SEPTEMBER : MY LUCKY MONTH! OUR LUCKY MONTH!

September – banyak kenangan indah. Antaranya kehadiran Ayu Nazirah. Ayu bakal menyambut harijadinya yang ke 14 tahun tanggal 11 september tahun ini. Alhamdulillah. Dah besar anak mama. Aku masih ingat ketika Ayu lahir. Badan yang sungguh kecil & merah! Macam lobster. Dalam hati berdetik, habislah anak dara ku ‘tinted’ macam mamanya!

Ayu baby yang sungguh baik ; sehinggalah meningkat dewasa, tidak banyak ragamnya. Being a mother at a very young age, aku bertuah. Aku belajar awal dari mereka yang tidak berpeluang merasai pengalaman aku.

Ayu di Johor sekarang kerana belajar di asrama penuh – yang aku tak pernah setuju dia dimasukkan ke sana.

Anyway, bukan halangan bagi aku menyambut harijadinya. InsyaAllah aku akan menjengah ke sana. Tanggal 14 september pula, birthday bff aku. Dia di Dubai. Yang ini aku susah nak ke sana. Jauh bebenor! But we always contact each other through skype.

Every year setiap kali sampai September, aku excited! Ada 2 perkara, pertama semenjak ayu dilahirkan; dan yang keduanya 2 tahun lalu aku bertemu Eric, right after birthday Ayu. 11 September & 15 September adalah tarikh-tarikh penting buat aku secara peribadi.

Nampaknya September merupakan bulan yang paling bertuah buat aku & juga Eric- for sure! For now, I’m thinking what should I get Ayu – the best one for her. Anak aku ni berbintang Virgo – all must be perfect & she always want the best! Pengsan mama!

Aku masih ingat ketika dia belajar di Smart Reader. She was just 5 year old. Ayu perfectionist dan tak suka buat salah. Pernah sekali tu cikgu panggil aku ke sana kerana Ayu merajuk 1 hari, dan marahkan dirinya kerana dia ada terbuat salah dengan jawapan kertas kerja yang cikgu bagi. Aku terpaksa ke sekolah dan pujuk Ayu . Aku bagitahu dia it’s okay to make mistake. Dalam hati aku berkata, anak aku ni, baru 5 tahun, dah macam 10 tahun. Ayu memang tak suka buat salah. Dia akan marah dengan dirinya kalau ada sesuatu yang dia tak tahu (tentang pelajaran).

Ayu sungguh istimewa. Aku pasti pada ibu bapa mananya yang punyai anak, semuanya rasa yang sama. Ayu punyai kombinasi dari mama& papanya. Dia bijak berkata-kata dan tahu apa yang dia mahukan. Aku punyai harapan yang tinggi padanya. Dan dalam masa yang sama aku juga bimbang akan kesan-kesan yang telah dia lalui semenjak berlakunya perceraian itu.

Pernah Ayu berkata pada aku selepas aku pindah dan hidup sendirian ‘it’s okay mama. Find someone better & rich.. Richer than papa!’.. Aku ternganga sekejap dengar Ayu yang masa tu baru 8 tahun. Mana pulak dia dapat idea macam tu…

Ayu a bit lost for 2 years setelah perpisahan itu. Hati ibu  mana tak luluh bila tahu kesan yang sedemikian dia perlu tanggung. Sakit. Aku pasti. Aku kerap kali menangis. Tuhan saja yang tahu. Apa-apa pun, memang benar kata orang, sabar itu penting. Time is the essence. Let’s time heals your sadness – and all.

Melalui masa, Ayu has grown to be someone very pretty & smart. Aku bangga. Aku percaya semuanya kerana didikan. Aku tahu aku bukan yang terbaik dalam hal mendidik, tetapi Allah berikan anak yang punyai akal berfikir dan telinga yang mendengar. Dia begitu matang.

Dia paling excited bila aku & Eric decided to get married. Sehingga ke hari ini dia tak henti-henti bercerita tentang perkahwinan kami walaupun dah menjelang 3 bulan. Sekarang ini Ayu sibuk bertanya samada aku dah pregnant ke belum. Nak sangat adik katanya! Nak bermata biru! Aku kata mana nak cari, mama mata hitam, daddy nya pula hijau/coklat! Aku yang naik stress!

Semasa hari pernikahan kami, Ayu antara yang paling happy. Aku tak pernah tengok muka anak aku yang kegirangan sebegitu. Nampak di wajahnya dia berbangga. Aku tak tahu apa sebabnya, tapi aku tahu, dia memang menantikan saat itu kerana Ayu ni mudah risau dengan aku yang tinggal seorang diri di rumah. Dia selalu membayangkan yang bukan-bukan. Jenuh nak ubah negative yang sedikit itu. Aku tahu dia sayangkan mamanya.

Semasa kami di atas pelamin, Ayu sungguh happy. Dia genggam tangan aku, sampai naik berpeluh! Aku tanya, are you crying? She said, why should I ? This is the most happiest time in my life. Happy day, shouldn’t cry! Aku terdiam. Tak dapat nak jawab apa-apa. Betul juga apa yang dia cakap tu!

Ketika Eric sedang sarungkan cincin ke jari manis aku, sempat dia argue dengan Eric – di tengah-tengah kesibukkan jurugambar ambik gambar kiri kanan – dia sempat discuss with Eric which fingers to put in. Sebab di Eropah atau mana-mana negara barat, cincin disarungkan ke jari manis tangan kiri. Eric was asking, left or right to me. He was a bit confused walaupun kami dah rehearsal satu hari sebelumnya. Maklumlah kali pertama akad nikah secara islam dan ramai pula jurugambar. He was a bit nervous too.

Ayu dengan pantas menjawab, jari manis kanan lah daddy. Not left! Eric was a bit contemplated. And she said, you’re marrying my mother. Follow what I say. Right hand! Eric pun ikut cakap Ayu. Aku tergamam. Perkara tu berlaku dalam 1 minit sebelum kami sarungkan cincin ke jari masing-masing.

Itulah Ayu. She’s very strict. Ayu juga ada nilai-nilai seorang ketua. Bila ditanya apa yang dia pilih bila dewasa kelak. Katanya mahu menjadi doctor atau scientist. The best, Herbalife distributor! Aku tak tahu. Biarlah dia berjaya dan habis dalam pelajarannya dahulu.

Ayu is also a very positive person. At one point, dia pernah berkata bila dia tahu aku mula keluar dating dengan Eric.  ‘mama, nanti frust lagi. Are you sure this is the one? Ayu tak nak tengok mama frust lagi.’ Bila pulak dia pernah nampak aku frust? Aku sentiasa sorokkan perasaan aku – jika sedih atau apa-apa sekali pun. Namun, dia tahu. Agaknya dari pengalamannya pernah ternampak aku menangis & angkat beg keluar rumah. Itu saat yang paling aku takkan lupakan sepanjang hayat aku. Sungguhpun macam tu, aku bersyukur, Ayu got over it & she became a good person and one of the best student. Thanks to the father & the step mother too. Diaorang membantu juga. Pujian harus diberikan.

Apa-apa pun, aku tahu aku amat bertuah mempunyai anak seperti Ayu. She’s my best friend, is my daughter & she’s my everything. As a mother, tak henti siang malam aku mendoakan yang terbaik buat anak aku yang sorang ni. Aku tahu dia juga mendoakan aku. Salah satu doanya, I’m very very sure – nak adik cepat! Mama pengsan lagi sebab stress! Hahahaha… soon Ayu, soon!

Advertisements

19 Comments on “SEPTEMBER : MY LUCKY MONTH! OUR LUCKY MONTH!

    • Hi.
      Thanks dear.. Please do come and visit everyday. Ni yang nak kena lebih banyak menulis ni sebab dah ada supporters macam awak! Thanks a lot!

  1. september – my lucky month too!
    dilahirkan pd 25 sept & mengakhiri zaman dara pd 16 sept. my fav song..wake me up when september ends. i love september..whewiittt!!

  2. I enjoyed reading it 😉 she’s sensitive and protective towards her mom. Rasa sayu pun ada baca bab angkat beg besar keluar rumah. Mesti sedih gila… Alhamdulillah, now you happy & we happy to see that. Lesson form your story – dont be afraid to face changes & rough patches in our life. That’s the road to happiness. I’ve seen many of my friends cries over their broken marriage only to find out they actually meant to be with someone who’s better than before. 🙂

    • Hi Zeta.
      Thanks for reading my blog. You are right. Alhamdulillah & I tak pernah menyesal.. I know Allah wants me to be stronger & a better person. I’m glad I have this experience.
      Thanks

  3. salam kak nurul.. terharu baca post kak nurul.. harap ayu pun berbangga dapat mama yg cantik dan tabah.. anak bongsu saya pun lahir bln september.. hope kak nurul cepat – cepat timang baby.. insyaallah.. aminn

  4. i love september too kak…! my birthday on 15 Sept. mmg minat akk dpd kecik lagi. doakan yg terbaik utk akk…!!

  5. This is my first time reading blog kak Nurul Wahab. and i must say i will read all your updates! terharu bila kak nurul was very supportive to her daughter and i can even feel how you feel in your writings. may Allah gives happiness to your family. amin 🙂

    • Hello there.
      Thanks a lot dear. Appreciate it!
      Amin.. amin Ya rabalalamin… 🙂

  6. honestly, i read ur blog coz i admire the truth. the truth about u and ur life 🙂 well, i was born in september, my other half was born in september, we got engaged in september (now happily married and still TTC like u), my mom, my dad, my brother, my niece, most of my family members were born in september. so i guess, september DOES bring happiness to all yah? 🙂

    • Hi.
      Wow! Fantastic! I guess we will be like your family!
      Thanks for reading and following my blog. Appreciate it.
      Take care

  7. bertuah kak nurul dapat anak bijak dan cantik mcm Ayu 😉
    nak tergelak baca part ‘tinted mcm mamanya’
    sekarang byk produk nak kasi cerah..apa susah nya
    yg penting hati baik..kulit tolak tepi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: