THE SPIRIT INDESTRUCTIBLE

            “The Spirit Indestructible”

Through my one square foot window I see outside
I have chains on my feet, but not in my mind
I’ll be dancing all day, see the sun outside
Don’t know how long it will be
Can’t stop me

I have the spirit indestructible
A heart that lovin’ was made for
A body that’s a miracle

I have a spirit indestructible
A heart that was made pure
Unbreakable and that’s for sure
Unshakeable, so give me more

Through my tired eyes I phase off the rain
With the meditation, I erased my pain
There’s a rhythm flowing through every vein
And the melody is never ending

I have a spirit indestructible
A heart that loving was made for
A body that’s a miracle
Spirit Spirit Spirit

I have a spirit indestructible
A heart that was made pure
Unbreakable and that’s for sure
Unshakeable, so give me more

And though they may, and though they may
Take you away, take you away
You’ll never break, you’ll never break, break

And though they may, and though they may
Take you away, take you away
They’ll never break, they’ll never break you

I have a spirit indestructible
A heart that loving was made for
A body that’s a miracle
Spirit Spirit Spirit

I have a spirit indestructible
A heart that was made pure
Unbreakable and that’s for sure
Unshakeable, so give me more

Lagu di atas lagu yang sering aku dengar sekarang sebagai pemangkin semangat. How I wish I can write that kind of song! Aku jarang mendengar lagu-lagu sedih, sebaliknya aku banyak mendengar lagu-lagu ke arah memotivasikan diri. Bukannya apa, ianya sebagai menaikkan semangat dan bisa buatkan hati girang.

Mencari lagu-lagu yang hebat bukannya mudah sekarang. Zul husni pernah bertanya dua minggu lepas sewaktu dia menghubungi untuk bertanya tentang kedudukan album ‘Mari’ dan apa perkembangan aku sekarang. Dia mengikuti rapat apa sahaja aktiviti yang aku lakukan. Dia bertanya, adakah aku tidak serik menghabiskan duit – invest in album tetapi pulangannya amat sedikit.

Memang benar aku telah banyak melakukan pelaburan di dalam menghasilkan lagu-lagu terbaru aku. Ada juga antara lagu-lagu yang aku siap rakamkan, langsung tidak keluar. Ada juga bayaran telah dibuat, tetapi composer diam. Lagu entah ke mana. Aku tidak sempat rekod apatah lagi lagu itu menjadi hak aku. Macam-macam yang telah aku lalui. Ada juga composer takut nak buat lagu. But I salute this kind of composer. Dia berterus terang di hadapan dan berkata benar tidak ada feel untuk buat lagu untuk aku. Ada juga tak nak buat kerana ‘teman sekutu.’ I don’t have to elaborate longer on that matter.

Zul antara kawan yang tahu dan merasai keperitan aku mencari lagu yang berhantu atau lagu-lagu hit. Aku katakan padanya, aku tidak pernah serik. Selagi aku mampu, akan aku usahakan. Nyanyian adalah nama tengah ku. Aku terlalu sebati dengannya. Aku belum buktikan sesuatu kepada diri aku sebagai penyanyi. Aku masih mampu. Aku mahu. Aau katakan lagi kepadanya, bisnes ada naik turunnya. Adakala kita rasa kita boleh, tetapi bila buat tidak menjadi. All is about timing. Lagu bagus tetapi kalau tak kena timing nya, tidak menjadi juga. Aku telah pastikan apa kesalahan lepas, jadi di masa akan datang insyaAllah tidak berlaku lagi seperti sebelumnya. Dalam nadanya aku tahu Zul seakan berkata memang tidak serik aku ini. To me nothing is impossible. Hanya perlu berusaha dan lakukan.

Tidak kesemua yang aku hasilkan itu tidak okay. Ada lagu-lagu dari composer hebat, tetapi kulit album pula tidak kena. Contohnya seperti album ‘Tika Cinta.’ Album itu sungguh menarik. Bekerja dengan Sharon Paul amat menyeronokkan. Wanita lulusan Berkeley itu bukan calang-calang orangnya. Sehingga ke hari ini, lagu-lagunya masih aku nyanyikan di petunjukkan pentas.

Industry banyak berubah, tidak seperti dulu. Aku masih ingat. Tahun itu apabila SMS dan prepaid mula menular. Kata mereka Telco akan adakan lebih banyak services & akan memberi impact yang bagus kepada industry. Ada benarnya, kerana lagu-lagu banyak diambil dijadikan ring back tone, call back tone & sebagainya. Satu peluang baru kepada composer & artis membuat lebih income. Bermulanya arena kehebatan IT dan prepaid phone; bermakna bermulalah juga kurangnya  album dapat dijual. Bukan itu sahaja, download secara berleluasa di internet juga menyumbang kepada kurangnya pembelian cd yang original. Cetak rompak tidak banyak effect nya.

Tidak mengapa. Fans tetap ada kata beberapa teman. Memang benar fans ada. Tetapi ianya mendorong kepada kejatuhan industry music. Namun itu bukan bidang kuasa aku untuk mengawal. Tiada lagu yang hebat, kurangnya minat pembeli membeli album dan factor lain menjadikan penjualan album merosot. Apa boleh buat, hidup harus diteruskan. Pada aku, aku hanya perlu berusaha lebih kuat. Jika satu hari nanti adanya peluang aku mendpaat lagu-lagu yang hebat, aku pasti cd aku juga tidak ketinggalan dapat dijual dan aku dapat semula segala jumlah investment yang telah aku lakukan selama ini.

Aku hanya perlu bertahan. Rancang dengan lebih  teliti dan lakukan sebaiknya. Masa aku akan tiba. Apa pun, dengan apa yang aku ada sekarang ini, aku tidak pernah pandang remeh. Malah lebih bersyukur. Tiada alasan jika ada kemahuan. Music will speak by itself and break boundaries. People will love me because of my songs & my talent. Hanya perlu bekerja keras. That’s the reason why I love this song now because I have that spirit. The spirit indestructible.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: