DON’T TRICK ME, PLEASE….

Aduh… Kepala berkecamuk… Fikiran runsing! Banyak sangat benda nak fikir dan bermacam cerita juga yang lately ini aku dapat. Semua cerita bercampur. Salah aku juga, nak dengar semuanya! That is why sometime I don’t like to know about other things happening around me especially yang tidak ada kena mengena dengan aku. Cerita gossip lagi lah aku kurang ambil tahu. Bila ambil tahu semua itu, buatkan fikiran sedikit lari dari paksi konsentrasi dan focus kepada kerja sendiri. Bukannya tak boleh nak kawal fikiran ini, boleh! Lagi pulak dah belajar tentang teknik Mind Power Training. Our mind is really a big trickster! Kadang-kadang tu, kita tahu kita boleh kawal, tetapi pantang kurang observe sikit je thoughts yang ada, datanglah pulak bad thoughts – especially a negative ones. Tetapi bila dah belajar teknik-teknik how to control, insert and also sending and receiving thoughts; barulah okay sedikit.

Sehari dua ini, fikiran agak penat sebab aku kurang observe my thoughts. Tercampur semua sekali. Budak baru belajar, biasalah, adakala buat salah. Kalau tak buat salah tidak belajar. Semalam aku langsung blur. Itu bukannya apa, inspirasi berkurangan dek memikirkan 12 hari keseorangan. (Eric berada di France & Italy untuk 12 hari for business trip) . Aku ini fobia sikit sorang-sorang, maklum saja lama sangat dulu hidup sendirian. Aku ada sedikit fear, sebab bila keseorangan dulu, macam-macam perkara berlaku. Jadi, dalam fikiran aku ini – subconsciously masih ada terasa bakal menerima kata-kata umpatan oranglah, fitnah lah; dan sebagainya. Itulah yang aku katakan tadi, fikiran manusia ini – otak adalah ciptaan agung Tuhan. Sungguh hebat. Fikiran kita sendiri adakala mempermainkan kita. Amat penting untuk tahu mengawal fikiran.

Oleh sebab itu, semenjak minggu lepas aku mula belajar tentang Mind Power yang diajar oleh salah seorang mentor Eric iaitu John Kehoe. A very smart & fantastic guy! Aku baca bukunya dan juga mendengar CD yang Eric sedia ada semenjak beberapa tahun dulu. Ada latihan yang perlu aku lakukan selepas mendengar CD tentang how to use the mind power techniques. It’s very interesting. Barulah aku faham tentang istilah body, mind, soul. Semuanya bermula dengan fikiran. Apa yang ada di dalam kepala kita; cara kita berfikir menentukan siapa kita sebenarnya. Bukan itu sahaja, menentukan kejayaan juga!

Semenjak belajar teknik-teknik mengawal fikiran, insert good thoughts, observe thoughts, law of attraction – buat aku dizzy! Cepat tired pun ada. Itulah trick akal kita. Bila ada sesuatu yang baru yang nak kita ubah di dalam cara pemikiran kita, ada saja datang rasa yang macam-macam. So, it’s a big trickster! Jadi, aku kena observe segala yang aku fikir. Bila ada yang negative saja, cepat-cepat gunakan pula teknik how to chase all the negative thoughts away!  It’s interesting. It’s like playing games with yourself!

Ini minggu kedua dan aku masih ada lain-lain latihan yang perlu aku lakukan. Memang benar kejayaan setiap orang bukan sahaja terletak kepada usaha, tetapi juga fikiran kita. Bagaimana kita berfikir dan focus kepada apa yang kita mahukan. Buku Mind Power ini juga mengajar aku tentang concentration & contemplation.  Aku menjalankan latihan-latihan ini dengan memahami all the laws about mind. The concept. Jadi, aku spend masa 30 minit setiap hari. It’s very tricky to spend 5 minutes on every law. It has 6 laws to understand. Aku tahu, apa yang aku cerita ini sedikit ‘deep’ – but this is what I’m doing right now to strengthen up my mind.

Aku ada mengatakan bahawa, kita perlu bakar apa yang kita telah makan dengan senaman serta latihan-latihan yang dapat menaikkan metabolism badan serta menguatkan otot. It’s actually the same concept with our mind. We have to train our thoughts and mind supaya lebih ‘fit’ sebagaimana kita mahu body kita fit. Itulah salah satu yang disampaikan oleh John Kehoe. Memang benar apa yang dikatakannya. Kalau kita tidak belajar how to control our thoughts, itulah yang sering terjadi terlalu emotional & it normally drag us down. Jadi, latihan yang diberikan mengajar aku mengawal segala fikiran aku supaya aku lebih positif. I like it!

Dengan teknik yang aku pelajari ini mengajar aku menjadi lebih tenang dan tahu menjaga reaksi dan emosi. Ini adalah salah satu yang amat penting. Mengawal reaksi kita dari apa yang kita fikir adalah paling utama. Dari pemikiran, turun ke emosi. Emosi akan naik semula ke akal dan memasukkan rasa – kebanyakkannya adalah negative. So, must know how to control it.

Aku suka belajar tentang a new discovery – especially about diri aku sendiri. How to be a better  person with a motivational program yang sebegini. Esok aku bakal mendengar CD yang seterusnya. Apa yang terbaru aku belajar, aku kena kawal the big trickster not to give me the dizziness! Hahhahaa… Aku ambil keputusan untuk belajar tentang mind power apabila fikiran aku berkecamuk & tidak boleh memberi focus yang baik. Buku ini juga mengajar tentang berdoa & solat! Penulisnya adalah mat salih jadi disebutkannya ‘pray’. Memang benar solat itu penting – it’s for our soul dan Pencipta yang mencipta kita. Tentang mind power pula – supaya akal lebih panjang dan positif dan lebih fokus. Semuanya related with one another. Kalau tidak selari, mulalah datangnya bad thoughts!

I’m glad I found this man named Eric Depp. He is a positive guy and always wants to be better. Dia suka belajar dan ada teknik tertentu untuk belajar. Bila aku suarakan rasa aku tentang fikiran aku,  cepat-cepat dia hulurkan buku ini.  Satu lagi yang buat fikiran kusut sebenarnya adalah kerana this is the first time he’s away from me this long. Mengada tak bunyinya! Hahahaa… I’ve learned the meaning of ‘soulmate’. Sebelum ni aku tak berapa faham apa itu soul mate. Now I’ve found one. Dialah teman, dia adalah cinta, telinga, mata, hati – dan dialah pelindung. I miss him. Hari ini adalah hari kedua…. Baru dua hari aku dah haru biru! Nurul you are drama queen! Hahahhaa…

THIS IS THE BOOK THAT I’M READING RIGHT NOW. BY JOHN KEHOE. EVERYONE MUST READ TO IMPROVE YOUR THOUGHTS & THINKING.
Advertisements

One Comment on “DON’T TRICK ME, PLEASE….

  1. Wow great story life sis…proud of u, be strong whenever happen, bnyk lh berdoa kpd Allah & semoga bahagia dunia akhirat dan sukses selalu…we always support u my sista…luv u ❤

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: