YOU MUST BURN WHAT YOU EAT!

Aku pernah bercerita sebelum ini aku dan Eric suka menonton rancangan masakan. Selesai pagi ni dengan semua kerja rumah,  dan Eric siap packing untuk ke Italy, kami berdua  ternganga melihat Buddy Valastro dari ‘The Cake Boss’ di TLC – di dalam rancangan terbarunya ‘Kitchen Boss.’ Aduh.. All fattening! Banyaknya cheese & butter! But, that’s Italian. Mesti ada cheese! Looks nice though. Talking about food, aku dan Eric memang suka makan. We like to cook too.  Kadang-kadang tu berebut nak masak! We love to cook, to eat. Dan jangan tak tahu, biasanya lepas makan macam-macam food, we also like  to burn the calories from the food that we’ve eaten!

Not about food that I want to tell today. It’s about exercise and gym! Exercise adalah satu keperluan yang kita sering terlupa. Badan kita memerlukan latihan untuk membakar lebihan lemak dan kalori dari makanan yang kita makan setiap hari. Exercise juga memastikan metabolisma badan berada di tahap yang sepatutnya. Ramai yang tidak sedar yang exercise juga merupakan proses detox bagi badan dan juga organ dalaman. Oleh sebab itu, exercise juga membantu untuk membuang segala toksik dari dalam badan melalui peluh; & bila toksik berkurangan, kita akan kelihatan muda. Bukan itu sahaja, ianya dapat menaikkan stamina & mengekalkannya. Dengan stamina yang baik, kita akan sentiasa cergas.

Exercise amat penting pada aku. Aku dan Eric –  kami exercise 5 kali seminggu. Isnin hingga Jumaat. Bila dah berkahwin ni, lagi kena exercise sebab kami selalu makan!  Exercise bagaikan satu pekerjaan juga kepada kami. Aku pastikan aku ada sekurang-kurangnya 1 jam untuk exercise – setiap hari. Kalau ada masa lebih dan tidak terlalu busy, biasanya 1 jam 30 minit aku di gym. Sekarang ini ada personal trainer, lagilah aku kena disiplin. Aku mula aktif exercise sedari tahun 2001. Aku yang lahir di dalam family yang berdarah kacukan mamak-pakistan-melayu, memang sedia maklum bahawa aku senang untuk put on weight. Tahun 2001 tu aku mula sedar apabila usia meningkat, makin perlunya exercise kerana metabolic rate yang menurun.  Aku  ni pula memang dari kecil takut dengan kegemukkan. Family aku majoritinya gemuk.

Aku pun enroll dengan satu gym yang famous di pinggir kota. All women gym. Seronok! Pagi-pagi dah bangun nak ke gym. Aku jadikan rutin sebegitu selama beberapa tahun. Bayangkan aku bangun setiap hari jam 6 pagi! Gym buka 7:15 pagi. Aku yang pertama biasanya sampai gym. Semangat betul. Semuanya kerana mahukan badan yang fit & juga lengan serta bicep seperti Madonna. Firm & muscular! Masa tu entah dari mana datangnya idea untuk dapatkan tangan seperti bintang hebat itu. Aku yang aktif dengan setiap aktiviti di sana memberitahu gym instructor yang aku mahukan bicep seperti Madonna. Mereka tidak putus-putus memberi aku training yang terbaik asalkan aku capai matlamat aku.

Setiap hari aku akan pulang ke rumah jam 3 atau 5 petang. Dah macam orang kerja 9 to 5! Selepas beberapa bulan mengikuti rutin itu, aku dapat apa yang aku mahukan. Semakin Nampak kesannya, semakin suka aku lakukan exercise – apa-apa exercise!  Dari cardio exercise sehinggalah ke weight lifting.  Gym instructor dan trainer yang ada di sana semuanya bagus. Mereka sentiasa memastikan mereka memberi yang terbaik supaya semua pelanggan mencapai apa yang mereka mahukan. Peluang terbaik untuk aku!

Memang bukan mudah untuk melakukannya. Kita ni bila dengar perkataan exercise je, dah bayangkan berpeluh, bernafas laju dan sakit! Memang betul! Itu yang ramai yang malas nak exercise. Tetapi kalau tak pernah atau tak ada exercise langsung, lebih memudaratkan. Ianya boleh membahayakan organ dalaman serta masalah kegemukkan kerana karbohidrat & lemak berlebihan di dalam makanan kita seharian. Lebih-lebih lagi makanan kita di Malaysia ini. Asia secara majority makan lebih banyak nasi yang mana kita semua tahu ianya mengandungi karbohidrat yang tinggi. Karbohidrat bertukar menjadi gula & lemak apabila berlebihan dan disimpan oleh badan. Lemak dari karbohidrat  dan juga lemak dari makanan yang berminyak dan berlemak. Bayangkan jika tiada exercise  langsung. Bagaimana stressnya organ dalaman kita memproses segalanya & organ dalaman bekerja berkali ganda.

Lemak yang berlebihan di dalam badan juga akan memberi kesan tidak baik kepada organ penting dalaman. Lemak biasanya akan mengelilingi organ-organ tersebut. Biasanya akan mendatangkan bahaya kepada jantung. Kerap kali kita dengar pelbagai kes mengenai jantung. Semua penyakit yang dihidapi biasanya bukan kerana penyakit itu happen just like that. Semuanya kerana makanan yang kita makan. Jadi, dengan exercise, ianya membantu meringankan beban organ dalaman dan sekaligus dapat menyihatkan badan serta mengelakkan penyakit kronik seperti masalah jantung dan sebagainya.

Aku ni tak suka sakit. Jadi, aku pastikan aku sentiasa aktif dengan exercise dan pengambilan makanan yang seimbbang. Aku kurangkan mengambil karbohidrat yang berlebihan dan minyak masak pula aku tukarkan ke minyak zaitun. Nyata minyak zaitun memberi banyak kebaikan melalui anti oksida nya yang tinggi. Aku dapat rasakan semenjak aku gunakannya, kulit dan juga badan banyak berubah.

Selepas beberapa bulan berkahwin, kami sering dijemput ke pelbagai acara & all makan, makan, makan! Jadi, kena lebih banyak exercise. Adakala terlepas pegangan disiplin dek kesibukan jadual & juga banyak melakukan acara lain. Menyedari hakikat itu, aku hubungi semula personal trainer yang aku kenali dari tahun 2001. Mia sedia berkhidmat untuk ‘torture’ aku! Hobi dia memang suka ‘buli!’ hahahhaa… itu perlu, kalau tak, tak nampaklah hasilnya. Mia melatih aku 2 atau 3 kali seminggu. 2 jam bersamanya setiap sessi, memang seronok! Macam-macam pergerakan yang diberinya, dan semuanya menampakkan hasil yang sungguh pantas.

Itulah rutin aku setiap hari. Di sini, aku sertakan gambar-gambar yang sempat diambil oleh adik aku Liana last week during the training. Gambar-gambar tu diambil selepas aku di ‘torture’ selama 1 jam. Hanya aktiviti stretching selepas strenuous training. Maaf jika gambar-gambar ini ada yang bakal menganggu sedikit pandangan semua. Maklum sahaja exercise & regangan, macam-macam posisi kena buat!

Soon I will tell you about food – what to eat what to control so that you will maintain your weight! Normal food satu perkara, nutrisi lain pula! Ingat semuanya perlu seimbang & exercise! Exercise! Exercise!

Advertisements

2 Comments on “YOU MUST BURN WHAT YOU EAT!

  1. huhuhuh nice article.. absolutely right… if you enjoy food then you MUST enjoy the torture.. well done dear!

    • Thank you sweetheart! I miss your torture! hahahaa… Thanks for being a very patience trainer. I’m glad I’ve found you! Habislah lepas ni ramai yang nak ‘kidnap’ trainer hebat ni! Wooohoooo!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: