I WAS BROKE!

Salam dari Macau! Hari kedua di sini… Wow! Macau! Memang menarik tempat ini. Kami ke sini kerana ada training mengenai bisnes shake kami & juga sambil itu menyambut ulangtahun kedua aku dan Eric bersama.

Segalanya wang di sini.. Maklum saja, tempatnya pun untuk mereka yang suka mencari wang & menghabiskan wang dengan sekelip mata – gambling!  Untuk yang suka shopping, memang boleh kosong beg duit dibuatnya. Macau merupakan kota kasino paling besar di dunia jika semua mahu tahu. Mereka punyai 35 kasino berbanding di Las Vegas yang hanya mempunyai 25 kasino. Aku bukan mahu promosi tetapi ini fakta yang diberi tourist guide kami.

Tempat yang menarik yang pernah dijajah oleh koloni Portugis ini sungguh indah langitnya. Panas terik tidak menghalang kami bersama group yang besar untuk menikmati persekitaran serta melawati tempat-tempat bersejarah di sini.

Bukan Macau yang ingin aku ceritakan (aku akan ceritakan di dalam page yang lain untuk bisnes shake ini dan apa yang aku pelajari dari leaders yang hebat-hebat belaka dari syarikat besar ini).  Di dalam hall yang besar yang dipenuhi dengan 1700 orang ini, fikiran aku melayang sejenak terfikir tentang apa yang berlaku 3 tahun yang lalu. Ianya membuatkan aku bersyukur apa yang aku ada hari ini. Ujian yang lepas, membuatkan aku hargai duit & spend it wisely.

Di luar hall, mereka yang punyai wang yang banyak bukan main lagi berjudi untuk dapatkan wang yang besar. Bila dah ada duit, dibazir-bazirkan. Ada yang berjam-jam di dalam kasino di sini mencuba nasib mereka untuk menang. Sesiapa sahaja boleh melepasi kasino yang besar ini untuk ke hotel-hotel & juga shopping complex yang bersebelahan. So, macam-macam ragam yang aku lihat. Majority yang ada di kasino adalah mereka yang berbangsa Cina.  Setahu aku, orang Cina memang pandai berjudi.  Mereka tahu bagai mana untuk meletak bet. Kepada yang tidak tahu berjudi, sememangnya janganlah berjudi. Akan jadi buang masa & membazir sahaja segala duit yang ada dalam sekelip mata. Dalam hati berdetik,  ada sebab kenapa agama Islam melarang kerana membazir itu adalah kerja syaitan.

Berbalik pada cerita aku 3 tahun lalu, tiada siapa yang tahu. Hanya yang paling dekat mengerti akan cerita ini. Aku terfikir sedemikian setelah speaker di atas pentas itu bercerita tentang money management & yang paling interesting, attitude.

Tahun itu, bagaikan satu ujian yang amat besar – menguji kesabaran & juga kekuatan aku yang hidup sendirian. Tidak punya ramai kawan, tetapi ada yang rapat; cukup mendengar tangis hiba di kala aku diuji. Aku hampir jatuh terduduk – broke!  Ya.. Broke! Oleh sebab itu aku sering berkata cari duit, kerjalah kuat-kuat. Dunia sekarang semuanya duit. Aku dah rasa, aku tahu. Apa yang telah berlaku,  ianya bukan salah sesiapa , tetapi salah aku sendiri.

Aku tidak tahu manage duit – tidak seperti dulu. Aku pernah simpan duit hingga mencecah 6 angka. Tetapi perniagaan yang lepas, membuatkan aku menggunakannya untuk urusan membeli segala peralatan keperluan pejabat; dan akhirnya melangkah keluar dari syarikat itu hanya dengan RM15,000.00 di dalam simpanan aku.

Oleh kerana rasa yakin yang amat tinggi yang aku akan mampu mencari semula duit simpanan yang telah habis, aku kuatkan juga hati. Aku usaha dan lakukan yang terbaik sehingga aku mampu kumpul semula duit yang telah aku gunakan sebelum itu. Edah bercerai pun bukannya banyak, hanya RM3000.00 untuk 3 bulan. Wang mutaah hanya RM5,000.00 – itu pun untuk aku tunaikan umrah buat kali ke-3. (Belum lagi tertunai hasrat umrah dengan duit mutaah itu).

Sekarang ini, bila aku fikirkan semula. Aku rasa aku gila. Kuat betul determination aku ketika itu. Melangkah keluar dengan hati yang membatu. Lelaki itu berkata aku tidak akan mampu hidup tanpanya. Itu semangat yang aku genggam kerana pada aku rezeki datangnya dari Allah – asalkan aku berusaha, aku pasti aku akan dapat. Bukannya dari lelaki yang ego itu. Aku jadi semakin keras apabila dicabar sedemikian. Jangan angkuh. Segala yang kita ada, semuanya dari Allah Taala. Dia yang pinjamkan. Tiada hak untuk kita mendabik dada jika kita telah berjaya membuktikan sesuatu (di dalam kerjaya atau apa sekalipun) kepada umum akan kelebihan yang kita ada. Aku juga cuba untuk tidak judge lelaki itu. Biarkan. Allah saja yang boleh beri petunjuk kepadanya.

Bermula hidup baru, aku bekerja keras betul! Aku buat kertas kerja dan macam-macam idea yang timbul. Aku seperti bermula dari bawah semula. Seperti album pertama yang dulu. Start from scratch. Start hidup baru, semua baru. Cari lagu baru, composer baru, manager baru, imej baru dan semuanya baru.

Hati betul-betul jitu dan focus kepada apa yang aku mahukan. Aku dapat apa yang aku mahukan. Aku percaya semuanya pertolongan dari Allah. Hanya ianya datang melalui mereka yang mempunyai hati yang baik yang mahu membantu.

Aku stabil. Namun aku tidak pernah berhenti. Bekerja siang malam, berdetik di hati satu hari tu di lokasi shooting. Adakah di luar sana tahu begini susahnya kerja ini? Yang hanya dilihat kemashuran dan glamour dari luaran. Dikeji & diumpat itu sudah biasa. Sedihnya hanya tuan punya diri yang rasa.  Apa-apa pun aku tak pernah complain. Itu sudah lumrah. Dalam pada kestabilan itu, aku lupa. Aku tidak manage duit aku sebaik mungkin.

Aku beli rumah, tukar kereta – segalanya mahu baru. Aku salah pertimbangan. Ketika ini apabila aku belajar, barulah aku tahu. Ada juga aku pernah tertipu kerana duit. Semuanya kerana aku sendiri.  Aku tak sangka apa yang aku lakukan ketika itu rupanya akan mendatangkan keburukkan kepada aku.

Kontrak 2 tahun aku, tidak disambung lagi, dan show agak berkurangan. Tahun itu tahun 2009. Aku berkawan dengan kumpulan yang salah, aku banyak spend duit dengan benda-benda yang tidak berfaedah. Maklum sahaja, hidup sendiri, tiada siapa yang akan marah atau menegur. Aku hilang focus seketika.

Dengan apartment, dan kereta berjenama agak popular yang aku miliki, aku mengundang fitnah mata yang memandang. Aku tidak sedar. Kontrak aku juga tidak disambung kerana fitnah dari salah seorang duta di dalam 8 duta yang lain bersama syarikat minuman yang popular itu. Aku terkejut apabila syarikat itu sendiri memberitahu aku. Niat pengurus pemasaran itu memberitahu kerana dia tidak mahu aku berubah menjadi tidak komited kepada karier aku. Dia mahu mendapat kepastian dari aku juga.

Mengikut kata si pembawa cerita itu, aku degil, tidak komited dan tidak mendengar kata. Bukan aku sahaja yang diburukkan, artis lain juga. Akhirnya, tinggal dia dan seorang artis perempuan. Kebanyakkan client aku menjadi rapat dan kami jalinkan friendship samada di luar atau di dalam urusan perniagaan – sehingga kini.

Itulah manusia. Walaupun namanya artis, mereka tetap manusia. Tak lari dari attitude manusia yang lain. Buat salah juga. Bila aku fikirkan tentang fakta itu, I feel better. Manusia tidak sempurna. Aku yang perlu belajar dan perlu tahu bagaimana nak handle segalanya. Aku terima seadanya walaupun agak perit.

Aku hanya ketawa mendengarkan cerita itu. Biarkan saja. Ada orang suka membunuh orang lain apabila sudah berada di atas. Maklum saja apabila kita mahukan sesuatu kita berusaha sekuat mungkin. Bila dah mencapai sesuatu – sudah di atas, adakala kita gayat. Nak maintain pencapaian itu yang susah. Setengah orang ‘membunuh’ orang lain apabila dia rasa kedudukannya tercabar. Itu pandangan aku. Semuanya dari hati. Apa yang ada dalam hati, hanya kita yang tahu dan kita perlu analyse yang mana baik, yang mana buruk. Jika tahu perasa yang timbul itu buruk, segeralah buangkan. Akal penting untuk mengawal emosi yang datang dari hati. Jika fikiran positif, insyaAllah dapat kawal emosi yang negative.

Bermula arena susah aku. Hidup di atas wang simpanan. Ada show tetapi tidak seperti dulu. Mulanya tak terasa, tapi lama kelamaan, baru aku perasan yang show aku berkurangan. Aku tahu salah aku juga kerana aku tidak proaktif di dalam apa yang aku lakukan. Aku  tidak punya pengurus untuk keluar buat marketing atau pr untuk aku. Jadi, aku banyak kehilangan client dek sibuk ke perkara lain.  Bila kurangnya focus, mulalah segalanya berubah.

Aku stuck dengan kekecewaan dari kata-kata orang luar yang negative. Aku jarang keluar bercampur dengan orang-orang industry. Aku hidup dalam dunia aku. Aku tidak mahu bercampur kerana tak mahu dengar kata-kata sumbang yang akan disampaikan oleh sesiapa sahaja yang aku temui. Aku mahu kekalkan sikap positif aku. Jadi, aku tidak ambil pusing langsung.

Dengan sikap itu, rupanya di luar sana makin menjadi-jadi banyak ceritanya tentang aku. Ada yang berkata (beberapa teman sampaikan) Nurul tak perlukan duit lagi –  Nurul ditaja keluarga kerabat –  Nurul ada Dato yang bela & macam-macam lagi. Astarafirullah … Padahal takde siapa pun tahu bagaimana kuatnya aku bekerja. Aku hanya ketawa bila aku dengar sedemikian. Sedih juga sebenarnya. Aku tidak serendah itu untuk menjual maruah aku. Arwah ibu bapa aku mengajar aku untuk menjaga maruah diri.  Aku agak tertekan apabila ada kata-kata itu juga datang dari mereka yang kenal dengan aku, malah lelaki yang pernah hidup dengan aku satu masa dulu. Kawan-kawan – ada yang jujur, ada yang tidak. Ada kawan suka menyampai-nyampai. Jadi, cerita itu sampai ke telinga aku. Aku telankan saja. Pada aku, selagi aku tak lakukan perkara-perkara seperti itu, the truth will reveal. Masa  itu baru aku tahu akan kebenaran kenyataan bahawa menjadi janda ini, memang sering difitnah.

Aku salah – aku tidak bercampur dengan orang dan aku biarkan apa sahaja orang luar terutamanya enemy berkata apa sahaja yang mereka suka. Menjadi janda di luar sana sudah hebat ujiannya, apatah lagi di dalam bidang aku ini. Janda adalah sasaran mereka yang insecure.

Tidak ada siapa yang tahu aku hampir broke. Aku sering berdoa. Tuhan tidak pernah membiarkan aku jatuh terduduk. Ada sahaja bantuan yang dihantarNya. Aku bersyukur. Adakala terasa malu juga kerana aku bukanlah hambaNya yang baik. Aku tidak solat 5 waktu. Adakala hanya sekali dua. Namun, rahmatNya tidak pernah putus. Terima kasih Tuhan.

Sambil mendengar kata-kata speaker itu, semakin banyak memori hadir di dalam kepala membuatkan aku sedar tentang beberapa perkara. Walau apa sahaja orang kata di luar sana, you have to be focus & tahu apa yang kita mahu. Be strong & buat kerja seperti biasa. Lebih proaktif dan sentiasa bercampur dengan orang di sekeliling. Kita tak boleh hidup sendirian. Perlu bercampur & jadi ‘citizen of the world’. Don’t be sensitive until it can kill you. Still one thing that I learn most – many time!

DON’T JUDGE PEOPLE.

Focus on all good things in life & THANK THEM WHAT MAKES US WHO WE ARE

WHAT WE HAVE IN OUR HEART, WHAT WE THINK & HOW WE SEE THINGS – MAKE WHO WE ARE. AND BE CAREFUL OF WHAT YOU SAY BECAUSE WORDS CAN KILL.

JANGAN BERSANGKA-SANGKA, JANGAN MENGATA-NGATA. MUNGKIN ADA HAMBANYA YANG BAKAL MERANA KESAN PENDAPAT KITA YANG TIDAK KITA TAHU FAKTA ASALNYA TENTANG SESEORANG INDIVIDU ITU.

DON’T BE INSECURE – rezeki dari Tuhan. Masing-masing ada bahagian masing-masing.

HARGAI APA YANG KITA ADA.

BELAJAR TENTANG BERKONGSI KEGEMBIRAAN MELIHAT PENCAPAIAN ORANG DI SEKELILING – kerana ianya akan terjadi juga kepada kita apabila kita juga turut bersyukur di atas pencapaian mereka. Jika dengan buruk hati dan dengan rasa cemburu, kita jauh untuk mencapai kejayaan apatah lagi kesenangan kerana cemburu itu akan drag you down. Jealousy & envious are 2 different things.

Jauh melayang. Apa yang terlintas aku tulis di atas kertas yang disediakan di meja kami. Di dalam gelap (kerana ada video playback) aku berkata aku harus sampaikan cerita ini kerana aku pasti ada yang di luar sana akan belajar sesuatu dari entry ini terutamanya  tentang managing your money wisely. Money is one thing, attitude is another. Your attitude can make you successful and make a lot of money too. And because of attitude, too, can drag you down. So be careful. Tiada ruginya belajar membangunkan diri sendiri daripada mencari salah mereka di sekeliling. Find yourself & make yourself better & wiser.

Aku bersyukur aku temui bisnes ini. Aku bersyukur aku punyai bakat yang tidak ramai milikki. Aku  senang kerana bakat aku, aku susah kerana attitude buruk yang pernah aku ada – masih ada cuma berkurangan. Namun kita manusia. Tidak buat salah, bermakna kita tidak belajar & tidak akan sempurna (walaupun ada istilah manusia tidak sempurna).

Banyak yang aku belajar melalui pengalaman hidup aku. Dan kini, aku lebih memndalami tentang attitude untuk berjaya melalui perniagaan yang aku usahakan ini. Segalanya positif. Boleh juga digunakan in my singing business. Aku pandang ke depan, yang lepas hanya satu pengajaran dan kenangan. Aku juga belajar tentang bagaimana bangun semula setelah jatuh. Aku tahu, dengan semua yang telah berlaku itu, membuatkan aku sedar dan belajar bagaimana untuk bersyukur dengan apa yang ada serta  jangan membazir. Kita tak tahu apa yang akan berlaku di masa yang akan datang. Jadi, perlu berwaspada & manage my money wisely! Syukur Alhamdulillah…

Advertisements

12 Comments on “I WAS BROKE!

  1. Nice write up Nurul…all the best to u in Macau. Agree, training HL did make me think lots of thing and learn more abt life! ..

  2. kita takkan kenal erti hidup selagi kita tak jatuh. biar kita jatuh supaya kita tersedar & berusaha utk bangun. 🙂
    btw ku tertarik dgn “jangan bersangka-sangka, jangan mengata-ngata” tu. mcm pantun plak..hehe

  3. Asalamualaikum kak Nurul.

    Thank you for this entry. Its really inspiring. Keep on writing and inspire us❤

    • Wsalam Suria.
      Thanks for reading. Cerita sebenar saya semoga dijadikan rujukan. Thank you

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: