RUMOUR HAS IT!

Baru je semalam bercerita tentang berita. Sigh… Hari ni rata-rata dikejutkan pula dengan berita kematian seorang rapper ternama. Ya Allah apa lah nak jadi ni… Agaknya siapalah yang menyebarkan cerita-cerita macam ni ye?

Seolah-olah mendoakan mereka yang hidup itu untuk mati.  Si penyampai berita tak check ke kesahihan berita itu terdahulu sebelum menyebarkannya? Agaknya dia pun tak tahu, tetapi dia bertanya kepada pihak lain untuk pengesahan. Dan pihak yang lain itupun bertanya pula kepada pihak yang seterusnya. I think that’s how rumors started. Masing-masing nak dapatkan kesahihan sehingga menyebabkan rumors itu jadi satu berita tergempar.

Bayangkan empunya diri yang mendengar berita tentang dirinya sedemikian… Bayangkan jika kita berada di tempatnya dan dikhabar dicanang keliling yang kita dah mati sedangkan kita masih bernafas segar… Bayangkan isteri, serta sanak saudaranya apabila mendengarkan berita sedemikian.. Apakah perasaan ibu bapanya yang mendengarkan berita itu? Tidakkah berkecai hati dan perasaan mereka. Ibu bapa mana yang suka dengan berita anak sendiri mati. Tak kiralah cerita itu betul atau tidak, pasti kecewa hati kedua ibu bapanya. Bagaimana pula rasa teman-teman karibnya yang sentiasa bersamanya? Agak-agaknya mereka marah tak?

Berita tentang kematian bukan boleh dibuat main-main. Ini soal kehidupan seseorang. Si pembawa cerita sepatutnya lebih fikir dengan panjang sebelum menyebarkan berita. Agak-agaknya kita boleh trace tak siapa pembawa cerita itu? Rasa aku boleh. Cuba tanya dia, apakah perasaannya membawa cerita yang tidak sahih especially tentang kematian. This is something interesting to know. Apa agaknya niatnya sehingga terkeluarnya khabar angin sedemikian. Interesting to know.

Khabar angin bagaimana sekalipun tidak bagus disebarkan. Imagine if it’s happening to you. Bayangkan jika orang tua kita yang sememangnya ada penyakit jantung atau darah tinggi. Dengan berita sedemikian, agak-agaknyalah, terkejut tak orang tua yang sememangnya sakit – silap-silap kena heart attack atau kena strok terus. Tidak semena-menanya orang lain pula yang ditimpa mala petaka dek terkejut dengan berita yang disampaikan.

Pada aku, jika kita tidak sahih dengan apa-apa berita yang kita terima, jangan bertanya kepada orang lain. Tanya empunya diri untuk mengelakkan rumors. But then, namanya pun rumors. Memang susah nak kawal.

Agak-agaknya satu hari nanti ada pulak cerita yang Nurul Wahab dah mati. Siapa tahu. Setengah orang suka buat main-main – padanya joke. Tetapi pada orang yang serious mendengarkan joke sedemikian, sudah pasti mengundang kemarahan. See how fast rumors can be spread?  Kesian kepada empunya diri, semoga bersabar. Manusia suka berkata-kata. Ada kata-kata itu memang bisa menyakitkan dan membunuh.  Mudah-mudahan kepada pembawa khabar angin, bawa-bawalah berfikir dan harap janganlah buat lagi.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: