KAWAN…..

Maaf semalam terlalu  busy (emotionally) hingga terganggu untuk menulis. Aku jumpa satu solusi. Jika emosi tidak mengizinkan (kurang stabil) jangan menulis. Kenapa? Untuk mengelak daripada tersasar dari prinsip positif aku. Jadi, semalam aku ambil masa –  solve the matter & berfikir.

Kawan… Tiba-tiba sedang buat facial tadi, teringat dengan Ruhil Amani Hussien.. Semasa aku di bangku sekolah dulu, lagu ‘Kawan’ dendangan Ruhil lah yang menjadi repotoire persembahan aku… Lagu yang paling popular masa itu. Banyak makna dalam lagu tersebut, dan sehingga kini aku tak lupakan lagu itu.

Kawan banyak jenis kawan.. Dalam pengalaman aku berkawan – tak banyak.. Kawan yang aku kumpul kini, hanya kawan-kawan semenjak 2007 & beberapa dari tahun sebelumnya. Tahun  2007 merupakan tahun aku ‘celik mata’.. Baru nak kenal dunia, nak kenal semua – walaupun masa tu dah berusia 30 tahun. Lembab betul Nurul Wahab ni! Hahahhaa..

Aku kenal lelaki pun, semenjak tahun yang sama. Budak remaja lain atau muda dari aku, rasanya lebih arif tentang kawan & lelaki – daripada aku ketika itu. It was so funny bila aku fikirkan semula.

Sebagai artis, tidak semua mahu kawan secara ikhlas. Ada juga mahu berkawan kerana suka berada di kalangan artis. Ramai juga kawan yang ikhlas. Ada kawan nak rapat hanya nak tahu cerita artis lain. Ada kawan yang protective, ada juga kawan yang sensitive malah full of jealousy. Kawan yang positif pun ramai juga. Ada juga kawan-kawan yang suka jadi batu api – secara sengaja atau tidak. (I’m sure you guys understand this) kadang-kadang ada yang berniat baik nak menyampaikan sesuatu yang baik, tetapi sebaliknya berlaku padanya dek komunikasi yang berkurangan dan terlalu baik hati sehingga menampakkan sebaliknya.

Ada kawan suka menolong – ada ikhlas, ada yang tidak. Ada yang jujur, ada yang kurang boleh dipercaya. Ramai kawan appreciate friendship dan pandai berkawan. Ada juga hanya mengambil kesempatan di atas kesenangan seseorang kawan.

Manusia kan ke macam-macam ragam? Jadi ramailah kawan-kawan juga yang bermacam-macam perangai. Mula mengenal kawan, ya Allah… Kelakar betul. Aku ini suka mengikut je dengan kawan. Kadang-kadang tak nampak apa yang kawan tu nak buat. Trust me, in that 5 years, pernah rasa nak berkurung saja di dalam rumah, tidak mahu keluar langsung, dek takut dengan macam-macam ragam manusia yang dah aku kenal ketika itu.

Yang hipokrit, yang realistic, yang materialistic & juga yang plastic. Rasa nak lastik aje yang plastic itu. Tapi bukan hak kita untuk mengawal etika atau perangai orang lain di dalam maksud berkawan.

I’m lucky now that I’ve been surrounded by many good people – and only some I keep as close friend. Not many.  I always like to meet new friends & have a lot of friends. Sebagai penyanyi dan celebrity, aku berpeluang bertemu dengan pelbagai orang. I’ve learned a lot too from them. Banyak ragam, banyak pelajarannya.

Dunia ini adalah ‘university’ aku. Macam-macam yang dah aku pelajari. Especially about human – yang jadi kawan dan tak jadi kawan.. Tak semua kawan itu ikhlas berkawan. So far, I know how to draw the line between kawan dan  tidak boleh dibuat kawan.

Banyak juga kekecewaan dengan kawan. Oleh kerana dah banyak kali terkena, aku decided not to easily berkawan. Kita ni berniat baik, dan orang lain belum tentu. Namun, aku tak pernah serik. Pada aku, manusia tiada yang sempurna dan aku perlu belajar how to handle them and appreciate friends.  Aku yang perlu jaga hati & perasaan aku sendiri – bukan orang lain. Pendapat aku, bila kita ‘sakit’, kita akan belajar. Kalau takut sakit, kita tak akan kuat dan belajar menjadi manusia yang matang. Sakit yang aku maksudkan di sini adalah dikecewakan.

Aku letak kategori kawan rapat, mutual friends & juga kawan yang boleh dijadikan kawan. Kenapa aku buat sedemikian sebab istilah kawan baik sukar digunakan untuk kawan yang boleh dibuat kawan. Ada kawan baik, yang tak boleh dibuat kawan. Mungkin kita tak perasan. Tapi ini melalui pengalaman aku.

Bila kita berkawan dengan kawan yang tidak boleh dibuat kawan, ianya akan berakhir dengan kekecewaan. Ingat, kecewa dengan kawan, lebih teruk dari break up dengan kekasih atau bercerai. Lebih baik hilang kekasih dari hilang kawan kerana friends stay forever. Betul, tapi kawan yang bagaimana? Ada kawan ketika susah, dia tinggalkan saja. Trust me, I experienced it & still experience it from the past 17 years – with the same person. She keeps coming – until now. But I know how to handle her now.

Aku dilarang berkawan dengan sesiapa sahaja dari tahun 1997-2006. Tak perlu aku jelaskan kenapa. So, dengan keadaan itu, aku tak reti berkawan. Dah la dulu masa remaja tak ada boyfriend dan tak kenal perangai lelaki; dah lepas kahwin, takde kawan & tak kenal erti berkawan. Memang susah!

2007 adalah pembukaan kepada segalanya buat aku. Aku kenal erti berkawan & bagaimana nak buat kawan. Sejak tahun itu, aku ada circle of friends yang cukup besar. Ada kawan yang benar-benar buat kawan dan terima aku seadanya.

Aku kecewa banyak kali juga dengan kawan-kawan aku. Well I guess, I learned my lesson, and it’s for the best of me, to learn how to be wiser & better person. Sekarang ni sekurang-kurangnya aku ada kawan yang boleh dibuat kawan sahaja sekeliling aku. All positive ones & those that accept me for who I am – as human – not artiste.

I rather keep that kind of people around sebab orang yang kita bergaul itu, akan mempengaruhi kita. Jika  kita bergaul dengan orang yang berjaya, kita kan berjaya. Jika kita bergaul dengan orang yang negative, skeptical tentang segalanya, kita juga akan turut terpengaruh – walaupun kita cuba untuk tidak terpengaruh. Bila namanya berkawan, trust me, you will.

Kita yang perlu tahu menghadkan diri kita. Aku bagitahu macam ni , setelah beberapa pengalaman aku terkena. Just recently. Kadang-kadang niat kita baik nak membantu, tapi lain pulak jadinya. Mungkin aku ada buat salah yang aku sendiri tidak sedar. Aku salah pertimbangan antara bisnes dan kawan. Seharusnya aku draw the line earlier. Biar dia jadi kawan dalam bisnes sahaja. Jika aku buat demikian, mungkin dia masih lagi seperti biasa dengan aku. Susah, mulut orang tidak boleh ditutup dan kita tidak boleh sekat orang lain dari berkata-kata. Dek kerana salah faham, putus kawan. Orang ketiga, dalam segala hal akan menyebabkan keretakkan & kekecewaan – dalam apa keadaan & perkara sekalipun.

Kawan dalam bisnes juga berbeza dengan kawan yang kita sama-sama buat bisnes. Jika asalnya untuk buat bisnes, biar maintain di situ sahaja. Dan kawan yang dah memang berkawan, jangan diajak buat bisnes. Kecuali mereka betul-betul mahu dan faham akan bisnes tersebut.

Kerana berkawan juga, aku kenal erti komunikasi. Persahabatan yang baik, mempunyai komunikasi yang baik. It’s all about communication. Ini yang aku belajar. Communicate through voice (phone calls) or face to face – not text or bbm , even twitter or FB! Kata-kata yang ditulis, adakala dibaca dengan nada yang salah, boleh menyebabkan salah sangka. Happened to me many times! I never do that again. Hanya kepada yang betul-betul aku kenal.

Aku jaga hati, aku jaga minda aku.  Kawan berpada-pada. Apa-apa pun, aku pasti semua pernah merasa kecewa dengan kawan. Pilihlah kawan. Jangan semuanya kita kawan. Bak kata pepatah berkawan biar seribu, berkasih biar satu. Memang betul. Tapi jangan berkawan seribu dan seribu tu jugak buat jadi good friends macam aku pernah buat. Dek tak reti bezakan kawan baik dan kawan jauh, aku satukan semua jadi kawan baik. Semua aku anggap rapat. Sebab tulah aku terkena! Nurul… Nurul… Kenal lelaki di usia 30-an, kenal erti berkawan pun di usia 30-an!

That’s the reason why I think my husband always call me his little girl/little baby. Well, I feel good, because you know why  … I will always feel young. And when you feel young, you always look good! I admire my husband. He has many friends since school – mostly his best friends. 4 of them that he’s very close with from the past 20 years! Aku envy orang yang pandai berkawan. Eric gelak bila tahu best friend aku hanya 2 orang yang aku baru kenal 5 tahun yang lalu. Deq Sha & juga Anna. Dia kata umur dah 35 tapi tak reti berkawan! We always laugh about it. Ya, we laugh a lot and always make jokes – sometimes very cynical & sarcastic jokes! I used to it & like it. Aku pun boleh tahan sarcastic! Hahahhaa.. We both are the same.

Jadilah kawan sebaik kawan, offer friendship to those yang layak menerima friendship kita. Jangan berkawan kerana status dan wang ringgit. Jangan juga berkawan kerana ingin menggunakan kawan… Aku pernah ada kawan macam tu. Kami rapat betul. Kemana-mana pun bersama. Bercuti pun bersama. Akhirnya jadi lain bila dah terlalu rapat. Mungkin mereka berniat baik seketika dulu mahu membantu dan kesian tengok aku hidup sendirian. Tetapi, kemudian hari, lain jadinya. Friendship kami terputus. Jika bertembung hanya ‘hi,hi… bye..bye..’  itu yang aku lakukan sekarang ini. Tidak bermasam muka, cuma tidak rapat lagi. Aku ni juga berpegang pada prinsip ‘sekali terluka, selamanya terasa’ & juga ‘forgive & forget  but goodbye forever!’

Kawan yang sebaik kawan, adalah kawan yang sentiasa berkata benar, yang sentiasa berterus terang serta memberi pendapat secara direct (face to face) untuk memperbaiki kawan yang lain supaya friendship berpanjangan. Aku dengan Deq Sha mengamalkan sikap ini. Begitu juga Anna. Bukannya dirancang, tetapi ianya kebetulan. Mungkin energy & cara pemikiran kami sama. Aku appreciate friendship yang mereka berikan. Hanya 2 orang ini sahaja yang boleh menegur dan tahu bagaimana nak menegur aku jika ada salah yang aku lakukan. Mereka beri pendapat yang ikhlas. Aku tahu sebab kami terlalu rapat. I’ve learned a lot from both of them. Bagi aku pulak, apa yang aku belajar yang baik dari kawan aku, aku cuba panjangkan ajaran baik itu kepada the new circle of friends.

I have a lot too now & I like them. The latest is a couple from Singapore. Si isteri  minat Nora Danish, & si suami minat Fauziah Ghous! Tetapi pasangan dari Kota Singa ini langsung tidak pernah mengambil kesempatan ke atas status aku sebagai artis. Kami kenal melalui Twitter. They are Leo and me too. Kami ada persamaan.Eric selalu berkata, hanya di Asia kita gemar bertanya tentang Horoskop, tidak di Eropah atau di mana-mana Negara Barat. I told him, we see horoscope just to see some similiarities and personality – bukannya mempercayainya 100%. Ada yang tepat , ada yang tidak. Tetapi sebenarnya apa yang paling penting adalah cara pemikiran dan cara kita dibesarkan. Itu yang menentukan siapa kita sebenarnya.

Semalam ada satu event yang aku attend. Ternampak seorang teman lama. Wanita genit ini punya sejarah yang besar dengan aku. Semenjak tahun 2007, aku jarang terserempak dengannya di dalam mana-mana event.  Hanya semalam. Aku pandang, ikut hati nak panggil. Tetapi tak terkeluar pulak mulut aku nak sebut namanya. Suasana pun agak bising.

Aku  cuba repair the damage that I don’t know who made us to be like this since 5 or 6 years ago. (Actually aku tahu, saja tak nak tulis di sini hehehe..) Pernah aku sms atau bersalam serta say hello. Tapi dia hanya diam. Lama aku simpan perkara ini. Aku tak kisah apa yang dah berlaku, sebab dia pernah membantu dan berbuat baik pada aku. Cuma hanya satu insiden besar, she’s different. But she’s never been a friend to me – Cuma aku cuba offer my friendship to her atas sebab-sebab tertentu – atas sebab kekeluargaan.

Oleh kerana terlalu lama simpan rasa itu, aku bersuara kepada Eric semalam. (I always talk to him on what I feel & sentiasa meluahkan segalanya kepadanya – because he understands me well) Katanya, obviously that lady doesn’t want to be your friend. So, why you still try to work it out? She will never and will always be like that. Aku terdiam. Betul juga apa yang Eric cakap tu. Ambik kau! The fact & the truth. He was right. Wanita genit itu tak mahu berkawan dengan aku.

Atas dasar itu, aku ambik keputusan untuk melupakannya sahaja.  Terlepas semua rasa hairan dan juga rasa kecewa bila Eric beri pendapatnya sekaligus menyedarkan aku. Tak apa, aku terima sahaja. Aku tahu niat aku ikhlas. Bukannya kita boleh nampak apa yang ada dalam hati manusia lain. Mungkin dia bersangka lain.  We are sincere and others not. So, it’s okay Nurul. Move on and never look back.

Aku amat bertuah kerana aku punyai kawan yang sentiasa baik dan membetulkan serta menghargai apa maknanya berkawan. The best-est friend that I have right now, is still my Ayu Nazirah &  Mr. Eric Depp.. They are my family, my friend – my everything. I know I’ll be okay and will always be.

Terima kasih kawan. Terima kasih atas segalanya – kau menyedarkan, kau mengecewakan. Aku belajar dari kesakitan, serta kebaikan  yang kalian berikan. Terima kasih.

Advertisements

7 Comments on “KAWAN…..

  1. i Know that lady 🙂
    nemind, akak u’r still young.. still can get more friend…
    yang penting ur hubby & ur lovely daughter always be ur side as friend 🙂

  2. i always believe, you have to be sincere in friendship and never expect anything in return. i’m glad Allah let us have this chance to meet and share bits of our lives together. you’re a wonderful person with a beautiful heart. it’s a pleasure knowing you.

  3. ku pun takde ramai kawan. kawan gitu-gitu ada la..tapi setakat tu saja la. bff? hmm..dulu, satu masa ada…
    betul lah..terluka hati dgn bff ni lebih teruk dr kecewa dgn boyfriend.
    dan sejak itu my one & only bestfriend is my husband.
    mungkin org akan ckp “ehh kesiannya takde kawan” or “padan muka org taknak kawan dgn kau”…biarlah, its ok..tak mati pun! for me, kualiti lebih penting dari kuantiti. apa guna ramai kawan, kalau yg ada tu sekupang pun tak guna!..kata org Kedah 😉

    • I do agree with you.. Kualiti yang utama, bukannya kuantiti… I like the comment, kata omputih! 😛

  4. sy penah rapat dgn seseorang yg bergelar kawan
    makan sepinggan tido sebantal katanya
    tp kerana salah faham..2 tahun kami tak bertegur
    dia buat saya macam musuh
    w,pun dah berbaik sekarang tp tak mcm dulu lagi
    lebih baik begitu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: