PLANNING..PLANNING..PLANNING…

Semalam kata ‘editor kecil’ ku – kenapa entry lately ni heavy betul… Dah kena complain pula.. Ya memang betul. Banyak sangat fikir lately ni. Keadaan di dalam industry muzik dan juga tentang business yang aku jalankan. Well, singing business is the most important to me – at this moment.  But all is okay. Tak ada apa-apa masalah… Cuma mencari strategi-strategi baru supaya lagu serta aktiviti yang aku dan manager rancangkan bakal berjalan dengan lancar. Kami semua sebenarnya rindu zaman dulu yang industry betul-betul meriah. Tak apa. Masa merubah segalanya. Manusia semakin mementingkan business dan juga mengadakan perubahan yang adakala kita tak perasan bisa membawa kehancuran pihak yang lain. Rindu nak dengar lagu sendiri di radio sebenarnya! Tak apa, itu nanti aku ceritakan kenapakah ianya agak berbeza dengan dulu. Di lain entry!

Tak mahu cerita yang heavy (nanti kena tegur lagi! Hahaha ) Nak yang light & happy entry. Apa nak cerita ya? Actually nak bagitahu dah lama. Tetapi malu pula. Kelakar sebenarnya. Has been sometime I didn’t think about it! To have it – of course! I want it! Ini impian juga sebenarnya. Impian nak bina keluarga lagi! Dengan busy planning album, planning itu ini –  plan juga for baby! Ya Allah… Punya lah excited! Tuhan saja yang tahu. Ya, aku mahu mengandung lagi! Semenjak Jun, kami dah mula merancang. Maklum sahaja sudah 14 tahun jaraknya. Lama betul, terlupa semuanya! Hahahaa.. Terlupa bilakah masa yang tertentu dan sesuai bagi seorang wanita mengalami kesuburan dan dapat conceive a baby!

Dahulunya, tidak pula aku rancang. Happened just like that. Ayu adalah baby ‘terkejut!’  Meaning, masa tu aku langsung tidak kisah tentang how to get pregnant or to conceive a child. Pada aku, jika ada rezeki, adalah… Jadi, tidak pernah aku kira bilakah hari subur dan sebagainya. This time… Ya Allah… Asyik ter-miss sebab salah faham! Imagine, dah pernah pun melahirkan seorang baby girl yang sihat, tetapi tak tahu apa satu pun secara saintifik nya tentang masa kesuburan! I think not only me. Ternyata bila sedang training di gym bersama Mia – personal trainer aku – yang pernah juga bersalin – tercengang mendengar cerita aku tentang kesuburan. Lantas, itu membuatkan dia terfikir. Mia mengakui dia juga sebelumnya never ever have a thought about it and tak tahu apa-apa juga – seperti aku!  It’s so funny. Dulu muda. Kali pertama, senang betul menjadi. Mia juga setuju. She didn’t even plan to have a baby before. It’s just happened. Sama kes dengan aku juga. Aku percaya ramai wanita di luar sana juga begitu – or may be only us! Hahaha.. Terasa naïf betul!

So, my story on this – dah missed few months – bukan miss period, but miss to conceive! Salah kira punya pasal. Rupanya barulah aku belajar, hari kesuburan wanita bukan all the time  throughout the month! Apa punya blur la Nurul ni. Itulah, dulu masa arwah mak masih ada, tak mahu bertanya. Mak dulu bekerja sebagai jururawat desa atau midwife. Dia memang pakar tentang hal wanita mengandung ni. Kerja dia. Masa muda, focus kita lain. Fikiran juga yakin bahawa masih muda – senang nak conceive. Dalam excited aku  ni, dan asyik tersalah kira hari sebelum ini, buatkan aku sedikit kecewa. Asyik fail je. Itulah, excited sangat.

Pernah juga aku merasakan diri aku ni pregnant in last July! Beli segala test nak tengok positif ke tidak. Bulan itu, aku kecewa juga. Ramai yang berpesan, jangan excited, just relax.  Nanti takkan jadi. Aku tak peduli. Nak excited juga! Hahahhaa… Doctor aku ketawa pada aku. Gynae semenjak 15 tahun yang lalu itu, yakin tetapi aku pula yang gabra semacam. Mana tak excitednya, dah 14 tahun anak dara aku. And now, I am wiser & better, so nak rasa lagi sekali atau dua kali pengalaman mengandung. What a wonderful feeling. Wanita yang sudah merasa, mereka tahu betapa indahnya pengalaman itu.  Aku pernah merasanya, namun, aku mahu lagi. Amazing feelings! Another body, another live growing in you.

Ada beberapa rakan artis yang telah mengandung – bila aku dengar, aku yang paling happy! Cuba merasa kegembiraan itu supaya aku juga bakal mengikut jejak langkah mereka. Rezeki mereka dahulu, aku bakal menyusul,  InsyaAllah. Jadi, untuk menjadi seperti mereka, aku ambil beberapa langkah persediaan supaya aku akan mudah juga mengandung seperti rakan yang lain. Makan makanan yang sihat, my nutrition shake (of course!) dan juga betul-betul belajar how to conceive (masa kesuburan). Semua yang ada di blog, internet, malah buku aku beli. Bila mengkaji kesemuanya membuatkan aku lebih merasa terpegun akan kebesaran pencipta. Memang hebat!  Mengingatkan aku akan kebesaran Tuhan. Tiada lain yang besar selain Allah, Maha Pencipta & Maha Besar.

Bila dah mengkaji terlalu banyak, buatkan aku confuse! Scientifically confused! Eric ketawa melihat gelagat aku. Dia sering berkata, ‘I want it as much as you want, but don’t be so excited. Nanti tak jadi.’ Dia pun percaya akan kenyataan itu.

Selepas demam tempohari, something happen to me. Which tak boleh nak bercerita di sini sebab blog ini dibaca juga oleh beberapa peminat lelaki yang masih di bawah usia (mengikut kategori PG – tak boleh nak cerita! Sensored!)  So, I went to see a doctor. A different doctor yang disarankan oleh kawan aku yang telah mengandung kini. Dia  ke sana dan dengan nasihat doctor wanita itu, she conceived. Aku pun yang mahu sangat mengandung, ikut jejak langkahnya selepas dia juga strongly suggest me to go there! Katanya doctor itu benar-benar bagus.

Doctor wanita itu memeriksa aku dan benar-benar memberi informasi yang lengkap untuk aku plan betul—betul kali ini. Dari pemakanan sehinggalah ke hari yang benar-benar perlu aku pentingkan. Aku dan Eric tiada apa-apa masalah. All perfect! Hanya masa yang menentukan. Pada aku, usaha tangga kejayaan. I’m a determined person. Jika mahukan sesuatu, aku buat betul-betul.  So, aku ikut sahaja apa yang doctor suruh aku  & Eric lakukan. Dia juga memberi cara pemakanan untuk conceive a baby boy and also what to eat to conceive a girl. Oh.. Macam tu.. Barulah aku tahu.. See! We are what we eat! Rupanya Jantina bayi juga boleh ditentukan dengan pemakanan.  Jika mengambil banyak makanan di dalam kategori alkali, memang berpeluang tinggi untuk mendapatkan bayi lelaki. Makanan yang agak masam dan asidic – untuk bayi perempuan. Timing juga menentukan segalanya. Itu usaha yang aku ambil. Selebihnya, itu kuasa Allah. Jika tiba masanya, akan sampai juga giliran aku. InsyaAllah.

Macam-macam yang aku belajar dari doctor pakar wanita itu. She’s so nice and always berdoa dan sentiasa mengajak pesakit serta pelanggannya membaca kalimah Allah setiap kali bertemunya. Selesai memeriksa pesakit, dia akan mohon membaca doa bersama-sama. Usaha kita perlu diiringi doa. Mohon kepada Yang Esa kerana Dia yang berkuasa. Itu yang membuatkan aku sukakan doctor ini. Buat masa ini, apa yang disarankan doctor, sudah kami lakukan. Doakan ya mudah-mudahan akhir bulan ini bakal memberi satu berita gembira buat aku & Eric serta keluarga.

Masih bunyi excited kan di dalam ayat di atas tu?! Okay Nurul, relax. Don’t be so excited. Control your emotions! Breathe…. Tengoklah nanti, mesti ada story in the next entry yang aku sibuk beli test kit banyak-banyak nak tengok positive result! Hahhahaa.. Hope by the time Eric balik dari Europe on the 14th,  sudah ada good news! Masih berharap & excited kan?! Nurul.. Nurul.. Stop it!

Salah satu buku yang aku baca. Excited punya pasal, aku beli last July sebab aku sangka aku pregnant..
Advertisements

12 Comments on “PLANNING..PLANNING..PLANNING…

  1. utk 1st baby tu pn sama jugak saya. xde planning2 apa2.. tak amik pot pun pasal subur ke makan ke apa ke.. maybe ramai kalau 1st time ni yg tak tahu pasal tu.. hehehehe

    • ya betul..betul.. ni I dah start excited ni – like i said in the entry! hantu betul Nurul ni.. kena relax! Alll friend dah bising sebab I excited sangat & aktif tak reti duduk diam! hahahaha.. dijaga macam Tuan Puteri! Suka! Suka! hahahhaa

  2. Wow amazing kak nurul…bnyk lh berdoa dan memohon pdnya…semoga Allah menganugerahkan cahaya mata buat akak dan hubby…may Allah bless u happylly life…Amin”

  3. Kesuburan memang ada waktunya , by science calculation, doa subur batinnya pun kena belajar gak… Agar rohnya beriman dan bertakwa.

  4. Seriously mmg suka baca blog nurul. Padat tp relax bila baca. Enjoy….

  5. Salam Nurul… If not too much of a trouble, may I ask please…. Doctor/ Gynae mana that you’ve attended ( best dengar ur story about her – very helpful).. Akak and hubby hv been trying for almost 8 years now… I was pregnant but it was ectopic so we’ve got to removed it at 8 weeks in 2010… I’m 41 now.. I could name a few Gynae that I dah pergi… Dr. Hamid Arshad, Dr. Harris Hamzah, Dr. Dato siti Zaleha and there are few others.. traditionally also we’ve ventured to it.. Rawatan Islam as well… YES!!!! very true …. most of them said … it’s all in the hands of Allah Ta’alla…kita cuma jgn putus asa dan terus berusaha dan jgn berhenti meminta padaNYA sahaja… Akak hargai jika Nurul can share me her name ( i would understand if you couldn’t ), as one of my usaha to conceive …. akak wish you and Eric all the very best and …. Nurul… take it slow… not too active dik… Semoga Allah Ta’alla kurniakan kepada kita cahayamata yg sehat walafiat, soleh/ solehah … Amin Amin Amin… Ya Rabbal A’lammin…sesungguhnya …. ONLY HE KNOWS BEST….

    • salam kak. dapat email saya? ada semua details di situ.. Wish you all the best. Take care

  6. Hi there, care to email to me too on details of the Dr and tkg urut kat PD (yr entry lain)? Have been trying to get preggy, tp I dah ada anak, just like u, tapi he’s in Std 3 now….Thanks for the sharing….

    • please go to my entry in MY PREGNANCY. all stated there. Thank you

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: