MONEY IS ENERGY, FOCUS IS EVERYTHING!

Lambatnya hari ni post! Hari ni, hari meeting & bercakap.. I had such a great time with my manager Mas Anizah & our agent Fizarrudin Harun. Bestnya makan lunch di Hyatt yang baru seminggu usianya. Nice environment and nice food! There goes my diet! I put the blame on Fizar! Dia yang recommend pergi ke sana – but trust me, it’s worth it. Good company , good laugh!

Kami biasanya sama-sama akan duduk buat plan untuk apa-apa saja berkenaan career aku. Macam-macam nak buat sebenarnya. Tapi masa adakala tidak mengizinkan.

Aku bertuah punyai team yang sentiasa berada di belakang aku – yang jujur sejujurnya mahu bekerja dan mahu lakukan yang terbaik. Mereka ini sentiasa tahu apa yang aku mahukan dan ingin lakukan. Itu pun aku kena lalui pelbagai rintangan sebelum aku dapat manager & team yang benar-benar bekerja dan kenal hati budi aku.

To us, career is everything & money is important. Money is energy. Siapa kata duit tidak penting? Maaf jika ada yang tersalah anggap. Duit penting untuk kehidupan masa kini. Kita bekerja siang malam. Masakan duit itu tidak penting jika kita sanggup meredah heavy traffic jam every morning to work – kerja siang malam untuk menyara diri dan keluarga – for medical, for everything.. Try to think again… Money is not important?

Aku belajar dengan Eric ( he’s also doing some self development courses & also about money management) sesiapa yang kata duit tidak penting, sebenarnya dia broke. Dia tidak mampu mencari atau malas mencari – jadi kesimpulannya, duit tidak penting.

Pada aku, simple. Wang penting. Wang kebahagiaan, money is beauty, money is energy. Bekerja untuk wang asalkan JANGAN JADI MANGSA WANG. Trust me, was down – almost broke, masa tu lah aku terfikir, betapa berharganya duit. Rezeki tuhan bagi kena appreciate. Membazir memang cara yang baik dalam kehidupan. Bila dah terduduk, baru ada akai, kata orang Penang!

Hari ni di Hyatt sahaja, buatkan aku tercengang. Biasalah ke hotel manapun, you have to expect how much you will spend. But no complaint. Food there is nice & quite reasonable. Selesai lunch, manager  picked up by her friend, while me & Fizar waited there for my car – parking valet kali ni.. Berlagak! Hahahah… We were still talking about our planning about what we want to do next. About 5 minutes, kereta pun sampai.

The valet guy dengan muka malu-malu kucing menjawab selepas aku tanya ‘how much..’  Fizar yang tadinya sungguh tenang mukanya, naik tercengang apabila dengar  the guy told us the valet parking RM50.00! What?! Tak pernah pulak  kena semahal itu di mana-mana valet parking hotel ataupun shopping mall. Believe me, RM20 also dah mahal!  Dengar je harga macam tu, I told myself, Nurul you have to work harder! Everything is money now!

The valet guy punya la takut nak bagitahu at first. Dia kata please send email to our  management to complaint because we also feel it’s quite pricey! Kesian dia.. I’m sure many has shocked when they heard that kind of money they have to pay for the valet parking there.  But after all, I’m happy with the service there – in fact, because of my latest CD, the manager in the restaurant buy us dessert! The most sinful one but I’m glad I had it! Bribe is not good, but we ‘bribe’ with food & CDs! Hahahaha…

Aku happy bila hotel bertaraf 5 bintang seperti mereka mengiktiraf  lagu-lagu melayu. That’s how it started on the CD & ‘bribe’ issue!  Aku tanya, dan sudah tentunya aku pastikan untuk aku hantar 1 CD aku ke sana! Sambil meeting, pelbagai lagu-lagu lama 80an & 90an – menggamit memori aku sedari aku di bangku sekolah. What a great day.

Back to money issue that I highlighted earlier. Yes money is important. Mana-mana kita pergi sekarang, semuanya duit. Satu bebanan kepada mereka yang mendapat income yang rendah. Pendidikan memerlukan belanja yang tinggi, apatah lagi medical. Pada aku, kita semua bekerja keras simpan duit untuk persekolahan anak-anak dan juga hospital untuk hari tua jika sakit.

Pernah tak terfikir, bekerja keras kumpul duit untuk gaya hidup yang lebih baik? I’m sure some do. Tapi majority adalah untuk kesihatan & pendidikan. (I’ll share with all of you soon, how to make extra income! Everything is possible!)

Bila sedemikian senarionya, aku yang memang suka bekerja keras, memang takkan pernah berhenti selagi aku tak capai apa yang aku mahukan in term of financial. I work hard for my future. Tak pernah aku berhenti. Aku bertuah kerana dilahirkan dengan bakat ini. Namun aku tak pernah mengambil kesempatan. Di  atas dasar itu, jauh sekali aku mengambil sikap sambil lewa di dalam bekerja.

Hari ini masih ada di sini kerana diterima, esok lusa belum tentu. Yang baru sentiasa hebat bergaya, yang senior harus kejar masa dalam kerjaya. Bekerja selagi termampu kerana hanya bidang ini yang aku ada. Aku belum bersedia untuk berundur kerana masih banyak yang aku mahu kongsikan.

Bila dah sampai satu tahap penerimaan yang baik dari semua, yang paling susah untuk dikekalkan adalah tahap yang dah aku capai. To maintain. Up and down itu biasa. Itu juga yang membuatkan aku sentiasa ada. I must work harder & smarter!

Macam-macam tadi yang kami bincangkan termasuk juga tentang persekitaran kami – orang yang memerhati – orang yang suka berkata-kata & orang yang suka meluahkan rasa.  Meluahkan pendapat – aku bisa terima. Tapi pendapat yang sebagaimana. Nasib baik pengalaman 17 tahun membuatkan aku dan manager semakin dekat. Ikut kata orang, tidak hidup. Ada sahaja yang mahu menguji. Menyebarkan perkara yang bukan-bukan atau menyuarakan pendapat sehingga menjadi satu umpatan dan kejian – itu bukan pendapat. Kata mereka hanya ingin mengingatkan, supaya aku atau manager aku berhati-hati dengan satu sama lain. Ada juga yang beri pendapat, mahu lihat berapa lama manager aku manage aku.  It came from someone that I’ve help to be selected in one of reality tv shows. Tak sangka, tapi itu kebenarannya. Datangnya dari orang yang paling rapat dengan aku. Aku percaya dengannya kerana dia sentiasa bersikap jujur dengan aku. Why? Kata manager aku, mungkin kerana dia pernah menolak tawaran penyanyi muda itu. But why must you say that?

Semuanya datang dari hati. Aku tak mahu judge. Tapi sebolehnya jika berdetik di hati rasa marah sekalipun – rejection itu bersebab – tetapi kenapa perlu berkata sedemikian?  Apakah kita tidak diajar jauhkan diri dari hasad dengki? Kerana ianya membawa kepada kehancuran. Binasakan diri sendiri. Jika orang lain agak berjaya, jadikan reference – buat cara sendiri dan yang terbaik. Jika kita ikhlas dan bekerja atas dasar  ikhlas, insyaAllah peminat tahu & akan nampak , for sure they will support. Allah hears you. Allah sees you. Tekad usaha, dan focus apa yang mahu dibuat, insyaAllah akan tercapai – dengan ada manager ataupun tidak. Rezeki itu dari Allah. Dia yang tentukan. Hanya kita tidak tahu dari siapa dan melalui lorong yang mana.

Aku kenal siapa manager aku. Sudah setahun kami bekerjasama. Dia seorang yang berterus terang. Soal duit, satu sen pun dikira jika berhutang. In our life, honesty is the best policy. That’s what I get from her. This is the best manager that I’ve ever had. And I think she also think that we are best to work together.

Banyak perkara kami leraikan hari ini termasuk hasutan kiri kanan manusia yang menyuarakan entah apa-apa pendapat mereka. I always say this to people – WHATEVER YOUR OPINION IS< DON’T JUDGE PEOPLE>  you don’t know what we’ve been through. Pada aku, hanya Tuhan, hanya Allah yang berhak mengadili kita. Bukannya kita sesama manusia. Well, you can judge  me if I commit some crimes – in the court! Not in term of how is this or that person is.

Sedih bila fikirkan. Ramai yang mahu menjatuhkan, dari menaikkan. Kita ni buat hal kita – tak ambil tahu hal lain sebab terlalu focus dengan hal sendiri. Tetapi orang lain ada masa untuk ambik tahu hal orang lain.  Dan yang lebih kecewa; yang suka menjatuhkan – especially datangnya dari orang yang kita kenal dan pernah bekerjasama serta tahu apa yang berlaku kepada kita.

Manager aku nampak kecewa di mukanya. Aku sabarkan. Dan aku berkata kepada kami bertiga. Let’s make more money. Let’s hater’s be.  Kita takkan mati dengan kata-kata mereka yang berhasad dengki. Tuhan itu ada. Dia menyebelahi orang yang benar. Biarkan…

Nasib baik aku mengambil langkah berterus terang. Kalau tidak terlerai semuanya.

See, in this life, it’s very simple. Dalam keadaan apa sekalipun, bila kita berterus terang – face the fact – face the reality – everything will be solved & fine. Alhamdulillah aku ada sikap ini. Aku berani berterus terang sebab  manager aku juga suka berterus terang. Baik focus kepada kerja dan buat duit, dari berfikir  apa yang orang lain kata. Kalau kita susah, orang akan kata juga. Bila senang, lebih banyaklah kata-kata mereka.

Bukan untuk bidang aku ini sahaja macam ini. Aku tahu, di luar sana juga macam-macam. The best to all of you out there that facing the same problem like we have, pedulikan and be strong. Focus on what you do & work hard for you. Nasihat ini untuk aku & manager  juga. Orang yang suka kejayaan – bekerja.  Orang yang sebaliknya, biarkan saja. Bukan kita untuk mengadili mereka. Cuma berdoa satu hari diberi petunjuk dan hentikan memecah belah & sengketakan manusia.

Advertisements

8 Comments on “MONEY IS ENERGY, FOCUS IS EVERYTHING!

  1. orang takkan senang dengan kesenangan kita..
    kalau kita jatuh mereka akan lebih gelakkan kita…
    tak perlu amik port dgn org yg benci kita..
    perasaan PHD tu tinggi dalam masyarakat kita skrg..
    insyaALLAH ALLAH sentiasa bersama orang2 yang tetap pendiriannya &
    berjuang utk diri sndiri & utk tuhannya 🙂

  2. Sejuk hati baca tulisan u kat sini Nurul. What a sweet, humble & rational lady you’re you. Tak senang makan dengan hasutan & tak melatah yang bukan-bukan.
    I’m 34 years old this years. I assumed we re around same age, so jatuh bangun I dalam hidup memang dah berkali-kali sampai dah lali. I terima dengan syukur segala rezeki yang tuhan bagi tapi xpenah lupa dengan orang2 yang hidup susah keliling I. Selagi ada,ikhtiarkan jugak. Dalam family sendiri I diperli orang kaya sebab I hired adik beradik sendiri sebagai house keeper, driver, assistant…Segala macam yang I boleh tolong I tolong jer…
    Gaji driver 1500 sebulan bukan sebab I berlagak tak nak drive sendiri… I boleh tapi I tak sampai hati tgk dia xder kerja kat kampung tidur bangun menyusahkan orang tua. Gaji housekeeper 700 sebulan kemas rumah dua kali jer seminggu walhal I tinggal dua orang jer dengan suami. Gaji assistant sampai 2500. EPF segala bagai memang bayar mcm staff yang lain2 jugak. Semua tu atas dasar menolong saja. Tapi bukan main ramai lagi yang mengata tapi tak penah pulak jatuh 50 hengget ker seratus dua ker kalau depa ni cuma nak pinjam.. Pelik I!
    Minggu ni I asyik ponteng kerja. I lepak KLCC dari dua petang sampai 8malam sebab I rasa jealous tgk kawan2 melepak tapi I asyik kerja kerja kerja. Tapi memang dasar org yg kuat kerja I rasa bersalah secara automatic. My good Friend told me I’m the hardest working girl she have seen in her life. I’m passionate about my business and always gets things done accordingly. U see… Sometime I need this people telling me that I’m working hard & it’s ok to take a break and being lazy once in a while.
    I like fine things.. Like to fly business and 5 stars .And I work very hard for it. But I also like to think of myself very guarded.. Try not too show off so that people won’t get jealous. I’m sensitive towards people that less fortunate. Adat dunia agaknya…… Susah org kata, senang pun org kata jugak Nurul.
    Sorry content your page 🙂

    • hahahaa.. ya! that’s a very long one! hahhaa.. No worries dear. we are changing opinion here. Btw, betul, kerja tu, kerja juga but you have to take some times to rest & relax too.. kena balance dalam segala hal…

  3. that’s a very good intention ypu have there to help your family. biarkan apa atau siapa kata apa. Yang penting kedudukan kita di sisi Tuhan, bukan manusia. alwways remember we always get from what we give. so, susah senang adalah tanggungjwaba sendiri. i pekak kan telinga orang nak kata apa pun. they don’t feed me to eat when i’m hungry. i have to do it on my own. so it’s okay. work hard for you & family for your own comfort – it’s okay. Lepak KLCC? syoknya! hehehehe

  4. sebenarnya berterus terang itu lebih baik..dr simpan dan akhirnya meletop
    w,pun kebenaran itu pahit 😉

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: