LAGU DARI RADIO KERETA BARU…

Semalam seronok betul naik kereta baru – ‘kereta raya’ aku panggil. Adik aku yang number 12 datang melawat dengan membawa kereta barunya. Dia beli kereta baru tu seminggu sebelum hari raya hari tu. Dah lama tak bawak kereta comel selepas kereta pertama aku 15 tahun yang lalu. Kereta pertama aku hanya  Kancil 500cc! Masa tu, Perodua baru mengeluarkan kereta pertama mereka. Kereta pertama adik aku ni, lebih hebat dari aku dulu. MyVi boleh tahan! Bukan main aku mintak dia drive ke sana ke mari – hanya nak merasa kereta baru! Siap ada GPS build in kereta tu. Jakun tak bunyinya aku ni?! Hahahaa…

Dalam keretanya, kami dengar radio – kereta aku re-con tak dapat semua station radio famous masa kini. So, jakun sekejap. Banyaknya lagu baru yang aku tak tahu. Naïf sangat rasa sedangkan aku masih aktif di dalam bidang nyanyian. Radio amat penting sebagai penyampai informasi dan juga menyiarkan lagu-lagu terbaru masa kini. Stesyen radio juga merupakan trend setter menyebarkan trend muzik yang digemari.

Dalam perjalanan kami ke Melawati semalam, tiba-tiba ada satu lagu ni yang dinyanyikan oleh penyanyi lelaki baru yang popular. Aku kenal suaranya kerana dia salah seorang yang aku & juri lain pilih semasa aku dilantik sebagai juri di pusingan pertama AF. Tak ingat dah AF yang ke berapa. He’s a good singer! So, aku dengar lagu tu. Terasa aku tahu pulak lagu tu. Aku amat ingat dengan liriknya. Memang terasa terlalu familiar. Melodi & liriknya macam pernah aku nyanyikan. Betul-betul tak ingat bila agaknya lagu itu aku dengar. In my mind, I remember it was a female singer.

Fikiran melayang ke merata event di dalam kepala nak relate dengan lagu tu. Sebelum aje selesai lagu tu, terus aku ternampak muka penulis lirik & komposernya! Ambil masa hampir 5 minit aku nak ingat semula tentang lagu tersebut. Aku benar-benar terlupa akan satu insiden yang berlaku 3 tahun lalu. Ya! Penyanyi perempuan yang pernah rakamkan lagu itu adalah aku! Apa punya blur Nurul Wahab ni… Adik aku ketawa sendiri bila aku cerita pada dia. Namun versi aku tidak pernah keluar kerana rakaman lagu tu  tak pernah selesai. Manager aku Mas Anizah pun tak pernah tahu dengan cerita yang aku nak cerita ni. Aku benar-benar terlupa! Ya Allah kenapalah Nurul Wahab ni… Naik berpeluh sekejap nak kumpulkan segala memori masa nak menulis entry ni. Rasanya kalori aku dah terbakar sebanyak 500 kalori!

Ceritanya, tahun itu tahun 2007. Aku mula appoint beberapa composer untuk menerbitkan lagu untuk aku. Hanya composer yang aku gelarkan kawan. Baca baik-baik … ‘KAWAN’.  Aku kurang suka nak bercerita tentang perkara ini, tetapi dek kerana terdengar lagu tu semalam, terus teringat semula insiden tersebut. Macam baru tersedar dari mimpi. Aku benar-benar lupa dan aku perlu ceritakan kerana aku rasa aku tertipu!

Composer itu siapkan 2 lagu untuk aku. Satu lagu moderate, dan satu lagi balada. Memang sedap lagu-lagu ciptaannya. Dia ni salah seorang composer yang suka mencipta muzik yang baru. Aku kurang suka dengan lagu yang moderate itu . Kurang sesuai dengan aku. Tetapi dia mahu juga memberikannya kepada aku. Katanya pembaharuan. Tunjukkan Nurul Wahab yang baru. Aku hanya akur dengan pandangannya. Dia composer, memanglah aku executive producer album itu – aku yang bayar, jadi aku ada hak juga bersuara. Namun, aku ni tak nak tunjuk banyak songeh, jadi ikutkan sahaja.

Selepas aku selesai membayar 50% deposit untuk 2 buah lagu itu, composer itupun memulakan tugasnya. Tiba hari recording , aku rasa tak suka betul dengan lagu moderate itu. Aku nyatakan padanya, tapi katanya kena cuba. You must sing a different style of song. A new you. Aarrgghhh.. macam mana aku nak explain ni… Aku pun keluar studio dan ambik masa. Difikirkan semula, masa tu; aku takde mood betul nak record. Maklum saja lagu yang kurang sesuai. Aku pulang tanpa menghabiskan rakaman. Composer itu tahu kerana dia berada di luar studio ketika aku mahu pulang. Dia sedang busy dengan seorang artis baru di luar studio sementara tunggu aku warm up di dalam studio. Katanya tak apa, kita buat hari lain.

Dalam kesibukkan jadual aku, si composer pun juga sibuk dengan jadual rakamannya. Lama kelamaan, rakaman jadi tertangguh. Aku ambil keputusan untuk minta semula wang aku kerana minat untuk merakamkan lagunya sudah hilang. Dia mendiamkan diri. Inilah namanya “kawan” yang aku maksudkan tadi. Aku pernah bercerita di dalam entry sebelum ini yang aku pernah hampir broke. Dalam masa itulah perkara ini berlaku. Berlarutan dari tahun 2007 sehingga 2009 aku minta dia habiskan rakaman. Alasannya jadual terlalu padat. Aku hormati masanya. Dan aku rasa dia juga perlu hormati tanggungjawab aku yang mengambilnya sebagai salah seorang composer lagu-lagu aku masa itu.

Dia kenakan bayaran RM4,000 untuk 1 lagu. Jadi aku sediakan budget sebanyak RM8,000 untuk 2 buah lagu tu. Untuk permulaan aku perlu bayar 50% deposit pendahuluan untuk kedua-duanya. Itu memang penyanyi atau syarikat rakaman sedia maklum akan urusan menerbitkan lagu dari composer tempatan. Perlu bayar 50% deposit. Aku juga arif tentang pembayaran composer serta bayaran yang mereka kenakan kerana aku pernah berurusan dengan banyak syarikat ketika aku bersama bekas suami dulu. Harga yang composer itu kenakan kepada aku agak berpatutan dengan statusnya yang popular. Katanya nak tolong kawan. Dia kesiankan aku yang ketika itu seolah-olah mahu menapak semula di dalam bidang ini.

Aku yang mahu berjumpa dan bersemuka dengannya,cuba menghubungi beberapa kali. Panggilan tidak diangkat & sms tiada jawapan.. Hanya selepas beberapa hari kemudian, barulah dia menjawab 1 sms – mengarahkan aku hubungi isterinya. Aduhai.. Aku berurusan dengan dia sedari awal, bukannya dengan isterinya yang bertugas sebagai Doktor di bank darah itu. Katanya tidak boleh refund duit  yang dah aku bayar. Aku yang benar-benar ‘down’ masa tu dengan keadaan aku, terlalu sedih dan mengambil keputusan untuk saman. Aku buka semula fail & cari setiap evident yang ada. Ada dokumen, tapi masa aku bayar deposit untuk 2 buah lagu itu, dia lupa untuk sign the receipt & juga kontrak perjanjian yang dah aku sediakan. Itulah namanya kawan. Bila berjumpa, bersembang tak sedar diri hingga terlupa urusan penting perniagaan. Aku terduduk mengenangkan keadaan itu. Kenapa bodoh sangat aku ini? Kenapa terlalu lurus?

Aku yang tidak mahu membuat apa-apa kontroversi, hanya mendiamkan diri. Lama juga aku diam. Aku katakan di dalam SMS kepada isterinya yang aku tidak mampu berbuat apa-apa dan aku tidak mahu hebohkan perkara ini. Aku sedih & hanya berserah kepada Tuhan. Mereka ini boleh tahan juga alimnya. But I don’t judge them kerana mereka pun namanya manusia. Buat salah juga.  Setahun kemudian (awal 2009) aku hubungi semula composer itu. Tiada juga jawapan. Aku mahu nyatakan bahawa jika dia tidak mahu refund duit aku itu, aku mahu proceed dengan 1 lagu balada yang dia dah bagi pada aku. Liriknya pun sedap yang ditulis oleh best friend nya. Tiada juga jawapan. Aku sms tidak berjawab. Kemudiannya , aku hubungi best friend nya itu yang sememangnya penulis lirik kedua-dua lagu tersebut.

Aku terkejut bila mendapat berita darinya yang mengatakan kedua-dua lagu itu dah diberikan kepada penyanyi lain! Geramnya bukan kepalang. Aku naik angin betul. RM4,000 bukannya sedikit. Dia boleh pulangkan wang aku semula kerana kedua lagu tersebut telah dibayar oleh production lain yang mengambil lagu-lagu tersebut. Itu maksud aku sedari awal apabila aku sarankan kepadanya untuk pulangkan duit aku itu. Aku tahu akan process penerbitan album dan aku juga tertipu dengan sikap composer tersebut. Kata kawan yang lain, keluarkan sahaja cerita ini. Biar dia tahu. Tetapi pada aku, aku tidak mahu menaburkan pasir di dalam periuk nasi orang lain. Kata kawan aku lagi, composer itu yang salah. Ya betul. Tetapi aku tak ada apa-apa bukti. Hari ini baru aku sedar yang aku ada menyimpan cheque book yang aku bayar padanya. Jadi, aku ada bukti.

Aku takut masa tu nak hebahkan perkara ini kerana bimbang bisa menganggu konsentrasi aku di dalam bekerja dan aku tidak bersedia untuk berlawan cakap dengan composer yang sungguh bijak berkata-kata itu. Aku tahu perangainya. Dia memang pandai mengelat. Dalam pada aku berurusan dengan dia tu pun, banyak kali juga alasan yang diberikan. Jadi, aku tahu apa jawapan yang akan dia beri jika aku hebohkan kes ini. Lagipun, buat apa aku nak bagi publisiti kepada orang yang tak layak menerima publisiti. Ingat, cerita baik atau buruk, ianya tetap publisiti.

Lagu semalam yang aku dengar di radio itu, benar-benar mengingatkan aku semula tentang insiden itu. Terus naik marah. Berdesing telinga & langsung migraine! You know why? All because now only I realized how stupid I was! Aku tak ambil tindakan betul-betul & aku tidak mengadu kepada pihak yang sepatutnya aku adu. Ada pihak yang boleh bantu. Dan aku ketika itu fikirkan dia pernah menjadi kawan. Tetapi bukan kawan baik. Dia sepatutnya berterima kasih dan menjaga perhubungan yang pernah baik – especially aku dan bekas suami yang pernah menaikkan namanya sehingga menang award!

Aku fikirkan namanya besar, aku kesiankannya jadi aku diamkan. Aku fikirkan isterinya yang baik dan anak-anaknya. Aku tidak mahu cerita buruk itu menjatuhkannya. Itu fikiran aku. Tetapi adakah dia fikir begitu? Adakah dia terfikir yang aku ni juga perlu hidup. Duit aku cari dengan penat lelah aku sendiri, bukannya jatuh dari langit untuk bayar padanya. Adakah dia terfikir , masa tu aku struggle mencari lagu-lagu baru untuk mengukuhkan kedudukan aku. Jika dia pernah terfikir, sudah pasti kisah ini tidak berpanjangan. Orangnya ego. Selalu fikirkan dia yang terbaik. Ini judgement aku selepas aku kenal dengan sikapnya ini.

Aku belajar dari pengalaman itu. Aku benar-benar marah. Aku tidak pernah sangka keadaan sedemikian yang boleh berlaku pada aku. Nama composer itu besar. Masakan dia mahu berbuat demikian. Itu sangkaan aku apabila sedar yang dia terlupa sign kontrak perjanjian dan juga mengambil resit bayaran. Takde bukti dalam hitam putih, tetapi aku ada bukti lain – seperti lagu yang dia berikan dan aku transfer di dalam iTune. Ada tarikh dan waktunya. Aku masih simpan. Jadi aku ada bukti!

Keseronokkan naik kereta baru – kereta raya – terbantut seketika. Tetapi aku buangkan dari kepala aku – buat sementara. Aku perlu bincangkan dengan manager aku selepas dia pulang dari Singapura. Aku juga tahu bagaimana mendapatkan semula wang dari composer itu. Buat masa ini, aku langsung tidak mahu menyanyikan lagu-lagu darinya. Ya, bunyinya terlalu ego untuk seseorang seperti aku yang masih mahu mencari lagu yang baik. Aku pasti, composer itu juga tidak mahu berikan lagunya kepada aku. Kejadian ini menyebabkan aku hilang respect kepadanya dan nyata, tidak semua orang itu hatinya baik serta tidak semua orang itu gunakan akal untuk berfikir dengan lebih jauh – especially when comes to business. Industry ini kecil. Buat hal di sebelah sini, esok lusa di sebelah sana dah dapat tahu. Aku pernah terserempak dengannya di satu majlis sebuah persatuan muzik. Tidak pula mahu dia mengangkat muka memandang aku. Masa tu, nak juga aku pergi bersemuka dengannya. Tetapi memandangkan aku hormat akan majlis orang, aku batalkan niat aku itu. Aku tak pasti kalau aku pergi jumpa dia masa itu – bagaimana reaksinya. Boleh jadi dia akan malukan aku dan memburukkan lagi keadaan.

Aku sedar juga di atas apa yang berlaku adalah semuanya kerana sikap aku juga. Aku tidak tegas dan tidak telus di dalam komunikasi terutamanya di dalam perniagaan. Aku juga belajar pentingnya punyai manager (di dalam bidang aku ini). Bila sorang-sorang, memang orang boleh pijak kepala.  Aku ingat lagi bila mereka refuse to pay me back. Aku menangis kenangkan yang aku tengah susah & betapa besarnya RM4,000.00 itu! Sakitnya Tuhan saja yang tahu. Rumah pula baru siap masa tu. I need some money to pay other things. Memang benar-benar terasa. Sekarang ini bila aku belajar tentang beberapa perkara, baru aku sedar tentang beberapa perkara itu. Apa yang berlaku kepada kita, bukan salah orang lain. Tetapi salah kita. Kena terima kenyataan yang kita juga buat salah. Kita salah menilai, kita salah menafsir, sebab itu kita terkena. Aku perlu terima kenyataan itu.

Aku ambil keputusan untuk tuliskan cerita ini di sini kerana aku baru teringat dengan insiden itu serta cerita di dalam banyak-banyak cerita yang pernah berlaku kepada aku. May be this story can be a reference to new comers yang nak cari composer buat lagu atau mohon mereka menerbitkan album. Ingat, biar ada hitam putih. Jangan jadi seperti aku. Harus diingatkan juga, bila kita yang invest duit sendiri for a composer to write songs for us, jangan sign apa-apa kontrak dari composer itu yang mahu menjadikan kalian sebagai artis di bawah syarikatnya. Jika bersetuju berbuat demikian, mohon refund semula duit yang kalian dah bayar. Ini semua kerana, jika mana syarikat atau composer mahu ambil sebagai artis rakaman mereka, always remember – semua kos ditanggung oleh syarikat mereka, bukannya dari duit kalian. Aku beri pesanan ini kerana ada composer dan syarikat gunakan duit artis untuk terbitkan album dan mereka ambil artis tersebut bernaung di bawah syarikat mereka. Ingat! Itu deal yang salah. Hope this entry will help those new comers yang mahu mencuba nasib mereka di bidang ini. Juga perlu tahu, tak semua composer itu seperti di dalam cerita ini. Ramai yang professional dan jauh lebih jujur. Jadi tak perlu risau. Kalian hanya perlu tahu bagaimana business ini dijalankan. Itu saja.

Aku tahu cerita ini juga bisa dikorek oleh pihak lain untuk mendapatkan seluruh kebenarannya. Aku mohon, biar aku sendiri yang selesaikan. Mungkin satu hari, jika telah selesai, aku akan tuliskan sendiri cerita itu di sini. Always remember, this is my real story & in my own writing. I know my heart. I always say the truth. All of you dapat cerita secara langsung dari hati & diri yang bernama NURUL WAHAB.

Advertisements

4 Comments on “LAGU DARI RADIO KERETA BARU…

  1. Kawan makan kawan, istilah yang menjadi lumrah didalam kehidupan. Pengalaman itu mengajar kita menjadi lebih berhati-hati dalam segala urusan. Apa nama lagu tu yer…hehehe 😀

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: