IT’S ALL ABOUT ‘K’ … K-POP!

Semuanya kerana Ayu! Dialah ni asyik cerita K-POP je, mama dia pun dah tak sengaja suka K-POP. Macam-macam & ramainya artis K-POP yang famous! Aku jakun sekejap jadinya! Asalnya jarang melayan Ayu bila bercerita pasal K-POP, tetapi sekali tu terkena dengan Reza Mohamed di Twitter. Hanya kerana flash mob! Reza yang memang kelakar suka betul mengenakan aku. Dia yang kenalkan aku dengan Gangnam Style. Aku yang lurus bendul ni, tercari-cari di youtube! Tiba-tiba aku terkena virus Gangnam gara-gara Reza Mohamed!

Cerita itu aku sampaikan kepada Ayu. Ayu tergelak sendiri & dia berbangga. Katanya akhirnya mamanya suka K-POP. Seronok dia memeluk aku tanda gembira. Bila outing je, di Shopping Mall Ayu jarang boleh concentrate dengan apa yang dia nak beli bila ternampak gambar-gambar atis K-POP. Anak aku dah pandai ‘histeria’ melihat artis kacak dan artis yang famous. Semua cerita K-POP dia tahu. Siap explain pada aku apa itu maksud ‘oppa Gangnam style!’.. Ketinggalan betul Nurul ni… Nasib baik ada anak dara yang dah tahu segala cerita hiburan Korea.

Cerita Ayu, maksud ‘oppa’ itu ‘abang’. Gangnam pula salah satu nama tempat di Korea yang mana diduduki oleh ramai golongan berada. So, gaya abang Gangnam la maksudnya. Ayu banyak tahu pasal nama penyanyi-penyanyi & juga kumpulan terkenal Korea. Segala gossip mereka juga dia tahu! Ingatkan sekolah berasrama penuh buatkan dia tak tahu dunia luar, rupanya lebih hebat dari mamanya! Aku sukakan kreativiti penyanyi-penyanyi dan juga lagu-lagu Korea. Itu tidak dapat dinafikan mereka ini memang bagus. Ada originality.

Aku sendiri sukakan Negara Korea. Lewat September tahun lalu, aku & Eric ke sana untuk satu convention mengenai biznes shake kami. Aku suka makanannya dan Korean tak ramai yang gemuk. Makanan mereka sihat & tiada lemak. No wonder la ramai yang cantik. Industry music mereka sama hebatnya dengan dunia kecantikan mereka. Mereka punyai banyak butik-butik kecantikkan dan banyak skincare. Macam-macam jenis. Mereka semuanya cerah-cerah belaka. Susah nak cari warna kulit yang gelap, tetapi masih banyak krim atau skincare pencerahan kulit di merata jalan-jalan atau lorong-lorong yang adanya butik kecantikkan.

Malam di Korea – bermandikan cahaya! Bagaikan satu pesta yang hebat setiap kali malam berlabuh. Seronok betul kalau berjalan-jalan di sekeliling bandar Korea. All very happening there. Walauupun mereka tidak tahu berbahasa Inggeris, mereka tahu menghormati pelancong serta orang luar. Korea juga tinggi adab sopannya. Respect is number one to them.

Apa yang aku belajar dari Korea, mereka amat bersatu dan saling membantu satu sama lain. Di dalam biznes shake ni pun, Korea menakluki semua Negara APAC. Imagine! Mereka pernah susah jatuh terduduk, namun dalam sekejapan mereka bangun berdiri. Korea amat bersatu. Aku kagum setiap kali ada convention, mereka lebih ramai dari mana-mana Negara. Mereka dengan penuh bangga bercerita tentang cara mereka bekerja dengan kumpulan masing-masing.  Cerita yang mereka kongsi bersama Negara lain, sungguh menakjubkan. Air mata kejayaan jangan ceritalah. Boleh banjir satu hall kalau mereka menangis, itu tandanya mereka benar-benar bekerja keras membangunkan diri dan Negara. They are full of fun too!

Industry music, lebih hebat. Lihatlah sahaja sekarang ini. K-POP di mana-mana seluruh dunia. Bakat yang mereka ada juga betul-betul hebat. Bila aku kaji balik, mereka punyai banyak composer yang sungguh kreatif dan sentiasa up to date. Aku terpegun dengan bakat nyanyian yang rata-ratanya punyai kualiti suara yang baik dan berpersonaliti menarik.  Aku pasti setiap kejayaan yang mereka nikmati, semuanya melalui sikap mereka yang membantu satu sama lain. Itu yang nyata yang dapat aku lihat. Mereka kuat bekerja dan sentiasa mahukan kejayaan. Hati mereka sungguh jitu.

Nyata penyatuan bangsa itu membuatkan sesebuah Negara itu berjaya – di dalam apa sekalipun yang mereka lakukan. Kenapa kita tidak boleh berbuat seperti mereka? Kenapa kita kurang bersatu? Tak payah cerita mengenai Negara, cukup dengan bidang muzik tempatan. Kenapa kita tidak dapat seperti apa yang K-POP dapat menakluki dunia? Bukankah muzik itu universal? Kita tak faham bahasa mereka, tetapi kita terima seadanya kerana muzik break boundaries. Kenapa kita tidak ada peluang seperti yang mereka ada? Adakah kita kurang berbakat seperti mereka? Adakah bakat kita kurang bagus? Itu soalan yang selalu bermain di fikiran aku bila aku cuba menilai muzik kita dan industry kita dengan dunia luar. Kita juga mampu berbuat seperti mereka jika kita punyai attitude yang sama seperti mereka.

Walau apapun, kemasukkan muzik luar dapat juga membantu dan memberi kita perspektif yang berbeza melalui cara mereka dan juga style muzik yang dipamerkan. Mungkin satu hari kita bisa menjadi seperti K-POP – menakluki dunia luar dengan bahasa dan muzik kita. I have a dream to see more local talented make it abroad. I want – me, myself to make it abroad too. I have that dream long time, and it’s still there. Kita dah ada a few proven talented and they have made it abroad. Bangga sekali bila aku dengarkan dan lihat ada bakat baru yangmenyerlah di Negara luar.

Gadis bertudung yang menakluki Amerika juga terbukti hebatnya. Bertemu dengannya few year ago, buatkan aku kagum. Tinggi betul budak ni. Perwatakan menarik & punyai wajah yang eksotik. Berbakat & cantik! Way to go girl! Persoalannya, bisakah kita hasilkan lebih banyak seperti mereka yang telah mencipta nama di luar?  Jika ya, bagaimana? Adakah orang kita sendiri akan membantu kita to make it abroad? Atau hanya kita… Kita-kita aje secara individu berusaha sendiri? Antara bersedia atau tidak. Aku tetap dreaming kerana aku mahu. Mahu berjaya seperti mereka. What do you think? Usia… Ianya bukan halangan. It’s just a number. Antara mahu atau tidak. Antara yakin atau tidak..

Advertisements

2 Comments on “IT’S ALL ABOUT ‘K’ … K-POP!

  1. hi mama… this is my most favourite post… no its not because kurang bakat it’s because kreativiti tu tak tercapai… as you can see malaysia is famous for ballad and love songs… why don’t we try something new…. i will try and make the difference cause i want to go to korea… and you can make a difference by going to france.As you can see, my whole family is doing so… mari kita majukan industry muzik di malaysia.. wish us luck 😀

    • Hi sweetie. My sweetheart somehow pumped up with positivity and good spirit! You know what, I do agree with you. Let’s do it! Rajinnya hari ni baca blog mama! Hahahaha.. i know you miss me.. hehe..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: