HARI INI, 14 TAHUN YANG LALU…

Di kala ini, aku di dalam perjalanan ke airport. Kami ke Macau kali ini atas urusan perniagaan.. Fikiran melayang jauh. Dengan menggunakan blackberry ku, timbul idea mahu update new entry di dalam blog tengahari ini…

14 tahun yang lalu, di masa ini, aku berhempas pulas melawan sakit melahirkan bayi kecil seberat 3.65kg. Tepat waktu ini, aku menjadi ibu kepada Ayu Nazirah. Sakitnya bukan kepalang. Selepas 2 hari menunggu, akhirnya Ayu hadir ke dunia ini pada 11 September, tepat jam 1:56 tengahari. Hari itu hari Jumaat.

Sebaik Ayu lahir, Doktor langsung meletakkannya di atas perut ku. Tak sabar aku nak melihat wajah bayi yang sentiasa menendang kandungan ku siang dan malam selama beberapa bulan.

Kemanisan merasai pengalaman hamil adalah sesuatu yang tak mungkin mana-mana wanita akan lupa. Sungguh ajaib – satu lagi nyawa di dalam tubuh manusia yang bergelar wanita. Ianya membuatkan aku bersyukur dilahirkan sebagai wanita. Oleh sebab itulah martabat wanita diangkat tinggi oleh agama, akhirat dan di dunia. Sungguh besar ciptaan Allah.

Sejak Ayu dilahirkan, dia teman paling dekat. setiap kali keluar rumah untuk persembahan, tak sabar nak pulang nak tatap wajah manis bayi kecil ku. Bukan sahaja selepas dilahirkan, sedari dalam kandungan, aku sering berbicara kepadanya.

Ayu sungguh mudah dijaga. Tidak pernah menangis jika mahukan sesuatu. Jarang sekali mahu usik barang perhiasan rumah yang aku letakkan di ruang tamu. Hanya 1 perkara yang dia suka – MUSIC. Her 1st favorite song was from Britney Spears – ‘hit me baby one more time’. Dengar je lagu tu – bila-bila masa pun, dia akan bangun berdiri dan menari. Goyangkan buntutnya!

She’s so cute and always smiling. Aku selalu picit malah pernah nak gigit pipi tembamnya itu! Hingga pernah dia menangis dek ‘dibuli’ mama sendiri! I told her that story, she’s proud. She said she’s adorable! Hahahaa..

Aku bangga punyai anak berusia 14 tahun di usia aku 35 tahun. Terima kasih Tuhan di atas rahmat Mu.

Dia di sekolah hari ni – entah apa yang akan diraikan kawan-kawannya.
She called last night and seronok menunggu apa kawan sekolahnya akan ‘kenakan’.

Setiap kali harijadi, ada saja dome mate akan kenakan kawan masing-masing. Itu tradisi student di STF. Aku tahu dia akan happy dengan kawan-kawan di sana. Nampaknya dia dah boleh menyesuaikan diri di sekolah itu setelah 2 tahun di sana. Tahun pertama agak sukar.

Aku ke sana berjumpa dan spend time sekejap sebelum tiba harijadinya. Maklum saja sekolah berasrama penuh, mana boleh nak visit during weekdays. Hanya weekend. Aku ke sana Sabtu lepas. Happy betul dia bila kami bertemu. Peluk tak lepas.

Ayu dah lebih 2cm tinggi dari mamanya. Aduh! Seram betul bila lihat anak dara dah punyai curve yang sexy! Macam tulah agaknya arwah mak aku atau ibu kalian rasa apabila kita di alam remaja.

Ayu masih anak kecil walaupun sudah berusia 14 tahun.

Kami keluar makan and catch up a lot of things together. Bersembang dan dia sering cerita apa yang berlaku di sekolah serta kawan-kawannya. Dia juga bercerita tentang sekolah asrama penuh yang lain.

Seronok dia bercerita – fikiran aku melayang ke dalam anak matanya, mengenangkan bayi yang dulu kecil, kini sudah bergelar remaja dan punyai hidupnya sendiri (buat masa ini hidupnya adalah sekolah dan pelajarannya).
Rasa sayu hati. Aku doakan dia sentiasa – setiap hari agar dia dilindungi, dilapangkan dadanya, sentiasa tenang & dapat capai apa yang dia mahukan (yang baik sahaja).

Selepas 2 jam bersembang, seperti biasa akan bawa Ayu shopping sikit barang keperluannya. Kami ke Watson. Dalam pada tu, sempat dia berkata, “mama, ayu dah 14 tahun, so when the next one?” Dalam hati aku, oh no, again?! Ni yang mama stress ni. Sempat dia ternampak pregnancy test and suggested me to buy! In case we can test so she’ll get the good news immidiately!

Aku terfikir, ada-ada saja di fikiran anak aku ni. Tak sabar betul dia. Aku bagitahu dia, end of this month we will know Ayu.
(We are planning – insyaAllah.)
Kami kongsi segalanya. Ayu siap petuakan aku, (dari apa yang dia belajar di sekolahnya) selepas ‘tut’ mama must lie down – and make sure more on the right side. You will help the sperm to travel up! Aduh! Tercengang lagi aku! That is new! Anak aku secepat itu sekali belajar! Ya Allah.. Arwah mak dulu bekerja jururawat desa. Bila terdengar Ayu bagitahu aku begitu, mengingatkan aku kepada arwah.

Ayu, Ayu… Cepatnya masa berlalu. Rasa baru semalam aku hamilkannya. Syukur dia membesar di dalam suasana yang lebih aman – sekarang ini.

Happy birthday Ayu. Something for you to remember – to ponder when I’m no more exist in this world. This is for you, so that you know how much I love you.

Aku rindu anak dara ku ni.. Jumpa hari tu, tak puas lepas rindu.. Please Allah, keep her safe from any harms. Amin.

Advertisements

8 Comments on “HARI INI, 14 TAHUN YANG LALU…

  1. mengandung & melahirkan…perasaan ini lebih indah dari bercinta. terlalu indah, kan? hangpa patut merasainya sekali lagi..secepat mungkin 😉 …
    happy 14th birthday ayu nazirah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: