ADUH .. SAKITNYA….

Entry ini sepatutnya to be published yesterday. Dek sakit badan ni, aku dilarang turun ke bawah untuk mendapatkan khidmat internet. Better to have a free wifi service rather than to get an internet provided in the room yang harganya tak logic langsung! Jadi, bacalah this late edition! Edited in the flight on my way back to KL.

Semangat nak mula training semalam tertunda apabila selepas upload je entry,(on last Friday)  terus menggeletar demam. Dah lama benar tak kena demam macam ni. Sakit satu badan. Agaknya sebab terlalu panas di luar semasa keluar tour & balik mandi tak basahkan kepala. Kurang minum air pulak tu! Semalam semasa di bawah, air conditioning  terlalu kuat. Aku rasa macam berada di dalam igloo. Hotel ni service nya bagus & air cond juga bagus! Terpaksa batalkan niat nak keluar training dan hanya berehat di hotel. Esok pulang ke KL pagi-pagi untuk menghadiri satu persembahan makan malam. Gagahkan juga badan bangun  dan siapkan beberapa entry sementara ada masa terluang yang panjang.

Tidur, bangun – tidur, bangun. Hanya di katil.  Semua program TV aku tengok. Seronok pun ada juga sebab aku jarang tengok tv di hari-hari biasa. See! Blessings in disguise. Allah nak aku berehat mungkin. Harap esok keadaan aku kembali normal. Buat masa ini, aku bergerak perlahan sangat. Even panda moves faster! Aku dah macam sloth! Hahahha.. Eric yang paling risau sekali. Katanya jangan sakit especially ada show. People pay you to see you sing energetically and you must be in a good form. So, tak bagus kalau tak sihat. Kami berdua memang pentingkan kesihatan. Tak sangka pulak nak sakit di Macau ni.

Tak apa, I’ll be okay later. Dah telan segala multivitamins & supplements. Bangun hanya untuk ke toilet & minum air. Jaga betul suami aku ni. Alhamdulillah. Back to the story pasal tengok tv, tak sabar nak tunggu Masterchef US esok! Itu salah satu program kegemaran aku dan Eric. Entah sempat atau tidak nak tengok esok. Show esok tu,  pada sebelah malam (malam ni sebenarnya).

Seronok flipping channel, terjumpa pula ‘Cesar Millan – The Dogs Whisperer’. Aku suka juga tengok program ni sebab aku ni penakut anjing! By the way, kita orang Islam jarang sekali diberitahu tentang anjing. Yang kita tahu, kita tak boleh sentuh anjing ketika ianya basah. (Aku sedang mencari fakta yang tepat di dalam mana-mana hadis & riwayat. Kalau ada sesiapa tahu, please share ya). Bukannya tengok program ni sebab nak bela anjing – tidak. Tetapi hanya ingin tahu tabiat anjing & bagaimana nak handle kalau kena attack. Salah satu lesson juga. Aku juga terpegun dengan kehebatan Cesar Millan.

Bila dah dok follow program ni, I came to a conclusion sebenarnya anjing  seperti kuda, cuma kuda tidak menyalak. Aku suka kuda. Aku tahu bagaimana ‘berkomunikasi’ dengan kuda dan tahu nak handle binatang gagah itu. Anjing seperti yang kita tahu, suka menyalak. Aku takut! Itu alasan yang sering aku beritahu Eric. Katanya, isterinya penakut dengan banyak benda! Mulanya dia tak tahu kenapa kita umat Islam tak boleh sentuh anjing. Bila dah aku jelaskan, baru la dia faham.

Teringat lagi masa aku kecil dulu. Mak yang bertugas sebagai jururawat desa sering ke kampung sebelah untuk membuat home visit. Kami tinggal di kampung tersusun. Di kampung bersebelahan adalah kampung berbangsa Cina & yang disebelahnya pula, adalah kampung kaum India. Aku pernah juga ikut mak melawat. Memang selalu terserempak dengan anjing yang ganas dan suka mengejar. Geram betul aku. Mak pun pernah jatuh dari motosikalnya gara-gara panic kena kejar dengan anjing.  Kesian mak.

Pernah sekali tu, aku dan mak tiba di rumah pesakitnya, dan entah dari mana, tiba-tiba 3 ekor anjing muncul & menyalak. Aku peluk mak erat-erat. Kuat betul salakkan anjing itu. Aku yang hanya berusia 6 tahun masa tu,  terkejut dan terus demam! Sampai kena sakit mata sekali! Kata mak anjing tu menegur. Aku pernah juga diajar oleh kakak-kakak aku supaya mengangkat batu-batu kecil di jalanraya apabila anjing kejar & cuba attack. Bila anjing ternampak aksi mengangkat batu-batu itu, dia tahu dia bakal ‘diserang’ semula. Jadi, anjing-anjing itu ketakutan. Walaupun tak ada batu di tangan, mereka akan lari bertempiaran. Kali pertama mencuba taktik itu, takut juga. Bila berkesan, seronok betul aku buli anjing! Aku ni boleh tahan juga nakalnya. Bila dah tengok program ‘The Dogs Whisperer’ barulah aku tahu kenapa anjing suka attack dan menyalak.Aku tetap tak suka anjing. Aku ni peminat kucing & kuda.

Sayup mata ni mengantuk semula apabila dah halfway menaip. Housekeeper ni pun macam tahu aku dah tak tahan duduk di sofa. Dia mengemas bilik dengan sungguh pantas. Dekat 10 kali aku berhenti dan letakkan kepala sepanjang aku nak habiskan entry ni. Dah tak larat. Badan masih panas – tapi better now. Kepala pula masih pening. In the same time, what a way to celebrate our second anniversary together tomorrow! Apa-apa pun, aku bersyukur kerana masih bernyawa. Amin!

P/S: Sampai je tadi di LCCT, manager ku dah sedia menunggu. And now dah sampai di rumah, dizzy datang balik & nak baring. Deq Sha akan sampai pukul 7 nanti untuk make up. Lepas makan nasi ayam Chee Meng, should be okay! 😉 Show has to go on! My turn will be at 9pm later! Wish me luck;)

Advertisements

10 Comments on “ADUH .. SAKITNYA….

  1. Dear Nurul,
    Masa kecik2 i pun takut pada semua binatang. Sekolah kampung biasa la, g sekolah mesti bertembung dengan lembu, kambing, kerbau tepi2 jalan kecik.. Sanggup jalan jauh2 dari depa tu sampai kasut pun comot. Citer pasal anjing… Lepas kahwin ngan mamat Scotland baru hilang takut tu. Apa tak nya… Bapak mertua bela German Sherpard yang sama tinggi dengan pinggang i (i 172cm ala2 model gitu) berat dia 50kg, berat i 48kg. Kelass kan bapak mertua i?
    Mula2 jumpa binatang tu dia mmg menyalak bagai nak gila… I pun nangis la sekali sebab takut yang amat. Disebabkan i menangis ketakutan yang mengigil…. Si Rex kena tibai kaw kaw ngan tuan dia sampai i menangis lagi sekali. Kena pukul atas muka ngan buku lima tu… Bayangkan. Kesian sungguh. Bila i tanya kenapa mcm tu, dia cakap supaya next time dia tak buat lagi. Tapi memang betul… Lepas tu dia memang tak buat lagi. Nampak i pun dia pandang jer….. Ada sekali i tersepak bola mainan dia. Apa lagi, dia pi angkut bola tu bagi balik kat i… Pastu menyalak manja suh i baling balik bola tu supaya dia boleh pi angkut… Begitu la bermulanya relationship tu. Ada sekali lagi dia menyalak kat pintu.. Sambil garu2 pintu… So i berani kan diri pakai kan dia colar tu… Bawak dia jalan2 kat luar rumah. Masa tu malam…. Dah gelap gelita… Wahhhh!!!! Sket punya seronok dia…!!!! Since then, dia bukan saja tak menyalak dengan i… Tapi siap menyalak dengan sapa2 org yang dia tak kenal dok dekat2 dengan i… Protective la gitu.
    Kepada yang tak tahu, secara saintifik badan kita akan mengeluarkan sejenis hormon kalau kita takut. Anjing boleh bau… Sebab tu dia menyalak sebab kita mcm buat salah…. Lagi korang takut lagi dia menyalak…!!!! Lagi satu kalau berhadapan dengan anjing menyalak ni, korang kena sergah balik dorang dengan kuat… Ala2 korang lagi kuat… Mesti dorang mengundurnya!
    Kepada muslim ortodoks, tolong jangan putar belit atau salah tafsir cerita i ok. Malas nak cerita panjang lebar. Tapi setiap kali pegang Rex i memang cuci tangan pakai sabun khas yang menggantikan samak tu. Sabun ni direkomen oleh ustaz kat pusat Islam semasa saya mengadu rasa was2 dengan kain baju saya. Ada sesetengahnya saya buang pasal saya rasa was2. Kata ustaz tu sekarang dah moden jangan la nak jadi bodoh tak tentu pasal. Dulu mmg la kena cuci ngan air tanah.. Sekarang susah cari tanah.. Jadi dah ada sabun khusus yang memang diiktiraf!
    Pasal halal haram saya pun dah tanya jugak… Yang saya tahu kena samak kalau salah satu atau kedua-dua basah. Kalau kering cukup dengan cuci biasa tapi saya nak elak was2 mmg saya pakai sabun tu jer walaupun kering dua-dua. Senang cerita.. Tido pun lena.
    Walau apa pun hukum nya, kita akan berdosa kalau menganiaya anjing dan binatang lain2 nya, jadi jangan ler suka2 korang baling2 anjing2 tu ngan batu selagi dia xusik korang. memang dah dijelaskan sejak azali lagi…
    Ps- i dah jadi pengikut setia la pulak. Next time Nurul kena belanja coffee la….

    • hi zeta,
      sy bru tau paasal bau kita kalau takut..yg dpt dikesan oleh aanjing..patut la selalu kena salak je.hahaha
      cuma nk tanya,apa nama sabun tu yer,sbb husband erja kat syarikat cina,anjingnyer sangat banyak.ada yg manja2 dgn dia…selama ni basuh dgn air tanah skit dan sabun..puas cari sabun tu….blh tlg.tq

      • Hi
        Saya tak sure brand nya. tapi ada pernah dengar. cuba google.

    • Hi Zeta. Thanks for the comment. Something good to share too. Appreciate it! Rasa bersalah pulak baling anjing dengan batu bila kena kejar dulu… hehhhee.. anyway, what is the name of the soap, please… Thanks

  2. salam…
    hi,ermmm..anjing mmg menakutkn..setakat ni belum pernah baling batu kat anjing lg….always lari lintang pukang..bila terserempa….

  3. alahai cian adik akak ni.. semoga sayang cepat sembuh n rajin2 makan ubat tau… bykkan rehat yerkk..bercerita pasal anjing ni,,kak ada gak la pengalaman time budak2 laa kann , bila berdepan dengan anjing,, yang dulu2 org cakp laa kan,, baca ayat “alam tarokaih fafa alarob”,, jgn baca abih,, kalau kata ja “bukaaaa”, anjing akan mengigit kita,,, tp btoi ka tidak wallaaa hu allammm..

  4. Girls! Gelak la pulak i baca citer korang2 takut anjing. Macam lucu jer tapi i tahu dan faham sangat2 macam mana rasa takut tu. I penah panjat belakang stranger kat HK pasal tetiba ada anjing melintas kat depan. Ada gak lari keliling guard house sambil air mata bercucuran kena kejar ngan anak anjing yang tak sampai setengah betis jer tinggi dia. Hubby plak gelak guling2 ingat i buat lawak bodo.. Aduh! macam2 la kan. Tapi yang peliknya, i tak takut plak kat anjing2 yang bersopak dengan kudis bagai (tak suka anjing nak manja2 tak tentu pasal – macam unnucessary gitu kot….) Kalau terserempak dengan yang spesies cam ni siap boleh drive malam2 cari farmasi yang masih buka sebab nak cari ubat luka walaupun luka tu mungkin dah xdak harapan nak sembuh. Kalau tgh nak kuar makan maka siap la encik suami kena cari / beli tupperware untuk letak makanan untuk anjing tu sekali. Entahla… Memang tak sampai hati. Harap2 korang boleh buang la takut tu. Anjing tu binatang biasa cam lain. Wajib di tolong Kalau dia luka tersepit bagai ker apa…
    Pasal sabun tu i dah lupa la. Nanti i google balik eh. Nanti i call ustaz Abdullah Hasyim kat pusat Islam ker… Baru2 ni BB i kena wipeout. Abis hilang segala…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: