HEALTH IS THE GREATEST WEALTH!

It’s not fun – at all – to be sick. Health is very important. Hilang kesihatan, hilang segalanya. Lebih berharga. I said once, money is energy, memang betul. Tetapi health the fuel. Health is the greatest wealth. Kadang-kadang aku naik hairan bila ada yang tidak langsung menjaga kesihatan. Bila kita belum sakit, memang tidak kita rasa & tidak kita terfikir betapa berharganya kesihatan.

4 hari tak bangun (2 hari di Macau & 2 hari di KL).  Aku yang begitu details jaga kesihatan – tak sangka hanya dengan cuaca yang panas boleh buat aku tumbang! Nasib baik takde apa-apa yang serious. Hanya stress kecil. Stress? No! Salah satu penyakit that will lead you to the biggest problem. Ramai yang tak tahu, stress boleh menyebabkan penyakit. Salah satu penyakit adalah kanser. So, be careful. Jaga stress level. Must know how to distress too.

Masa dalam perjalanan balik dari Macau, dalam flight tu sejuknya Ya allah .. Tuhan je yang tahu. Padahal dah berjaket tebal. aku pun minta selimut mungkin low cost airline company itu ada sediakan. NO. You have to buy. Tak apa, faham. Dah namanya segalanya business. So I bought for RM35. Tak cukup untuk  memanaskan badan aku yang kesejukkan di tengahari. Fikir aku, bagaimana agaknya jika any students, atau maskcik-makcik, pakcik-pakcik yang mungkin tak cukup duit; sakit pulak tu – agaknya terpaksa menahanlah gamaknya.

Aku dah ada banyak blanket. Cuma trip ini kali itu terlupa aku nak bawakan. Timbul satu idea untuk tinggalkan saja blanket itu kepada pramugari yang bertugas. Aku takut juga sebenarnya kerana syarikat mereka memang berdasarkan wang – untuk apa servis sekalipun. Bimbang jika bertentangan dengan polisi mereka. Aku bertanya juga kepada pramugari yang cantik menawan itu. Namanya Siti Zuraidah. Dia memberi respon yang baik. Jika ada sesiapa yang sedang sakit dan mahu menggunakan blanket itu, boleh minta kepada Cik Siti Zuraidah yang telah aku tinggalkan pesan kepadanya.  Dia tahu. HANYA UNTUK YANG SAKIT SAHAJA> yang tak sakit tu, tak payah lah ye..

Alhamdulillah I’m all okay now. Syukur. Macam dapat award bila dapat balik kesihatan. Thank you Allah. Boleh aku menulis semula. Punyalah rindu nak menulis. Rasa bersalah pulak sebab dah berjanji nak put up at least 1 entry per day. Nampaknya hari ni kena letak 2! InsyaAllah.

Dulu kalau sakit, hospital lah tempat aku. Not fun! Tak seronok bila difikirkan sekarang. Dulu seronok! Hahaha.. Why? Nak perhatian. Selalu sakit sebab tinggal sorang & always stress. I always have fears – before. So, selalu jatuh sakit. Pernah juga ICU 2 hari! Teruk kan?! Siapa yang salah (kalau nak cari salah) – AKU. Takde orang lain. Aku biarkan diri aku stress dengan fikir yang bukan-bukan, biarkan diri aku diselubungi fears – takut dengan masa depan, tak tahu apa yang akan berlaku di masa  akan datang – berfikir sampai bila nak sorang-sorang; dan macam-macam lagi. Aku biarkan diri aku buntu dalam benak fikiran aku sendiri. Sadness & loneliness can kill you too. Never ever do like me.

Kali ini demam dan sakit ini berbeza. Bukannya stress kerana emosi. Tetapi fizikal yang terlalu keletihan. Aku non stop. Happiness & the determinations keep me moving – buat apa yang aku mahu capai di dalam kerjaya. Aku tak mahu ketinggalan. Stress juga fikirkan nak handle pelbagai attitude manusia di dalam bidang ini yang adakala mengamalkan double standard. Diam saja. Kalau ditegur, lain pula jadinya. Jadi, hanya senyum, jangan berkata apa-apa. Sudah pernah berlaku, aku yang terima padahnya. Tidak semua berfikiran terbuka dan bisa ditegur. Setengahnya pretend to listen but behind, they will kill you softly after. Sigh..

Well, it’s okay. Whatever it is, life has to go on. Always believe in you – what you capable of. What you can achieve. Nobody can stop you kalau ada niat yang baik. Tuhan itu mendengar dan maha melihat. Setiap yang baik, dibalas dengan kebaikan. Begitu juuga sebaliknya.

Kepada semua, jaga kesihatan, ambil nutrisi kerana nutrisi tidak akan membunuh kerana kita ini seperti sebatang pokok. Perlu dibaja. Jika tidak layu sebelum berkembang. Tuhan ciptakan dengan semua kebaikan, jadi jagalah diri dengan memberi makanan yang baik kepada badan kita. Aku pernah fikir (masa muda dulu) ambik nutrisi nanti gemuk! Apalah Nurul Wahab ni… Nutrisi tak buat gemuk. Yang buat gemuk adalah lebihan harbohidrat & juga lebihan lemak memlalui makanan lainnnya! Kelakar tak?

Bila dah di usia 30-an dah rasa metabolism menurun, rasa hormone menurun, barulah aku tahu pentingnya nutrisi dan makanan seimbang! Haaa..serve me right! Masa muda tak jaga betul-betul. But, better late than never. Nasib baik aku exercise. Cuma dulu kurang mengambil makanan seimbang. Now with the shake & exercise – it helps a lot!  Whatever it is, badan kita perlu exercise. Nak kekal langsing, tiada magic – trust me. You exercise, eat right, sleep well – InsyaAllah dapat body yang menawan, kesihatan yang baik & sentiasa kelihatan muda.  Jangan lupa stress free too! That is the best!

Aku banyak membaca buku kesihatan sekranag ini dan membuat beberapa kajian tentang pemakanan dan juga nutrisi. Buku Suzanne Sommers banyak merubah perspektif aku tentang segalanya; especially ubat-ubatan. I don’t take medicine anymore. Walaupun panadol! Chemical stays in your body. Itu yang kadang-kadang boleh mendatangkan penyakit. Aku & Eric now back to basic – back to organic. No pesticide, no chemical. Banyak yang berubah di dalam diet kami juga – demi kesihatan yang optimum.

Di dalam setiap buku yang aku baca – samada buku kesihatan & juga buku motivasi serta biography, semua mengatakan jaga kesihatan dengan pemakanan yang baik, exercise dan yang paling penting di atas kesemua aktiviti yang kita lakukan adalah PRAY. Untuk kita yang beragama Islam, solat. Yang menyebut tentang sembahyang atau berdoa ini bukanlah semuanya Islam. Tetapi ketenangan itu kata mereka datangnya dari kepercayaan kita kepada agama masing-masing yang bisa membawa seribu kebaikan kepada jiwa, fikiran, & fizikal. Jadi, semuanya perlu seimbangan for body, mind & soul.

This is something that I want to share too with all of you. More to come soon!

Hey new readers & visitors! I appreciate your time & your view. Do come often! Thanks for all the support. Tak tahu macam mana nak tunjuk appreciation tu. May be hanya dengan ucapan terima kasih harapnya memadai. You make me feel so alive. Really appreciate it. May Allah bless all of us.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: