BERITA… BERITA… BERITA….

Indahnya hari ini! Syukur dapat menikmatinya sekali lagi! Hari ini baru betul-betul rasa sihat selepas seminggu badan tidak bermaya kerana demam. Entah kenapa, selepas aku lega demam, manager & unofficial p.a pun demam! Not only that, last Sunday berjumpa Abang Saleem & isterinya untuk persembahan – pun juga demam selepas berjumpa dengan aku. Agaknya kebetulan. Manager aku betul-betul flat!  Dia kata aku kuat bekerja hingga sakit. We are actually the same!

Aku betul-betul pastikan aku recover dari demam. Kalau tak, nak buat apa pun tak best. Fikiran melayang entah ke mana-mana dan tak dapat focus. Dah rindu nak menulis. Tapi aku dilarang buat apa-apa kerja walaupun berfikir! Sebenarnya sakitnya sikit tetapi malasnya yang lebih! Banyak sangat cuti, nak mula kerja –  apa lagi..Punya lah lembab.

Kawan aku sarankan buatlah cerita mengenai why I love my country sempena hari Malaysia. Dek demam punya pasal, ketinggalanlah entry tu. But it’s a good idea. Sayangnya dah terlepas hari Malaysia. Tak dapat nak buat. Aku simpan tahun depan! Thanks Edward for the idea. I’ll do it soon!

Bila aktif dengan blogging ni, banyak bahan aku kena cari. Banyak idea, tapi nak olah & mana satu nak letakkan dulu, bukannya mudah. Macam-macam bahan bacaan aku baca. Tetapi kebanyakkan yang aku suka tulis adalah mengenai pengalaman aku & juga isu-isu semasa yang berlaku disekeliling aku seharian.

Semenjak bangun dari demam ni jugak, macam-macam berita yang aku ambil tahu. Hari tu, selepas touch down dari Macau dalam keadaan demam itu, manager aku sampaikan cerita mengenai penyanyi yang ditimpa lampu spotlight! What?! Ya Allah… Tak pernah berlaku. Tercengang sekejap dengar. Aku yang kenal dengan penyanyi itu bertanya teman-teman sekeliling keadaan penyanyi berbakat itu.

Ada yang kata keadaannya teruk, kena jahit & macam-macam versi lagi. Aku mengucap panjang. Hanya dapat  mendoakan supaya dia cepat sembuh. Tetapi dalam pada demam itu, aku cuba juga mendapatkan berita dari empunya diri atau mereka yang rapat dengannya. Rupanya lampu itu hanya jatuh di bahu kirinya. Terkena pula di tempat yang pernah dioperasi sedikit masa lalu. Selepas mendengarkan dia aktif membuat persembahan selepas 3 hari di hospital, sah, tidaklah seteruk mana keadaannya. Aku pasti satu pengalaman yang tidak mungkin dapat dilupakan olehnya.

See! Berita… Macam-macam versi apabila disampaikan oleh beberapa orang yang berbeza. Setiap kali balik dari luar negara, manager aku atau pingu ku akan update dengan setiap apa yang berlaku di dalam industry. Kalau sesuatu yang mereka tak tahu, mereka tak akan komen. So masa kes lampu spotlight tu, manager aku hanya bagi info apa yang dia tahu – tidak berapa lengkap. Pingu lah jadi mangsanya untuk cari cerita yang sahih. Bukannya apa, aku kenal dengan penyanyi itu, so kenalah ambil tahu.

Manager aku seronok lagi nak update dengan satu lagi cerita tentang penyanyi hebat yang sudah mengandung. Aku katakan kepada manager aku, oh! Itu aku dah tahu semenjak Ramadhan yang lalu. In fact when she came to my wedding she told me in the midst of planning for a baby. Tetapi aku pegang janji aku padanya yang tidak mahu berkongsi apa-apa dahulu sehingga dia bersedia untuk mengumumkannya. Berita itu aku sambut dengan gembira apabila dia confirm kan sendiri yang dia sudah mengandung semenjak beberapa bulan sebelum itu. Aku yang teringin sangat nak mengandung lagi – melompat macam aku yang mengandung. Manager aku pandang je aku bila aku kata aku dah tahu cerita itu. Anti klimak la aku ni! Kesian menager aku yang semangat bercerita. Itu hanya 5 hari ke Macau, imagine kalau berminggu-minggu keluar. Manager aku sentiasa keep me updated kerana dia tahu itu salah satu tanggungjawabnya. Aku bertuah kerana aku sentiasa diberi info dan update yang tepat tanpa ditokok tambah ceritanya. That’s my manager!

Berita – macam-macam berita. Dari entertainment hinggalah ke berita politik. Semuanya berita. Bangun pagi ni dengan berita dari CNN – masih sama cerita mengenai anti-Islam dan kesan daripada video yang disiarkan sedikit masa di youtube. Isu yang sungguh sensitive. Mahu je aku sendiri cari siapa yang buat video tu dan hapuskan saja. Kerana mereka ini habis kecoh satu dunia. Malah mereka yang tidak berdosa juga dibunuh.

Mengikut dari interview pagi tadi bersama seorang editor majalah Islam Global, seorang paderi kristian & juga seorang Yahudi – semua mereka berkata baik terhadap Baginda Rasulullah dan menghormati agama Islam serta penganutnya. Apalah salah mereka yang telah terkorban ekoran mereka yang tidak bertanggungjawab berbuat demikian sehingga mengundang peperangan. Mereka yang bertindak mengikut emosi sememangnya mengundang kesengsaraan. Cari sahaja yang pemunya idea dan penyebab kepada video itu sehingga tercetusnya isu tersebut. Bukan membunuh orang lain – walaupun bukan Islam tetapi mereka tidak kena mengena dengan video itu.

Aku sedih melihatkan keadaan ini. Islam bukannya agama yang kejam. Tetapi kerana beberapa insiden, menyebabkan penduduk dunia yang lain menganggap Islam itu kejam dan agama yang sensitive. Menyentuh tentang sensitive, mana-mana agama pun jika dikomen boleh menyebabkan kejadian seperti yang telah berlaku. Sebagai seorang yang beragama Islam yang berkahwin dengan seorang yang baru convert juga, bukannya mudah bagi kami menjelaskan keadaan ini kepada rakan-rakan yang bukan beragama Islam. Kata mereka, jadi penganut agama Islam kena bunuh orang. Jadi satu tanggungjawab untuk kami menjelaskan. Agama itu suci. Tidak langsung menyuruh untuk membunuh sesiapa unless mendatangkan bahaya yang mengancam keluarga; dan yang terutamanya mengancam agama.

Terasa tanggungjawab itu besar sebagai seorang yang beragama Islam nak terangkan semula  setelah nama Islam diburukkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Mereka ini telah  memberi nama buruk kepada Islam sedangkan agama Islam tidak langsung seperti apa yang digambarkan oleh mereka yang tidak kenal dengan agama suci ini.

Manusia dilahirkan dengan emosi. Tanpa ilmu pengetahuan & pemikiran yang lojik, boleh menyebabkan mala petaka. Berita yang kita terima adakala diterima dengan pelbagai jenis versi. Ada juga menyebabkan kita react to something that not suppose to. Aku pun kadang-kadang macam tu. Cepat sangat nak react! Tetapi dek beberapa insiden yang dah berlaku dalam hidup aku, aku belajar untuk terima sesuatu berita itu dengan tenang. Fikir dulu selepas dapat sesuatu berita – terutamanya yang berkenaan aku.

Semuanya kerana emosi. Sama juga ceritanya dengan berita pagi ini yang heboh dikatakan di twitter mengenai filem ‘Untuk Tiga Hari’. Bukan kali pertama isu sebegini kita dengar apabila ada cerita atau filem yang dibintangi suami isteri di luar dan juga di dalam sesuatu filem itu. Macam-macam pendapat kita dengar. Ramai yang suka beri pendapat  tentang sesuatu yang mereka kurang arif. Aku cuba untuk tidak mengeluarkan apa-apa komen kerana aku tidak arif di dalam bidang berkenaan; terutamanya berkenaan hukum hakam agama. Rujuk kepada mereka yang arif & kemudian belajar untuk fahaminya dulu. Kemudiannya nak komen – komenlah apabila sudah faham. Selagi tak faham – bagi aku – aku suka ambil langkah untuk DIAM.

Berita bisa menular dengan pantas hari ini dengan adanya teknologi hebat internet. Terpulang kepada kita bagaimana kita mahu menilai berita yang kita dengar & bagaimana kita mahu menangani sesuatu kesan dari berita yang dikhabarkan. Terbaik ialah, kaji dan telitikan dahulu tentang sesuatu khabar itu sebelum kita menyebarkannya semula. Kita tidak tahu kesan dari sesuatu yang kita komen apabila kita kurang arif – boleh menyebabkan sesuatu yang mungkin kita sendiri tidak sangka boleh berlaku. Apa-apa pun di dalam industry hiburan ini, setiap berita itu penting. Baik atau buruk ianya tetap bahan berita dan publisiti yang amat berguna kepada setiap individu bernama selebriti serta artis!

Advertisements

2 Comments on “BERITA… BERITA… BERITA….

  1. benar.jika tidak ada ilmu yang cukup..baik jangan komen.jika tidak..natijahnya..akan menimpa ke atas diri sendiri balik. saya pun harap kes vee dan rasidi cpt2 settle.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: