girl had gone through.. Teringat kenangan lalu… Teringat segala memori tentang penyanyi hebat ini. Dulu dia seorang yang amat aku hormati kerana kehebatan vokalnya dan juga gayanya. Dalam masa yang sama, aku juga takut dengannya! She looked so serious & fierce once!  I think not easy to be her too. As well as me. Being human, nothing is easy in this life. Hanya kita harus tahu menempatkan diri kita di mana kita mahu berada. Mahu kejayaan, harus lakukan perubahan. Same to my friend, Ning Baizura Hamzah.

Dia senior dari aku. Of course she has a lot more experiences & achievements. Tentu saja dengan caranya yang berbeza, dia mudah menjadi ikutan dan trend di dalam industry melalui bakat dan suara sopranonya. Aku mula rapat dengannya semasa pembikinan album ‘Kembali.’ Ning lalui liku hidup yang sangat mencabar. Bukan hak aku untuk menceritakan apa; dan kenapa berlakunya begitu. Aku tidak arif tentang itu. Antara kita di dalam hidup ini, semuanya ada cerita yang tersendiri. Sebagai kawan, aku hormatinya dan faham mengapa berlaku apa yang telah dilaluinya. Namun satu katanya kepada ku Jumaat lepas : ‘Kita belajar dari kesilapan yang lepas. Waktu muda, kita jarang sekali menilai dan fikirkan sesuatu perkara itu dengan mendalam. Apa yang kita fikirkan hanyalah fun.’ Ternyata, Ning dewasa melalui pengalaman dan apa sahaja yang telah berlaku kepadanya. She admits it all & let go all. She’s 100% changed. Aku mulanya terkejut & dalam masa yang sama, aku berbangga. She’s so down to earth. Level of our egos yang sebenarnya membezakan kita. She doesn’t have it – anymore. I have to say this. Sebab semua dari kita ada ego masing-masing. But through time, we grow.  Aku belajar tentang ego, aku tahu.

Aku masih ingat. Ketika itu tahun 2002 atau 2003 kalau tak silap aku. Bekas suami dihubungi untuk menciptakan lagu untuk penyanyi bersuara soprano itu. Ketika itulah kami mengenali satu sama lain. Sebelum itu, aku pernah dengar cerita melalui salah seorang make up artis. Katanya Ning seorang yang sungguh tabah. She’s a strong girl. Dalam masa yang sama, dia juga bijak. Itu komen yang aku dengar. Dalam hati berkata, aku salute orang yang kuat. Tidak kira lelaki atau perempuan. Ketika itu, aku amat tertarik untuk berkawan dan sentiasa mahu bersama orang yang kuat. Tidak lama kemudian selepas itu – may be because of ‘law of attractions,’  kami bertemu. Di dalam pembikinan album itu, kami menjadi rapat. Ning sering ke rumah & selalu juga  kami berjumpa. Kami juga pernah di bawah satu bumbung syarikat pengurusan dan juga syarikat rakaman.

Pembikinan album ‘Kembali’ itu mendekatkan kami serta ianya menjauhkan juga. Biasalah. Dalam berkawan ni adakala kita okay, adakala tak okay. Kami pernah tidak bertegur sapa selama setahun dek fitnah orang tengah. Bukannya orang lain. Mereka-mereka yang aku & Ning kenali. Namun, Tuhan itu maha kaya. Jika kita berniat baik, dipertemukan semula. Ning hari ini, more real. I’m glad we are back together as friend. Kami bercakap semula setelah segalanya terbongkar melalui teman Ning juga. Seorang producer TV yang popular ketika ini, Michael Ang. Barulah aku tahu. Macam-macam perangai manusia ni. Ada yang sanggup jadi batu api hanya untuk menutup salah sendiri.

Itu sedikit sejarah tentang bagaimana kami boleh jadi agak rapat. Aku berbangga sebagai kawan aku pernah contribute to her – not only for her songs, but also the deal with the record label. Cerita itu tak pernah aku sebutkan adanya. Walaupun dah beberapa kali kami keluar makan & bertemu, tak pernah aku cerita. Aku pasti Ning juga tak tahu. Hanya di entry ini malam ini,  baru aku sebut. Yang tahu, hanya aku, producer album & Allah. Long story short, I’m glad she got the deal with Warner Music last time & itu yang membuatkan Ning benar-benar “Kembali”. Pada aku album itu the best! Producer nya memastikan dia memberikan yang terbaik buat Ning ketika itu kerana dia sudah establish di dalam bidang ini. Jadi, mestilah yang terbaik. Semua muziknya diiringi oleh orchestra filharmonik. Hebatkan? Ajai did a good job for that album.

Hidup – ada pasang surutnya. Ning dilanda pelbagai krisis. Itu yang aku ingat. Dia pernah menangis. Hari ini dia ketawa. Terlalu banyak ketawa! Aku tak tahan jika kami bersama bersembang berdua! Ya Allah, ada saja yang nak dikatakan dan bahan yang boleh diketawakan. That afternoon, we sat down and we talked about everything. About industry, fashion, handbags, about motherhood, about our past, our husband – that’s for sure! About baby yang paling banyak sekali –  jangan tak tahu, hal bisnes pun kami bincang! Aku berikan dia satu idea yang kami boleh berkolaborasi. Tetapi bukan dalam nyanyian. Belum lagi. Tetapi ada cara lain. You will see soon! Something different. Of course! If not, Ning takdelah nak excited macam tu sekali! I’m excited too! Waiting for it to happen!

Begitulah kehidupan. We make mistakes and we learn from it. I did many times, as well as you, readers; and everyone. That’s for sure. Tak ada seorang pun dari kita yang sempurna. Kesempurnaan hanya wujud kepada yang bergelar maksum iaitu Rasulullah SAW. Kita hanya manusia. Kesilapan adalah teman baik untuk menjadikan kita a better person. Itu cerita kami berdua. Agaknya yang di luar sana, bermacam-macam lagi kisah mereka. Apa yang pasti, dalam hidup ini, perlu ada rasa bersyukur dan tahu menilai apa yang baik dan buruk. Belajar dari kesilapan; itu pasti. Masa adalah penyembuh segalanya. I’m glad you are back as my friend, Ning. I know, this time for forever. May Allah bless us & our friendships.

Looking forward for her baby & of course I’m nervous menunggu my test – pregnant ke tidak! Here we go again! Excited semacam & Ning di antara teman-teman rapat aku yang berkata relax Nurul. Go to the spa. Ya, I’ll go.. Tapi tak pergi-pergi! Hahahaha..

Ning & Me
Advertisements

9 Comments on “NING & ME…

  1. Salam kak nurul….that was great memory being together with friends like family can care of us and makes us happy! u such a good writer…May Allah bless u & family…semoga apa yg anda harapkan jd kenyataan & hasilnya positif bnyk lh berdoa ya? Luv…Aminn”

  2. kak ning & kak nurul, i really admire both of u since i was 6years old..may ALLAH BLESS your relationship 🙂
    congrats for kak ning.. & gudluck for u akak..me oso wait for the test 🙂

  3. Thanks to all yang rajin singgah dan membaca entry . appreciate it!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: