HANYA DI RADIO…WHAT YOU DON’T KNOW…

Excited hari ini untuk program esok – ‘Get Fit With Nurul!’ first time, mestilah excited sikit. Baru saja balik dari bertemu dengan personal trainer aku yang juga akan melatih kesemua tetamu yang ada esok. Semuanya telah dirancang dengan rapi… Mahu menjadikan peminat ku semua sihat & cergas! Dalam pada itu, aku agak resah bila tahu account thenurul.com kena hacked! Ada virus pulak tu! Buat masa ini, please don’t go & view website itu selagi google belum determine apakah virus yang ada di situ. Aku tidak  bertanggungjawab jika laptop atau computer kalian terkena virus! Ishh… Menjadi-jadi pula kerja hacking ni sekarang. Rajin hackers semua mencuri masa melihat akaun-akaun website serta laman sosial.. maaf ye, bukan nak komen apa-apa. Aku tahu you all terror.. Tapi jangan la jadi terrorist! Hahhaha.. I respect you guys. Bukannya apa, bukan senang tau nak buat kerja-kerja macam tu. I have a friend, used to be a hacker too.. Tapi dia terror ya amat! Dengar cerita pun seram! Hehehe.. tak apa lah, dah nak terkena hack, terima je lah… Anyone wants Hacks? Teringat pulak gula-gula Hacks! Hahhaha.. Lepas ni nak pegi beli. Dah lama tak merasa gula-gula Hacks yang pernah aku ambil untuk memanaskan tekak sebelum persembahan. Macam-macam aku ni.. nak cerita ke lain, dah jadi cerita lain! Hari ni modd nak bersembang! Anyway, I will have a good sembang session later with my dear friend, Ning! Tak sabar nak jumpa mommy to be yang berseri-seri saban hari. I’m so happy for her.

Okay, hari ni nak bercerita pasal radio!  2 hari lepas aku dijemput ke satu stesyen radio yang terbaru (online radio) untuk ditemubual oleh Elfie & Zizi.. Ya Allah keras perut gelak! Selamba je semuanya. Takde plan apa-apa.. Aku juga diminta untuk membuat promo dan TV ID di TV 1 Malaysia! Nak dijadikan cerita, rupanya Elfie dan Zizi itu pernah aku audition ketika mereka memasuki beberapa pertandingan nyanyian. Zizi pula aku audition untuk AF pada tahun 2009. Interesting! Langsung aku tanya, ada tak aku terkasar dengannya ketika sessi uji bakat tu. Katanya tak ada. Alhamdulillah. Malah Zizi yang humble tu berterima kasih pada aku. Katanya kerana aku luluskan bakatnya ketika itu, meletakkan dia di mana dia sekarang di industry ini. Alhamdulillah, aku turut happy dengan perkembangannya. She’s good, sebab tu lah aku beri recommendation di dalam uji bakat itu. Kalau tak bagus, maaf ya, cuba tahun depan! Itu yang selalu aku beritahu mereka yang datang ujibakat jika mereka masih belum bersedia di dalam nyanyian.

Elfie pulaaku ingat dari senyumannya. Semacam pernah berjumpa tetapi tak aku ingat di mana. Dia juga sama seperti Zizi tetapi bukan untukk AF. I don’t remember what even but I remember him through his smile. Semasa temubual itu, bukan main lagi soalan-soalan yang disediakan. Aku agak suka jika ditanya soalan yang boleh kembangkan minda dan berfaedah untuk dikongsi oleh semua. Aku puji sikap mereka yang positif dan komitmen yang mereka ada. Young people like that, can go far! Kalau kalian tak percaya, you can try to listen to them via www.klpop.my.

          

Radio.. Radio..Radio…. Sememangnya memainkan peranan yang amat penting especially  kepada penyanyi seperti aku. Radio juga menyampaikan informasi dan juga iklan. Semakin banyak radio & stesyen tv di Malaysia ini, semakin berkembang harapnya untuk membangunkan industry music Malaysia masa kini. Di dalam mempromosikan album “Mari’, aku perlu melawat semua stesyen radio. Ini adalah kebiasaan bagi semua artis untuk berbuat demikian. Publisiti di suratkhabar dan majalah adalah satu perkara yang lain. Kedua-dua medium ini (radio/tv & suratkhabar) amat penting apabila album di pasaran sebagai mempromosikan material terbaru seseorang artis. Banyak perubahannya dekad ini jika dibandingkan dengan 17 tahun yang lalu. Stesyen radio juga banyak berubah. Kesemua mereka mempunyai konsep masing-masing. Jika dulu lawatan ke radio, kami perlu berjumpa dengan DJ secara individu dan tidak ada sesiapa yangmenghalang DJ bermain lagu yang mereka magu mainkan. Senang cakap, we only favor DJs. Tak ada playlist pun. Hanya ada ketua radio dan juga bos atas sahaja. Playlist lagu terpulang kepada DJ itu sendiri. jadi, banyaklah DJ yang aku kenali. Antaranya kak Noraini Ibnu jika di stesyen Kuala Lumpur ini. Di luar KL juga aku kenal. Ada di antara mereka telah kembali ke rahmatullah. Namun aku sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka. Mereka banyak membantu di dalam karier aku. Ini cerita 17 tahun yang lalu. Masa itu terlalu sedikit stesyen radio swasta.

Masa merubah segalanya. Perkembangan yang pesat di dalam perniagaan air time radio meningkat dengan lebih banyak kehadiran radio swasta yang semuanya bagus-bagus belaka. Kesemua mereka mempunyai konsep tersendiri. Maklum sahaja segalanya bisnes! Always remember, business is for making money. They know what they’re doing.  Sekarang ini, dengan sistem yang canggih, kesemua lagu dimasukkan ke dalam satu playlist yang diprogramkan. Jadi, tak ada lagi macam dulu yang mana lagu dimainkan oleh DJ sendiri. now, everything is depending on the playlist yang dijaga oleh seseorang yang diutuskan untuk memilih lagu yang harus diputarkan mengikut segmen masing-masing. DJ tidak lagi perlu membawa beg CD seperti DJ-DJ sebelum ini yang perlu meletakkan CD pilihan mereka di dalam beg special yang mereka sering bawa. Semua lagu di bawah kawalan playlist. Dan jangan tak tahu, lagu-lagu sekarang dipilih juga oleh sekelompok fans – kalau tak silap aku 2000 orang yang mendaftar dengan stesyen radio pilihan mereka – membuat pilihan melalui undian. Jika sesebuah lagu itu mendapat undian yang banyak, lagu itu lah yang akan diputarkan. Haaa… Sebab itulah ada lagu dari sesetengah artis tidak kita dengar kerana lagu tidak mendapat undian yang cukup untuk diputarkan di radio! Termasuklah lagu aku! Hahhahaa… Jadi kalian perlu undid an request! Itu pun aku perlu check, ada tak lagu aku di dalam playlist sesebuah radio stesyen itu.

Itulah situasi ketika ini, yang mungkin kalian tidak tahu. Satu informasi yang aku kongsikan bersama sebagai pengetahuan kalian. Bukan berniat apa-apa, hanya informasi. Walaupun keadaan ini adakala merunsingkan aku – aku makan hati juga – tetapi semua kami harus akur. Tahniah kepada mereka yang mendapat tempat bila mana lagu mereka diputarkan dan menjadi kegemaran stesyen-stesyen radio yang hebat pada masa kini. ‘Mari’ will be there soon. InsyaAllah. Aku hanya perlu bersabar.. (Lama juga bersabar..) Hehehe.. Beyond my control and I can’t say anything. Not my right to say anything. Jika ada apa-apa, biar persatuan buat kerja mereka. Bila berkaitan perniagaan, adakala mendatangkan sensitivity yang bisa merosakkan karier seseorang artis itu. Aku akur dan faham dengan cara mereka. I salute them, because they managed to change everything.

We as singers we need radio to air our songs. They are needed. Thanks to all the DJs that helped me a lot to survive in this industry.  Thanks for being supportive. Itu ucapan yang sering aku tulis atau aku sebut.  Aku sentiasa sebut kesemua DJ yang membantu – kerana mereka sendiri memilih untuk memasangkan lagu aku. Sekarang ini ucapan itu kena ubah sedikit. Thanks to all the radio stations, especially the playlist master – for choosing & playing my songs. Thanks to the fans that voted my song to be played in the radio station. Aku harap lagu aku tersenarai dan bakal diundi dengan point yang tinggi dan bisa dimainkan di corong-corong radio. Harapan tinggi menggunung menanti… I need my money back after I invested in that album! Hahahha..

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: