A STORY OF US….

2 tahun yang lagu, tak pernah aku sangka aku akan bertemu dengan seseorang yang tanpa diduga. Ceritanya begini. Zahida Rafik yang aku kenali melalui Umie Aida bebrapa bulan sebelum itu, mengundang aku ke majlis open house nya. Katanya jangan tinggal sorang-sorang. You must come to my place. Aku yang mula rapat dengannya, tidak berkata tidak. Aku terima sahaja undangannya. Ketika itu baru beberapa hari Syawal dirayakan.

Memang benar kata Zahida, jangan tinggal sorang-sorang tambahan pula keadaan aku ketika itu just broke up dan hampir broke. Zahida tahu aku gagal lagi dengan seorang lelaki dan dia pula kenal lelaki itu. Dia tahu aku telah melalui satu pengalaman yang sungguh traumatic – gara-gara dipukul 6 bulan sebelum itu apabila kami bertemu di rumah Umie Aida. Semua wanita yang berada di meja itu tergamam melihat aku yang bermata bengkak dan lebam di lengan kanan. Masih belum heal, tetapi aku ke sana kerana ada sesuatu yang mahu dibincangkan; serta aku tidak mahu memikirkan apa yang telah berlaku. If not I will be more pathetic!

Pengalaman dari kejadian itu telah merubah perspective aku mengenai lelaki. Memang benar tidak semua lelaki sama. Ada juga yang psycho. Aku langsung membulatkan hati dan memutuskan tidak mahu lagi mencari – yang perlu aku cari adalah kerjaya aku & duit! Aku betul-betul serik. Ladies, trust me, many men are psycho now & many asshole around us. So, you have to be smart. Jangan jadi bodoh seperti apa yang pernah berlaku kepada aku.

Back to the story – malam itu aku tiba di apartment jam 9.  Kata Zahida, someone will come & I will introduce to you. Aku tak hiraukan statement itu kerana aku ke sana bukan bertujuan untuk mencari replacement. Katanya buat kawan. you cannot be alone for a long time. Aku dengar sahaja.

Malam itu, banyak betul aku menyanyi melalui sistem karaoke nya. Without any expectations, aku hanya hiburkan hati sendiri. Zahida sibuk melayan tetamunya. Bukannya besar pun open house itu, hanya kawan-kawan terdekat yang dijemput. I had fun. Memang masa itu aku agak bosan dan sering bertanya kemana hala tuju hidup aku. Aku sering takut memikirkan masa depan aku. Pernah berfikir untuk berhijrah ke Negara luar dan mencari pengalaman lain serta bermula dari bawah semula. Namun, kawan-kawan selalu menasihati supaya aku bersabar. Things will get better. Aku hanya simpan nasihat- nasihat itu. Memang benar. Sabar itu sentiasa ada baiknya apabila kita benar-benar faham maksudnya.

Seronok berkaraoke, aku langsung tak hiraukan tetamu-tetamu  yang hadir. Layan diri sendiri. beberapa kali door bell apartmennya itu berbunyi. Tidak aku lihat siapa yang menjengah. Hampir jam 11 baru aku perasan ada mat salih tiba dengan membawa plastic bag Herbalife. Ooo.. Zahida ambik Herbalife rupanya. Itu yang aku fikir. Aku tak pedulikannya dan bersembang dengan bebrapa kawan yang ada di situ.

Seketika kemudian, aku bangun untuk mengambil makanan dan jejaka mat salih itu berada di meja itu. Aku tak pedulikannya. Kakak kepada Zahida – Kak Sin – yang berada di meja itu, memberi signal & aku ala-ala buat tak faham. Maklum saja, baru terkena dan masih serik, so, malas aku nak layan. Aku hanya senyum pada Kak Sin. Akhirnya Kak Sin terpaksa datang juga kepada aku dan mengatakan lelaki mat salih tu, sukakan aku, dan dia single. Dengan penuh ego, aku hanya menjeling kepada lelaki itu. Katanya lagi, dia bekerja dengan Herbalife. Hmmm.. Dia tak tahu yang aku pernah ada bad experience dengan product itu. Dan seketika kemudian, Kak Sin kembali ke meja makan. Aku tak hiraukan apa yang diceritakan.

Kemudiannya lelaki itu datang dan menghulurkan salam. Katanya, you are a good singer. Aku hanya senyum dan hanya reply thank you. Dia memulakan bicara. Aku pun mengutuknya directly tentang product Herbalife yang tak berkesan kepada aku pada tahun 2006 dulu. Dia hanya tersenyum. Lanjut malam itu, dia berkata lagi dia sudah bekerja selama 20 tahun bersama syarikat nutrisi itu. Aku terdiam. It must be something no to make someone stay for that long.. Terus aku tak berkata apa-apa. Langsung malu.

Hampir tengah malam, aku mohon kepada Zahida untuk pulang. I say goodbye to everyone termasuk lelaki Herbalife itu. Sempat dia minta phone number aku sambil dia berikan business card. Aku fikir, bagi je lah. Buat kawan. Bukan sorang je kawan mat salih yang aku pernah ada. So, another one to keep as a friend. Baru aku tahu namanya Eric Depp.

The next day, he calls me. Kami sering bersms & berhubung. Sering juga keluar makan malam bersama. Di dalam pertemuan-pertemuan itu, kami sedar yang kami punyai banyak persamaan. Kami punya  fikiran yang sama tentang relationship – tidak mahu yang komplikated. Relationship kami grow by itself sehinggalah selepas 3 bulan kami kenal & memutuskan untuk serious.

Zahida yang paling gembira & dia juga terkejut sebenarnya kerana dia tidak menyangka yang kami benar-benar berhubungan selepas perkenalan di apartmentnya itu. Bila dah semakin serious dan rapat, semua cerita pun terkeluar. Rupa-rupanya Zahida purposely order product dari Eric hanya untuk buatkan Eric datang ke majlisnya kerana sudah 2 tahun dia tidak bertemu Eric. Dia mahu Eric berjumpa dengan aku. Memang dia berniat mahu kenalkan kami. Dan cerita yang kedua pula terkeluar rupanya Kak Sin kakak kepada Zahida yang pada mulanya sampaikan pada aku yang Eric sukakan aku, rupanya pada Eric juga dia berkata yang sama!  Kami ketawa apabila ceriita yang sebenarnya dah kami ketahui. Eric always says he is glad that Zahida & Kak Sin berbuat demikian. Look at us now!

Dia seorang yang senang difahami. Apa yang suka & yang tidak suka, langsung diberitahu. Tidak ada sorok-sorok. Untuk jatuh cinta kepadanya bukannya sukar walaupun aku benar-benar berhati-hati untuk kali ini. Aku kenali erti senyum semula – benar-benar senyum serta apa itu ketawa. Aku ketawa semula. Benar-benar ketawa.

Di penghujung 2010 itu, semuanya berbunga indah. Aku tahu aku dilamun cinta semula. Kali ini benar cinta. Baru aku faham apa itu maksudnya soul mate. Apa yang sebenarnya kebahagiaan. Dahulunya suram, kembali terang. Dahulunya hampir hilang keyakinan, kini ianya kembali. Happiness itu beri aku semula tenaga yang aku perlukan. Aku mula belajar rupanya apabila sentiasa happy, sememangnya energy baik akan datang. Dengan tidak aku sangka, aku sentiasa ada job & aku lepas dari tahap broke. Aku tak tahu dari mana tetapi yang nyata, happiness itu membawa aku seribu kebaikkan. Aku sungguh tenang bersama lelaki yang amat memahami.

Kata Eric, happiness is also energy. You will attract all good energy to come to you. Dia banyak mengajar aku tentang happiness, positivity & appreciate dengan apa yang aku ada. Dia mengubah aku menjadi seorang yang focus dan berbalik kepada niat asal aku iaitu SUCCESS. Kali ini aku kenal apa itu ketenangan di dalam perhubungan. Memang nyata, pasangan kita mencerminkkan siapa kita sebenarnya. Kebahagiaan itu datang jika kita benar-benar faham apa itu ertinya cinta dan hormat di antara satu sama lain. I’m blessed. Itu yang aku rasakan apabila kali pertama dia menyuarakan hasrat untuk berkahwin dan melamar aku di hadapan kedua ibu bapanya dengan mengatakan akhirnya dia bertemu soul matenya setelah 10 tahun menyendiri. Pengalaman kami berdua telah menyatukan kami.

Bila aku kenangkan semula, aku bersyukur, aku telah bertemu pelengkap kepada kehidupan aku serta peneman untuk menempuh hidup yang serba mencabar ini. Ini lelaki yang aku sentiasa impikan. Kini dia milik aku yang tidak pernah aku sangka datang di dalam bentuk ini melalui teman yang aku kasihi. Terima kasih Tuhan. Beri juga kebahagiaan kepada teman ku, Zahida Rafik. Tuhan tidak akan beri sesuatu ujian itu tanpa pengajaran. Tiada yang berlaku itu tidak bersebab. Semuanya ada alasannya. Bila dilihat kembali apa yang telah aku lalui, I pet myself and say ‘you did well Nurul & you have found one – no need to suffer.’ Langsung lupa keperitan lalu. Seperti habuan di atas kesengsaraan.

For the man that I love most, Mr. Eric Depp – I love you now, today, tomorrow – and even a thousand years.

Advertisements

18 Comments on “A STORY OF US….

  1. Nurul, let me be the first one to comment here!! Smoga bahgia ke akhir hayat!!!!!!! 🙂 tidak selamanya lara, kerana akn ade kemanisan di penghujung kerana kesabaran itu ade nikmatnya…

  2. Salam kak nurul….

    I was CRIED bila baca kisah sebenar pertemuan kak nurul n husband. Sbb wlpn sy muda dan jalan cerita berbeza tp situasi hampir serupa. Dkecewakan dlukai tanpa henti. Jatuh bangun semula jatuh bangun semula semata2 nak mencari kebahagiaan diri nie. Org melihat kita tsenyum hakikat org tak nampak hati kita sunyi akibat asyik dlukai. Hanya yang benar2 memahami akan mengerti situasi hati kita dkala jatuh. Benarlah Allah sentiasa menduga hambaNYA malah Allah sentiasa memberi hadiah yg terindah selepas hambaNYA sabar tabah menempuh semua dugaanNYA. As a public figure pelbagai persepsi akan dterima. Baik mahupun buruk. Dgn mudah juga org menunding jari atas apa yg berlaku dlm kehidupan kita TANPA mengetahui perkara sebenar. Tapi Allah Maha Mengetahui mana betul mana tidak. Sebab??? Sbb Dia pencipta kehidupan kita jadi Dia lebih mengetahui kisah setiap hambaNYA.

    Wlpn sy masih muda (26thn) tapi sejak 18thn umur sy kenal cinta, sejak tu juga sy kenal LUKA kena JATUH TERDUDUK hanya kerana CINTA. Tp sy bangun semula berulang2 kali. Sakit YES mmg sakit tp demi mencari kebahagiaan sndri sy bangun lagi. Putus tunang kerana org ketiga hati hancur berkecai. Serik tapi Allah da janji setiap hambaNYA ada pasangan (soulmate/jodoh) nya. Cuma kita akan dpertemukan dgn jodoh yang salah dahulu sblm kita bertemu jodoh yg betul. Sape taknak hepi ending kan??? Tipu kalo kita da kecewa (putus tunang @ bercerai @ putus cinta), hati kita tertutup terus. Sedikit sebanyak pasti terselit keinginan nak merasai kebahagiaan juga. Tapi kita mencari berbekalkan pengalaman dan kita mencari dgn penuh berhati2 agar hati kita tak tluka lagi. Akhirnya bila sudah tiba masanya jodoh yang sebenar yg betul muncul kepada kita. Masa tu baru kita sedar rupanya pelangi ada juga dlm kehidupan kita. Cuma lambat atau cepat itu RAHSIA ALLAH. Kita sebagai hamba kerdil perlu berusaha mencari kebahagiaan sendiri. Usaha tanpa kenal erti jemu.

    Sy gembira bila melihat kak nurul bertemu soulmate yg membuat akak kembali tsenyum bahagia. Sy bukan siapa2 pada kak nurul cuma seorang peminat jauh yg sentiasa melihat perkembangan kak nurul. Malah meminati lagu2 kak nurul. Kak nurul seorang yg cukup tabah. Tersenyum sentiasa. Semoga kebahagiaan ini terus terukir di senyuman kak nurul. Alhamdulillah Allah pertemukan kak nurul dgn jodoh yg betul. Alhamdulillah kak nurul kembali menikmati kebahagiaan. Semoga kak nurul terus gembira n berbahagiaan selalu. Aaammiinn

    P/s : Sy tak jauh tinggal dari kg kak nurul. Mak sy senior kak nurul sbb dia selalu mention kak nurul nie junior dia kat sekolah dulu. Tp takde la say hi hi pun. Biasalah kan zaman sekolah kan kenal muka kenal nama tp takde nak kenal rapat he heee. Anyway sy tinggal kat Tasek Gelugor, Pulau Pinang jek. 🙂

    • Hi dear. Thanks for sharing. Sabar adalah yang terbaik. Kirim salam pada mama.
      Take care & always be happy. Your happiness will come too.

  3. dengan siapa pun kita berkahwin,ingat hanya Agama yg SATU iaitu ISLAM.Jadilah contoh muslim terbaik

  4. Hi Nurul, saya tersentuh dengan apa yang awak tulis. Sebelum saya baca blog ini, saya tak kenal siapa Nurul Wahab. Kenal sebagai artis tapi apa yang awal lalui sebelum ini membuatkan saya lebih memahami situasi. Saya sokong bila awak membuat blog begini, untuk kita lebih faham apa yang berlaku. Teruskan menulis tau. Alhamdulillah ujian untuk awak sebelum ni diberi kegembiraan yang lebih dengan ikatan perkahwinan yang indah.
    Nurul, awak sesuai kalau ada talk show sendiri. Boleh bincang hal-hal wanita, anak-anak, life, kerjaya, dll. Tentu dapat dijadikan inspirasi kepada semua remaja, wanita, ibu-ibu 🙂

    Teruskan menulis 🙂

    • Hi Molly.
      Thanks for reading. Appreciate it.
      Talk show sendiri? Memang itu salah satu impian saya.. InsyaAllah.. I want to!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: