JANGAN BUAT, JANGAN MEMBUNUH!

Bangun pagi semalam – rutin biasa pagi – baca news di Twitter! Hahahaa… Atau di laman web akhbar.Aku tertarik dengan twit Dafi Ismail yang menyampaikan berita tentang bayi yang dibuang. Segera aku membalas twit nya. Prihatin betul artis remaja ini. Katanya lagi gadis berusia 16 tahun. Tingkatan 4… Aduh.. Aku kesian kedua-duanya.. Kataku kepada Dafi, mahu saja aku buka rumah atau tempat untuk membantu anak-anak remaja yang sebegini. Bukan mahu encourage buat jahat atau maksiat, tetapi sekurang-kurangnya ada tempat untuk mereka menyerahkan atau melahirkan anak mereka.

Kesian dengan murid tingkatan empat itu. Aku pasti dengan panic dan malu.. Serta bermacam-macamlagi yang bermain di fikirannya menyebabkan dia tergamak berbuat sedemikian. Jangandilihat kepada kesalahan yang telah dilakukannya. Berzina tetap berdosa dan salah. Kita belajarsemuanya. Allah sudah menggariskan apa hukumnya. Tetapi kepada mereka yang masih ‘hijau’ tentang kehidupan – paling mudah terjerumus di lembah dosa.

Aku pasti ibubapanya cukup memberi ajaran yang sebaik mungkin. Nafsu sukar dikawal apatah lagi di usia yang sangat muda. Akal dibelakangkan dek hasutan syaitan. Kita semua yang sudah dewasa, kita melalui semuanya. Mungkin kita tidak terlanjur seperti gadis ini. Cuma kita ada ‘our own fair share’ – buat dosa juga. Seharian. Mengumpat pun berdosa. Syakwasangka pun boleh menjerumuskan kepada dosa. Jadi, aku harap tidak ada sesiapa sesenang menghukum anak muda yang telah bersalah ini sewenang-wenangnya. Dosanya, biar Allah saja yang menghukumnya. Kita sebagai manusia, kita tidak ada hak mengatakan atau menghukum. Yes, dia bersalah. Cuma kita tidak tahu apa yang telah dialalui. Benar itu namanya membunuh.

On the other side, kalau kita fikirkan – apalah dosa bayi kecil itu. Hanya ibunya yang berdosa. Jika sekalipun marah dengan diri sendiri, jangan dibuangkan anak itu. Cari tempat berlindung, mengadu kepada pihak yang boleh dipercayai. Saudara atau ibubapa. Takut ibubapa marah dan malu, hubungi pihak hospital. Kerajaan juga tidak kejam. Mereka manusia juga, pasti mereka bantu. Banyak pihak yang akan bantu anak-anak remaja yang menghadapi masalah sebegini.

Aku pernah ambik anak angkat. Aku tahu beberapa orang kawan lagi yang susah mendapat cahayamata.. Pasti mereka mahu membela bayi & anak-anak yang sebegini. Aku mahu laksanakan insyaAllah satu hari nanti tempat perlindungan bayi – jika diizinkan Allah.

Pernah aku melawat hospital di Rawang satu ketika dulu. Adik aku bersalin anak pertamanya. Di wad sebelah, aku terlihat ada remaja baru sahaja melahirkan bayi – hasil dari keterlanjurannya. Gadis manis itu bertuah kerana ibubapanya menerima keadaannya. Boyfriend bekerja sebagai pemandu lori. Kalau tak silap aku, usia gadis itu hanya 15 tahun. Aku  yang sukakan baby, tanpa segan silu bertanya apakah plan nya selepas keluar hospital. Dan bagaimana dengan bayi tersebut.

Katanya mahu dibelanya, lelaki itu mungkin akan mengahwininya. Aku temubual bagaimana penerimaan ibubapanya selepas keterlanjurannya. Ibubapanya mengamuk juga. Mestilah malu. Tambahan pula kita orang melayu, hidup dalam komuniti melayu. Terlalu mudah berita menular keluar. Dia di antara yang bertuah – maksud aku dapat selamatkan bayi itu. Sanggup dia kena marah dengan ibubapa – tahan telinga dan akhirnya melahirkan bayi di dalam keadaan yang selesa di hospital.

Aku menyatakan hasrat aku untuk aku ambil anaknya sebagai anak angkat. Jelas terbayang di mukannya, kasih sayangnya terhadap anaknya. Dia mahu anak itu. Anak itu sudah pasti berusia 4 atau 5 tahun sekarang. Aku harap dia juga bahagia dan sentiasa dilindungi.

Kita manusia – terutamanya yang muda, mudah terpengaruh.Kita serba kekurangan.Tetapi kita ada agama, ada sekolah untuk kita dapatkan ilmu berguna. Pada aku, ilmu especially basic agama itu penting. Aku bukan juga arif tentangnya. Tetapi aku juga belajar. Aku tahu aku banyak juga dosanya. Allah sahaja yang layak menghakimi dan menghukum aku kelak. Iman kita masing-masing mengikut amalan kita dan fahaman tentang agama serta seteguh mana ajaran agama kita. Jangan diukur, kerana semuanya berbeza.

Kita sebagai umat Islam, kita harus menegur – ada cara menegur. By the way, itu adalah tanggungjawab kita sesama umat. Itu yang aku belajar dengan ustazah Yati. Ustazah aku dulu. Kenapa aku katakan begini supaya sesiapa sahaja especially remaja yang membaca blog ini, sebelumapa-apa yang ingin kalian lakukan – especially nak keluar date dengan lelaki tu, beringat.

Ingat tentang agama, dosa dan pahala. Ingat muka ibubapa kita yang susah payah membesarkan kita. Jangan diconteng arang kemuka mereka. Aku nervous jugak bila bercakap hal anak-anak remaja ni. Anak dara aku sendiri pun sudah remaja. Alhamdulillah dia di tempat di sekolaha srama perempuan (walaupun aku tak suka sekolah itu). Namun aku takut juga.Kalau nak berlaku, berlaku juga. Minta dijauhkan. Nauzubillah..

Aku berpesan juga kepada anak dara aku yang satu itu. Aku beri dia sedikit ajaran seks supaya balance dan supaya dia tahu akibat dari berbuat perkara sedemikian. Dia faham. Habis semua kucing di sekolahnya di sekodeng to see how they make it. Kucing tu pun satu.. Macam tahu je anak aku mengkaji hal itu. Dia balik, dia tanya pulak. Is human also doing the same! Aduhai.. Padan muka Nurul Wahab nak ajar sangat. Sekarang kena bagi penjelasan yang lengkap dan logic! Naik malu pun ada!

Itu aku. Ada sebab kenapa aku berbuat sedemikian. Bukan untuk encourage, tetapi sebagai pengetahuan agar dia tahu.

Sekali lagi aku katakan kepada anak-anak (kena panggil anak-anak sebab anak sendiri dah 14 tahun – rasa tua sekejap! Hahahha) yang masih di sekolah menengah, sebelum terlewat, sebelum berlakunya apa-apa yang kalian tidak ingini, jangan buat. Nak bercinta, boleh. Tapi ada batasnya. Nak sangat ada baby, suruh boyfriend masuk meminang. Senang. Kahwin secara sah dan dapat anak secara sah & semua family pun akan happy.

Sebelum berlaku, jangan buat .Jika terlanjur, dapatkan nasihat & cari yang boleh dipercayai dan aduakan hal tersebut. Jika tak ada juga sesiapa, cari kami yang bernama artis ni. Ramai nak baby! Don’t kill your baby. Ingat, hidup ini ada karma. Balasan tetap akan tiba juga kepada kalian di kemudian hari. Hanya di antara cepat atau lambat.

Jangan buat, jangan membunuh!

Advertisements

6 Comments on “JANGAN BUAT, JANGAN MEMBUNUH!

  1. kami dah buat! uppss…
    hasilnya ni la anak menakan hangpa..Ammara.
    yg tak menahan tu..kucing dijadikan bahan contoh. hahaha!

    • hahahhaa… lawak la hangpa ni! hahhaha… anak kami memang macam-macam contohnya! hahhahahah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: