ALHAMDULILLAH!

Semalam hari yang tersangatlah busy nya! But no complain I love it! Meeting for 6 hours! Alhamdulillah I’m having more people in my team for the shake business. Ini yang aku lakukan jika tiada apa-apa aktiviti nyanyian atau apa-apa shooting. Aku kan ke tak pernah duduk diam.. Hehehe.. Semalam bertemu someone yang aku respect di dalam bidang lakonan iaitu Vanidah Imran. We know each other since 17 years ago! Jangan tak tahu aku pernah jadi pelakon extra untuk drama bersiri ‘Pendekar’ terbitan HVD. Masa itulah aku kenali Vanidah Imran. Sejak itu kami sering berhubungan. Namun tidaklah selalu, tetapi kami ada wavelength yang sama. Kami bertemu semalam kerana Vanidah mahu tahu lebih lanjut tentang shake business yang aku lakukan & juga tentang nutrisi. Selepas 4 jam bersembang, dia faham akan semuanya dan decided to be in my team as my business partner & also we want to change people’s life with better nutrition & of course for extra money too!  Welcome to our team Kak Vee. Thanks for all the support! Okay I’ll will let you guys know more about the nutrition and also the business in the next entry. Aku akan bagitahu kenapa aku lakukan business ini dan juga why we have to take balance nutrition daily.

Apa yang aku nak beritahu di sini hari ini adalah aku terpaksa pendekkan waktu untuk update entry baru di dalam blog ini. Ini semua kerana komitmen yang kian meningkat setiap hari. Jadi, aku terpaksa organize my time and decided to have 3 entries per week. Aku akan update setiap Isnin, Rabu & Jumaat! Weekend – shake days! So, no entry! Biasanya weekend aku akan adakan beberapa program untuk business shake itu & juga menghadiri training serta seminar. Seronok business ni! I meet more people & get closer to my fans! In the same time I’m helping them to stay in shape & get better nutrition. Some of  them make some income & extra money! Good no?! Alhamdulillah. I like to help people… Banyak pulak bercakap orang putih hari ni! Excited punya pasal!

Aktiviti hari ini – aku perlu menghadiri satu event yang agak special – buat kali pertamanya event seumpamanya –  ‘World Class Muay Thai Fights dengan slogan yang berbunyi ‘Muay Thai Saved my Life’ di Sunway Pyramid Convention Centre. Event ini dianjurkan oleh Elite Boxing. Aku dijemput oleh teman lama yang juga aktif di dalam muay thai semenjak beberapa tahun yang lalu. I’m sure you guys heard about ‘Royal Beauty Boxer.’ She is Y.A.M Raja Shu’ibah Almarhum Sultan Idris Shah. Sungguh istimewa & I respect her a lot. Aku perlu ke sana malam ini sebagai menunjukkan sokongan ke atas acara yang di bawah naugan teman baik aku ini.

Katanya lagi event ini agak berbeza. Walaupun namanya Muay Thai, tetapi ada red carpet dan juga mendapat sokongan dari beberapa pereka fesyen tempatan untuk mempamerkan rekaan mereka! Interesting! Jadi, ada fashion show dari Amir Luqman! One of my favourite fashion designers too! Aku bakal menyarungkan pakaian yang telah dipilih dari salah seorang pereka iaitu Nazrin Idris; yang juga mengambil bahagian. Excited juga tetapi dalam masa yang sama aku nervous. Maklum saja aku ni tak suka keganasan. Muay Thai is very rough to me… Bayangkan, fighting yang paling okay, aku kata ganas!

Diana Danielle bakal menjadi hos & dia juga merupakan ambassador for Muay Thai. She’s so polite & soft. Cute too. Bila aku tengok video dia lakukan latihan muay thai, dalam hati berkata, jangan main-main dengan si cantik ini. Tendangannya bisa buatkan mangsa pengsan berjam jika terkena! So, don’t try to touch her guys! Hahhaa…

By the way, nak beritahu juga. Aku akan adakan program ‘GET FIT WITH NURUL’ pada Sabtu ini 13 Oktober bertempat di Lake Garden Kuala Lumpur. So, terbuka untuk mereka yang berada di sekitar KL. Jika ada sesiapa mahu turut serta, bolehlah email ke nurulfa@gmail.com.  Hanya kepada 30 orang pertama. So kena cepat-cepat confirm kan! Aktiviti yang akan diadakan adalah senamrobik oleh personal trainer aku iaitu Mia. Siapa yang mahu kurus, boleh turut serta. Buat kali pertama diadakan,ianya percuma & aku belanja semua makan! So must come! I’ll update more later in Twitter & also here! Harap dapat jumpa Sabtu ini jam 7 pagi! Have a good day friends. Thanks for all the support.

Advertisements

4 Comments on “ALHAMDULILLAH!

  1. yesss….. of coz nak join tp x bole join senamrobik sbb tgh sarat… 😉

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: