MEREKA YANG MENDEKATKAN..

Hari ini kelam kabut semuanya. Rasa macam sama dengan semua yang bekerja 9 to 5. Cuti yang panjang buat leka. Aku & suami memang susun jadual kami seharian. Dia lagilah teratur. Fikiran buat masa ni melayang merata-rata!  Must get my focus back! 2 bulan bercuti, so tahu lah kan… Yang bercuti seminggu dua pun boleh buat malas nak start kerja semula. A lot of things to catch up. Planning untuk album promo, plan nak buat video clip, dan macam – macam lagi… Plan..Plan..Plan… Hmmmm.. Execution is important!

Aku pulak decided nak ada blog ni. Jadi, hari-hari kena spend 1 jam sekurang-kurangnya siapkan post yang nak diletakkan di sini. Dah naik pening kepala bila fikirkan apa nak letak everyday! Banyak cerita. Tapi nak menggarap tu bukannya senang! But I enjoy this. Enjoy writing & enjoy telling story. (Masih jakun sebenarnya dengan blog! Orang lain dah bertahun dan dah naik jemu agaknya! Orang Penang kata ‘peraklah hang ni!’) Hahahha

I’m so in the shoes of all the writers, journalist and also reporters. Bukannya mudah nak menyusun kata. Tambahan pula berkaitan fakta dan yang nyata. Aku respect semua wartawan dan penulis yang seharian memerah otak keluarkan story untuk newspapers & magazines. Bukannya mudah kerja diaorang. Sentiasa kena cari apa yang terbaru, bahan yang terbaik untuk pembaca.

Penulis di laman portal lebih teruk aku dengar. Kerja mereka memerlukan lebih masa untuk menulis dan perlukan pelbagai story dan bahan untuk satu hari. Aku dengar diaorang kena  buat  2-3 story sekali jalan untuk satu hari. Patutlah macam-macam story diaorang reka! I salute these people. Nanti aku nak interview kawan baik aku di portal murai.com.my macam mana dia buat kerja hari-hari. Patutlah bila aku call (during working hours) asyik bilang dia busy. Nak naik merajuk juga. But now, I understand.

Aku rasa kalau aku tak jadi penyanyi mungkin aku akan jadi penulis juga. Budak sastera la pulak… Aku suka menulis. I’m still learning though. Bahasa pun masih tunggang terbalik!

I have few writers that I admired so much. Most of them in this music industry. Aku suka baca tulisan Shaharuddin Mustafa, Roslen Fadzil, Zul Husni, Rudy Imran, Tengku Suzana Al-Hej, Farihad, Yana Husin & Syazryn. Itu semuanya penulis-penulis hebat majalah & suratkhabar bahasa melayu yang famous! aku tak lupa juga kepada Khatijah Ibrahim, Huzz dan juga Haszrul. Eh! Sultan Muzaffar too.  Semuanya hebat-hebat belaka. Generasi baru juga tidak kurang hebatnya.

Aku dan Yana Husin

Kerana sukakan tulisan mereka, aku jadi peminat mereka yang mungkin mereka sendiri tidak sedar. Aku baca hasil tulisan mereka walaupun bukannya cerita tentang aku. Penulis-penulis yang aku namakan di sini, akhirnya jadi kawan. Tetapi mereka cukup professional. Kawan memang kawan, tapi kalau nak dibantai, tetap kena juga! Hahahah.. But I appreciate what they wrote about me – samada yang baik atau sindiran dan kritikan yang baik. Good or bad publicity, it’s still publicity. Berguna untuk bidang aku ini. Bila makin kerap orang bercakap pasal aku, maknanya aku penting dalam hidup orang itu. Itu pendapat aku ( to keep me positive actually. Thanks Mr. Depp!)

Arwah CLEO & Abang Roslen

Untuk suratkhabar English pula, aku sukakan tulisan Shuib & juga Allahyarham Azman Ahmad atau lebih dikenali sebagai CLEO. Arwah Cleo jadi kawan rapat. Terlalu rapat. Aku menangis & susah menerima kenyataan yang dia sudah meninggal. Dia meninggal pada Mei 2007. He was my English tutor too – just for 2 months. Arwah juga antara kawan wartawan yang menangis apabila aku suarakan hasrat aku mahu bercerai. I remember, he can’t talk to me after he heard the word. He knew that I can’t take it anymore. He cried. Sama juga kesnya dengan Roslen Fadzil. He was one of the lyricists for the duet’s song. He was on the bus – on his way back to KL from Kedah. Dia call dengan nada yang sungguh happy – nak bagitahu pasal lagu yang dia tulis liriknya tu. Bila aku bagitahu dia pasal apa yang berlaku, dia pun menangis. Mungkin kami terlalu rapat, dan mereka ini antara yang nampak dan tahu apa yang berlaku. Of course diaorang sedih!

Aku ingat lagi tentang penulisan Cik Dean (Shaharuddin Mustafa) yang tegur tentang aku yang kurang focus pada apa yang mahu aku lakukan. Walaupun tulisan itu merisaukan aku, tetapi aku hormati pendapatnya. Olahannya cukup baik. Teguran yang sangat membina. Aku ingat sehingga ke hari ini. Antara kawan dan tanggungjawab kerja, Cik Dean tetap tak lupakan etika kewartawanannya. Aku perlukan kawan yang sebegini. Tegur dan beritahu sejujurnya supaya aku focus semula kepada apa yang aku mahu lakukan.

Ada juga penulis yang buat kawan, akhirnya berakhir dengan something else. Maksud aku buat baik to get the story and menegur di dada akhbar dengan penulisan yang negative. Aku boleh terima teguran tetapi ada hadnya. Tegur juga ada pelbagai teguran. Ada caranya. Namun, aku faham. Itu adalah tugas mereka untuk mendapatkan story dan spice up this industry.

Kalau tak suka dikutuk, jangan jadi orang yang dikenali. Itu nasihat aku untuk diri aku sendiri apabila aku pernah kecewa dengan seorang penulis akhbar harian yang dah aku anggap kawan dan akhirnya aku tidak bercakap lagi dengannya sehingga ke hari ini. Aku tak mahu lagi berbuat baik dengan sesiapa yang aku belum benar-benar kenal. Bukan terletak kepada wartawan sahaja – untuk semua.

Pernah aku alami satu perkara dengan seorang wartawan veteran. Sudah lupa namanya. Masa tu zaman kakak aku Syaliaty jadi penyanyi. Aku takut betul dengan apa yang dia bagitahu aku. Dah la mukanya garang. Masa tu aku baru 13 tahun. Katanya, ‘bagi tahu Yati, penulis macam kami yang bernama wartawan ni yang boleh menaikkan dan menjatuhkan seseorang artis. Hanya dengan satu penulisan/artikel. He looked so fierce.  Dia kata lagi : ‘So, be nice!’

Gulp! Takutnya aku bukan kepalang. Dalam kepala masa tu terfikir, Ya Allah, macam ni ke kalau jadi artis?  Aku  nak sampaikan macam mana pada kakak aku… Dia pun satu. Kalau tak suka orang tu, jangan la setuju nak keluar date & stay away from hurting male reporters! Patutlah marah benar. Aku ingat insiden tu sampai bila-bila. I must thank my sister. Because of her experiences, I learned a lot how to handle everyone in this industry.

Masa tu jugak aku belajar, don’t mess with them. But then, aku selalu fikir yang wartawan & penulis ini juga manusia. Mereka rasa yang sama apa yang kita rasa. Jadi, terima mereka seadanya as human being. Bukan dengan membenci mereka dan menganggap mereka buruk semata-mata dan hanya mencari salah untuk dijadikan bahan cerita. Pada aku, as a celebrity, kalau anggap mereka musuh, mereka akan jadikan celebrity itu musuh.

I always take this approach – yang mana aku kurang yakin, aku hi-hi, bye-bye. Senang. You don’t hurt anyone. In the same time, always be nice to people. Jangan pulak buat baik untuk gunakan orang. Itu aku panggil ‘jijik’.  It’s doesn’t mean you have to be hypocrite too. But then again, treat everyone as a human being. Not your enemy. You harm them, they would do the same.

This statement applicable to all. Tak kira apa sekalipun pekerjaan kita, pada aku; hormat paling utama. Senyum yang paling mudah untuk mendekatkan;  sebelum kita hulurkan salam.

Sudahnya melalut yang bukan-bukan tulisan aku hari ni dek kelam kabut satu hari dengan macam-macam hal. Begini rasanya jadi penulis harian. To all my reporters & writers friend, I salute, I respect, I tabik, dan macam-macam lagi lah – sebagai tanda respect to all of you. Kamu yang mendekatkan aku dengan peminat & pengikut ku selama ini. kamu pengantara yang tiada bandingnya – untuk bidang ini.

Thanks for all of your help towards me; from the past 17 years in this music industry. Good or bad, it helped and still – until today. May God bless. Al – Fatihah to my dear friend Allahyarham Azman Ahmad. I miss you, loads!

Advertisements

2 Comments on “MEREKA YANG MENDEKATKAN..

  1. Kami dah baca blog ni! Best! Ni kami kat airport. Nak continue baca kat rumah nanti. Tak sabaq!!!!! 🙂

  2. This is the right blog for anyone who wants to find out about this topic. You realize so much its almost hard to argue with you (not that I actually would want…HaHa). You definitely put a new spin on a topic thats been written about for years. Great stuff, just great!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: