DREAM… DREAM… DREAM….

Wow! Kita dah sampai di bulan Oktober! Pantasnya masa berlalu! Hanya beberapa bulan je lagi kita bakal menyambut tahun baru 2013. Apa agaknya planning kalian di tahun 2013? Azam tahun ini dah tercapai? Aku ada beberapa azam belum tercapai. Maknanya azam tu nak kena forward ke tahun depan! I always look back to a year ago. Masa ini, waktu ini, di tarikh ini – di mana aku ketika itu. Apa yang berlaku pada aku & sekeliling aku. Dari situ aku akan mengkaji sejauh mana peningkatan atau perubahan yang dah aku buat di dalam hidup aku setahun yang lalu. Adakala aku kaji juga hingga 2 tahun sebelumnya. Bukannya apa, hanya untuk melihat sejauh mana usaha dan perubahan yang dah aku buat  di dalam hidup aku serta lihat apa-apa pencapaian –  jika ada. Itu penting supaya aku boleh buat perancangan baru untuk bulan serta tahun yang mendatang.

Azam itu satu hal, impian dan angan-angan itu perkara yang keduanya. What is your dream? Do you dream? I do. Ada banyak impian. Ada yang berkata ada impian itu bagus tetapi jangan terbuai dengan angan-angan. Bila berangan, biar letakkan target dan seterusnya usaha. Barulah angan-angan itu menjadi. Semua mereka yang telah berjaya, semuanya bermula dengan angan-angan. Asalnya hanya idea dan seterusnya impian serta angan-angan.

Aku sentiasa admire mereka yang telah berjaya. Baru-baru ini di dalam konvensyen yang aku hadiri, salah seorang speaker bercerita tentang impian. Bagaimana seseorang yang bermula dari bawah- in fact mereka bermula dari benar-benar susah. From nothing to something. Orang kita selalu berkata, nasib mereka baik. Memang benar nasib mereka bagus tetapi agak-agaknyalah, jika mereka itu semua bergantung pada nasib tanpa usaha, menjadi tak? I don’t think so. Semuanya bermula dengan impian, usaha, masa dan seterusnya nasib. Aku pasti mereka mempunyai determination yang tinggi, sebab itu mereka berjaya.

Gambar-gambar yang ditunjukkan oleh speaker itu adalah gambar Oprah Winfrey, Steve Job, Bill Gates, Mark Zuckerberg, Richard Branson & juga pengasas Google iaitu Larry Page. How amazing all these people are. Aku pasti mereka punyai visi untuk berjaya. Imagine, menjadi orang penting di dunia dengan rekaan mereka digunakan seluruh dunia & setiap orang – setiap hari. Amazing! Tak payah kita nak bandingkan dengan mereka di Amerika atau UK, cukup sahaja di Malaysia.

Hari ini Eric yang baru balik dari Vietnam membawa majalah Air Asia untuk aku. Selalunya kita dilarang bawa turun majalah itu. (We are busted!) Tetapi Eric tahu isterinya suka baca majalah syarikat penerbangan itu. Satu lagi sebab dalam tu ada soduku. Aku memang suka game yang dicipta Jepun itu. Untuk kali ini katanya ada cerita tentang Ning. Dia tahu aku agak rapat dengan Ning. Jadi, dia bawa pulang. Majalah itu selalunya memaparkan banyak cerita tentang Asia dan juga pelbagai cerita menarik dari Kaptennya. Aku selalu membaca kesemua ceritanya.

Cerita Air Asia juga tidak kurang hebatnya. Siapalah aku yang nak komen tentang mereka tetapi lihat sahaja pencapaian yang telah dibawa oleh Tan Sri Dr. Tony Fernandes. Aku suka nak bercerita tentangnya kerana aku pernah bernaung di bawah syarikat rakaman yang pernah diketuai olehnya. He’s a determine person. Always positive and always believe in what he does. Oleh sebab itu dia berjaya. Aku masih ingat, dia mengambil alih syarikat itu yang sedang mengalami masalah & hutang yang banyak. But look at the airline company  now. Hanya bermula dengan impian & usaha. Mereka antara low cost airline yang berjaya di Malaysia. I salut Tony – always be. Dari Warner Music dulu, sehingga sekarang. A man with a mission and make it a reality. Aku pasti bukan usaha yang sedikit yang diletakkan di dalam perniagaannya.

Bila aku lihat kejayaan orang lain, rasa bertuahnya mereka dan sungguh seronok. I always imagining me to be someone successful like that because I want to be like them. Kenapa tidak? Jika mereka boleh lakukan, kenapa tidak kita? We are the same. Hanya pemikiran & impian kita berbeza. Impian harus diletakkan usaha untuk mencapainya. Jika tidak angan-angan itu hanyalah angan-angan kosong atau angan-angan mat jenin.

Satu malam di antara banyak-banyak malam yang aku terlantar demam tu, aku kan ke kerap menonton tv. Ada pulak cerita tentang Beyonce & Jennifer Lopez.  Aku ini yang punyai angan-angan yang  tinggi terkedu apabila aku dapat tahu melalui rancangan itu bagaimana kuatnya mereka bekerja. Usaha yang diletakkan jika dibandingkan dengan aku, macam langit dan bumi. Langsung terasa aku belum mencapai walau suku dari apa yang telah mereka capai. Aku tidak lakukan sekuat mungkin seperti mana mereka lakukan. Terasa malu. Langsung menangis. Sedih tu bukannya apa. Sedih kerana malu kepada diri sendiri yang selama ini banyak punyai impian tetapi usaha belum cukup untuk meletakkan aku kukuh di dalam bidang ini. Ianya membuatkan aku  sedar bahawa usaha itu penting dan team work juga amat utama. Seronoknya tengok cara mereka bekerja. Dari pencipta lagu sehinggalah ke pembikinan videonya. Sungguh bersemangat dan mereka punyai focus yang tinggi.

Agaknya PSY yang menjadi kegilaan kerana Gangnam Style nya punyai impian? Sudah pasti.. Dengan  bayaran royalty yang diterimanya dan juga hit sebanyak 253m (sewaktu entry ini ditulis) di youtube, siapa jangkakan lagu sebegitu bisa menjadi kegilaan sedunia. Apa yang pasti semua kejayaan bermula dengan impian dan ianya berbekalkan usaha. Usaha yang tinggi serta focus yang mendalam. I want to be like that because I have a dream. Dream to be successful. What about you? Do you have one? Do you want to be successful?  Biarlah kejayaan itu beserta niat yang baik dan bukannya untuk menunjuk-nunjuk. Niat baik biasanya dimakbulkan Tuhan. Buat masa ini aku percaya insyaAllah aku bisa. Hanya focus, usaha dan berdoa kepadaNya mohon dibukakan jalan, dipermudahkan dan dimakbulkan doa ku untuk mencapai impian yang aku simpan ini.

Advertisements

2 Comments on “DREAM… DREAM… DREAM….

    • Hello Melati.
      Thanks a lot. Appreciate it. Syukur alhamdulillah… 🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: