MY FANS, MY PRECIOUS!

Terbeliak biji mata aku bila aku bukak blog hari ni. Ya Allah, biar betul?! Alhamdulillah.. Alhamdulillah, Alhamdulillah.. Setiap hari, semakin ramai yang menjengah ke blog aku ini. Terima kasih daun keladi.. I do really appreciate  it. Baru seminggu di sini, setiap hari, aku dapat lihat nombor bertukar-tukar; dari angka yang kecil hingga ke besar. Sudah menjangkau 4 angka. Syukur Alhamdulillah.

Malu sendiri bila kawan-kawan dekat di dalam industry ini mengatakan mereka dah baca. Mereka sukakan blog ni. Alhamdulillah. Cerita di sini semuanya mengenai aku – pandangan aku tentang segalanya serta pengalaman-pengalaman yang telah aku lalui di dalam industry ini; dan juga seluruh hidup aku selama 35 tahun.

Tidak banyak dan tidak selama mana pun, tetapi ada yang boleh diguna pakai oleh kalian, insyaAllah. I say what I feel that is good to share. Bukan mahu tunjuk pandai, tetapi sekadar berkongsi – pengalaman yang baik mahupun tidak. Apa yang salah aku lakukan, mungkin kalian boleh belajar dan jangan lakukan sepertimana yang pernah aku lakukan. Itu niat aku. Segalanya positif dan bukannya untuk menjatuhkan.

Terima kasih sekali lagi. Hanya itu 2 patah perkataan yang paling baik untuk digunakan buat semua yang sering membantu, menyokong & sentiasa di sisi aku – secara dekat mahupun yang jauh.

Aku menggunakan slogan ‘My Fans, My Precious’ – satu baris ayat ini terkeluar dengan sendirinya tanpa aku rancang. Sudah 2 tahun aku gunakan. Pada aku, peminat amat penting di dalam kerjaya seperti ini. Aku mahu sentiasa dekat dengan penggemar aku, kerana merekalah yang banyak ‘menghidupkan’ karier aku.

Aku tak punya fan club sepertimana ramai artis lakukan sebelum ini. Aku rasa lebih dekat jika aku sendiri yang umumkan yang aku mahu berjumpa atau apa-apa sahaja aktiviti yang ingin aku lakukan bersama  semua peminat aku.

Di dalam zaman yang serba canggih ini, aku ambik kesempatan untuk menghubungi semua pengikut aku di setiap laman sosial yang ada. Tiada lagi surat tetapi email. Save the world with using more email or social networks! Better kan?! Aku seronok dapat berhubung secara langsung dengan semua peminat aku. Thanks to all services that we have – offered by social network. .

Kalau dulu, lain pulak. Surat melalui pos adalah sebagai penghubung. Jenuh aku sign semua surat. Naik lenguh tangan, tetapi taka pa, excited punya pasal!  Berkajang-kajang peminat tulis. Yang aku balas hanya ‘salam, thanks for all the support, I really appreciate it!’ lepas tu autograft! Masa mula-mula dapat surat, setiap pertanyaan aku jawab juga sebab ada banyak masa ketika tu. Selepas dah bertahun-tahun, dah naik banyak surat, itu aje ayat yang kau gunakan. Siap tulis tangan. Itu yang naik lenguh tu! Aku ni suka balas surat. Ada sebabnya kenapa…

Masa kecik, aku selalu melopong tengok kakak dapat surat dari kawan atau dari boyfriendnya. Aku tak pernah ada. Aku pernah simpan hasrat nak buat kawan ramai-ramai lepas tu boleh sentiasa tulis surat. Bila dah di sekolah menengah, ramailah kawan yang aku kenal. Jadi, ada kawan dari kampung lain yang mana kami jumpa setiap hari di sekolah. Agak jauhlah kampungnya. Lebih kurang dalam 20km  – I got her to write me letters too! Hahahhahaa… Just to have the feeling to receive a letter on my name!

Tak  ada apa-apa yang special pun sembang dalam surat tu. The best, surat tu akan sampai 2-3 hari kemudian – yang mana dalam masa yang sama, kami akan jumpa juga di sekolah sebelum surat tu sampai! Kelakar tak?? Hahhahahah. Kadang-kadang hantar surat tu, just nak hantar madah atau apa-apa cerpen. Kawan aku suka melukis, aku suka bermadah. Tetapi dia tak kurang juga hebatnya.

Kelakar betul kalau diingat balik. Dulu surat, kertasnya macam-macam jenis – yang wangi, yang berbedak, semua ada! Jadi, aku suka beli yang wangi –  just to impress the receiver with the good smell.  Perkara yang sama aku buat untuk peminat aku. Aku beli kertas wangi – masa tengah rajin la – zaman awal-awal dapat surat dari peminat! Walaupun aku terima hanya 2-3, seronoknya bukan main! Bila dah naik bertahun-tahun, aku hanya hantar kertas kajang biasa kerana kesuntukkan masa dengan aktiviti-aktiviti harian. Lagipun, dah besar panjang, nak beli yang wangi-wangi tu, dengan berbagai corak tu, dah naik malu pulak! Masa tu dah di KL bukan di Kampung Selamat lagi – yang senang nak dapat kertas-kertas macam tu dari kedai belakang rumah.

Aku ambik masa balas surat peminat setiap minggu. Dari hanya 2-3 keping – naik ke puluhan dan ratusan keping setiap kali bila aku ke syarikat rakaman. Semua surat dihantar ke sana. Seronok bukan kepalang bila tengok dapat surat yang akhirnya berkota-kotak untuk aku! Bangga, dalam masa yang sama terharu. Ada peminat rupanya aku ni. (Masa tu lah aku fikir macam tu – lurus bendul sikit Nurul Wahab ni dulu) . Pada aku, aku ni serba kekurangan. Kulit gelap, badan chubby – ada ke sesiapa nak minat. Selalu aku tanya soalan itu.

Aku percaya peminat aku sukakan aku kerana lagu-lagu aku; kemudiannya barulah personality aku. Aku bertuah punyai lagu yang hebat di dalam album pertama aku itu. Oleh kerana seronok ada fans dan dapat banyak surat, aku pastikan aku balas surat peminat-peminat aku. Terutamanya mereka di Penang & juga yang jauh dari Kuala Lumpur. Kenapa di Penang dulu yang aku hantar, sebab tak nak orang kampung cakap, dah famous – lupa diri! Macam-macam fikiran remaja aku masa tu. Kurang keyakinan diri.

Bila dah lagu meletup-letup, aku dapat banyak tawaran buat show & juga tawaran berlakon. Kali pertama berlakon dengan Zamani Slam masa tu. Zamani Slam pulak punya la famous. Kami digandingkan dalam filem yang diberi tajuk ‘Sate’. Ada pulak gossip yang mengatakan kami bercinta. Macam-macamlah reaksi peminat – especially yang perempuan tu. Dalam pada seronok dapat surat yang banyak dari peminat lelaki mahupun perempuan; kali ni aku terus patah semangat. Aku dibenci peminat perempuan Zamani Slam!

Aku yang sebelumnya seronok dapat surat – setiap kali excited bukak surat; terus jadi tak seronok. Aku terima surat yang pelik sedikit dari surat-surat yang sebelumnya. Muka aku diconnteng-conteng & aku diherdik, dihina dan dimarahi mereka. Kata mereka, dah la gelap, gemuk, tak sedar diri nak dengan Zamani yang handsome tu!

Kecewanya aku.. Menangis pun ada. Rasa marah pun ada sebab aku jadi mangsa gossip. Kalau benar aku bercinta, aku layak terima hinaan macam tu. Masa tu lah jugak aku belajar ‘pekakkan telinga..’

Disebabkan surat yang macam tu aku terima, aku tak bukak surat untuk beberapa ketika sebab aku rasa macam seluruh peminat perempuan di Malaysia benci aku dek gossip yang  macam tu. Sedih…Menangis selalu. Aku dipujuk kakak angkat aku. Katanya tak semua peminat benci. Pedulikan saja.

Pengalaman-pengalaman macam tu lah yang membuatkan aku matang di dalam industry ini. Masa tu muda, fikiran agak singkat. Tidak semestinya sorang yang membenci, bermakna satu Malaysia tak suka! Jadi, aku belajar dari pengalaman itu.

Bila usia dah meningkat macam sekarang, ianya jadi satu bahan ketawa di kala aku sendirian bila terfikirkan tentang peminat dari pengalaman aku. Tidak pernah aku sangka peminat aku tak baik atau apa sekalipun. Setiap sokongan mereka amat berguna pada aku. Jadi, sekarang ini, aku & peminat makin dekat. Kami selalu berhubungan di laman sosial. Lebih mudah segalanya, tak payah lagi aku beli kertas yang wangi ataupun kertas kajang biasa untuk membalas surat peminat! Hanya dengan computer – tekan butang, karang ayat & hantar. Tak perlu tunggu berhari-hari untuk surat tiba. Hanya beberapa saat. We are blessed! Alhamdulillah.

Dengan kemudahan yang ada ini, macam-macam aktiviti aku pernah lakukan dengan peminat (sebenarnya satu saja aktiviti) idea banyak, tetapi masa dan pengurus yang tidak tetap dulu membuatkan semuanya terbengkalai. Sekarang aku dah punya pengurus yang baik & tahu tanggungjawabnya. Jadi, aku punya masa melayan peminat di Twitter, mahupun di blog ini.

Setiap hari dulu (sebelum Twitter) aku sentiasa online di FB. Seronok chat dan berbalas email dengan peminat, timbul satu idea nak ajak semua bersua & tengok wayang. Pernah juga beberapa kali kami bersama menonton!  Seronok betul!

Adakala rasa macam ahli politik berkempen! Aku buat program ni bukannya masa nak keluarkan album baru saja – malah di hari-hari biasa juga. Pada aku, peminat itu nadi. Mereka juga kawan. Berjumpa selalu mungkin medatangkan rasa muak, tetapi jika di masa-masa tertentu, relationship menjadi semakin kuat. Itu salah satu aktiviti yang pernah aku lakukan.

Melalui blog ini juga, salah satu cabang aku mendekatkan diri dengan peminat aku. Seminggu usianya, aku tahu keputusan sokongan peminat aku serata Malaysia, malah dari luar Negara  –  melalui statistic dan laporan disediakan di sini. Kepada yang membaca blog ini dari luar Malaysia, thank you so much. Appreciate it.

Terima kasih, terima kasih. Aku kenang sehingga mati. Semoga Allah sentiasa lindungi kalian yang banyak menyokong. Aku lonely kalau tak ada peminat macam kalian. Aku tahu. Ketika aku down, peminat aku hantarkan surat, hantar kad, hantar email & macam-macam lagi. Mereka beri kata semangat. Tanpa kata-kata hikmat itu, aku takkan cukup kuat. Aku tahu aku kuat tapi tidak sekuat dan aku tidak jadi siapa aku hari ini.

Kepada peminat yang pernah membenci dek gossip dulu tu, don’t worry aku dah maafkan. Aku faham. Kepada yang masih menyokong dari hari pertama sehingga kini (aku ada seorang yang bernama Farid Sinclair – he’s been with me from the past 17 years!), kalian diingatan selalu.

MY FANS, MY PRECIOUS. You have made my journey here as one of the most memorable ones. Terima kasih, thank you, merci beaucoup! I love you guys!

Advertisements

7 Comments on “MY FANS, MY PRECIOUS!

  1. Kak, terharu saya baca blog akak nie… Tetiba rasa sebak.. Sya pun rasa beruntung dan tak salah kerana meminati artis mcm kak Nurul Wahab. Akak mmg best!!! Exp dlm melayan peminat..saya boleh bg A±±.. That’s y saya kekal meminati akak selama 17 thn..kalau anak 17 thn tu remaja dh :). All the best utk akak.. Saya akan sentiasa menyokong akak 🙂

  2. ni kali pertama sy baca blog akak.sy suka susunan kata2 akk yg mengambarkan diri akk serta persekitaran akk.semoga akk tabah hadapi cabaran serta akan terus berjaya dlm kerjaya akk..

    • Salam Qaseh.
      Terima kasih kerana sudi membaca.. Datang lagi ya… This me, my life, my story..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: