MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Betapa semangatnya  hari ni bukak laptop dan nak bercerita tentang 1 cerita. Semuanya berkenaan merdeka.  Taip bukan main panjang, sekali tak save & compose di dalam blog yang dah lama sangat bukak application tu. Bila nak publish, tak boleh. Sekali jari ni gatal sangat nak menekan, terus ter-delete! Nak menangis sekejap! Aku mahu update 1 story sekurang-kurangnya untuk 1 hari.

Now I can feel how it’s like to be a writer, journalist or reporter. NOT EASY yo! Well, we learn from mistakes. It’s okay to have that experience, I’m sure, always a reason behind everything happens.

Lagi 1 hubby tadi dah pesan, buat dalam words, or pergi gym dulu, balik nanti update le blog  tu. Aku kata tak boleh. I must update my blog at 6 or 7 pm everyday, kata ku pada dia. Dah la ada open house hari ni. Orang Penang kata ketegaq sangat tak dengaq cakap laki, macam tu lah! Dia turun gym dulu, & aku cuba habiskan juga cerita tu.

Dah habis & dah baik punya story, tiba-tiba jadi macam tu. Hantu betuiiii!! The 2nd one always different. Jalan ceritanya dah jadi lain sikit. Tapi macam mana pun aku tulis balik sebaik mungkin supaya best jugak macam yang 1st one . (tak tau la best ke tak!) hehehee..

Alhamdulillah sudah 55 tahun kita merdeka. Bersama kita kekalkan keamanan ini. Every time tibanya merdeka, dari aku kecik, aku akan duduk depan tv, tengok perarakan. Kalau dulu masa kecik, nak tengok muka-muka pemimpin Negara (especially Dr. Mahathir – aku generasi Mahathir) semasa perbarisan & juga perarakan.

Pernah juga berangan nak jadi macam a girl in one of merdekas celebration . She had a big coverage for being a good ‘tekong’ and I think the best ever head of the assembly.  What an amazing show they put up every year. Aku selalu berbangga dengan Malaysia. Being a Malaysian we are so lucky & now I think we are beyond it.

Satu cerita dalam banyak-banyak cerita aku nak cerita hari ni tentang satu negara yang aku pergi beberapa bulan lepas. Dijajah oleh orang negara sendiri dan disiksa seperti binatang. Aku rasa binatang pun tak buat macam tu. Negara yang aku maksudkan adalah Cambodia. Aku & suami ke sana sempena bulan puasa & ada sedikit aktiviti yang kami lakukan di sana bersama anak-anak yatim beragama Islam & juga bukan beragama Islam.

Bila lihat keadaan di satu kawasan yang mana dulunya kawasan tanah perkuburan cina – dijadikan kawasan pembunuhan secara beramai-ramai, jantung aku macam nak gugur. Perasaan bercampur rasa marah, sedih & macam-macam. Eric suggested me to go when I asked him about Cambodia’s history during Polpot. He went once & tak mahu ke sana lagi. It was really cruel & beyond cruel.

Kita beruntung kita tidak punya mana-mana pemimpin yang bersikap seperti Polpot yang sungguh kejam. It happened in 1975 until 1979. Aku lahir dalam tahun 1977. Pernah mak aku usik kami semua masa kecik dulu, nak hantar kami ke Kemboja kalau nakal. Biar kena siksa dengan Polpot.

Aku melawat juga  sebuah sekolah yang terletak di Phnom Penh yang mana sekolah itu dijadikan penjara dan tempat interrogation dan juga tempat penyiksaan para pemimpin & bekas menteri Cambodia. Aku tak tengok sampai habis. Aku tak boleh terima keadaan sedemikian. Pada aku manusia sesama manusia, tidak berbunuhan sesama sendiri. That is something beyond logic.  Polpot ni pada aku seorang yang gila. Communist semuanya gila. Tidak ada langsung walau secebis rasa baik di hati mereka. All psycho.

Paling yang sukar aku nak terima, apabila aku tengok satu kubur (Genocidal Geong yang terletak 15km dari Phnom Penh) yang menempatkan 450 orang dalam 1 masa; dan juga yang paling menyayat hati dan buatkan aku ‘terbakar’ – apabila aku tengok 1 pokok besar di sebelah sebuah kubur panjang yang menempatkan semua wanita & kanak-kanak serta bayi – juga dibunuh beramai-ramai. Pokok itu digunakan untuk membunuh bayi. Agak-agak macam mana diaorang bunuh bayi di pokok itu? Rasanya you all boleh teka kan..

Regime Khmer Rouge mengangkat bayi kecik – tidak kira usia – dengan kaki mereka, dan kepala mereka dihentakkan ke pokok tersenut dengan hayunan yang kuat. Dengan hentakkan yang kuat itu menyebabkan otak bayi-bayi kecil ini tersembur keluar dari tempurung kepala masing–masing . Bayangkan bayi kecil & bayangkan betapa kuatnya hentakkan serta hayunan seorang dewasa terutamanya lelaki. Cerita ini diceritakan oleh Ketua pembunuhan Regime Khmer Rouge  yang bernama Dunc. Setiap pelawat & pelancong yang mahu melawat tempat pembunuhan ini, diberikan 1 radio di mana ada bebrapa interview asal mangsa dan juga bekas pemimpin Regime Khmer Rouge sendiri bercerita tentang pengalaman mereka.

Kemudiannya mayat bayi & kanak-kanak tersebut dibalingkan di dalam lubang bersebelahan pokok tersebut. Lebih teruk di hadapan ibu masing-masing. Amat sadis kan?

Betapa untungnya kita rakyat negara ini tidak pernah mengalami keadaan ini – di generasi ini. Agaknya bagaimana kita rasa kalau rakyat negara kita sendiri lakukan sedemikian kepada rakyat negaranya yang sama? Perkara sebegini mungkin juga berlaku dalam sejarah negara kita untuk mencapai kemerdekaan dulu. Aku dengar juga cerita wira-wira negara yang bertarung nyawa di dalam peperangan negara kita dulu kala menentang Jepun. Itu kita dijajah, kita tidak dibunuh oleh rakyat negara kita sendiri – seperti mana Polpot lakukan kepada rakyat senegaranya. Hampir 2 juta rakyat Cambodia mati disiksa serta kebuluran. Semuanya kerana ajaran komunismnya.  Rakyat Cambodia yang aku kenali (aku ada ramai kawan di sana) sungguh ikhlas dan jujur. Mereka mudah percaya & hati terlalu baik. Mudah mengikut kata, tapi mereka bersatu. Aku percaya kerana kebijaksanaan berkata-kata Polpot tu, yang membuatkan rakyat Cambodia yang kurang berpelajaran, terpegaruh dan mudah percaya serta menjadi askar regime rouge yang mahu menentang rakyat negara sendiri.

Panjang lagi cerita pasal Polpot kalau nak diceritakan, tapi aku lebih suka nak relate dengan kemerdekaan sekarang yang dah mencapai usia 55 tahun dan betapa beruntungnya kita. Kenapa aku ceritakan demikian kerana, kita harus kekalkan perpaduan negara kita. Pemimpin kita yang terawal dahulu bekerja keras demi generasi kita hari ini. Itu sejarah negara lain yang boleh kita jadikan iktibar bersama. Sejarah kita juga tidak kurang hebatnya.

Bercerita mengenai kemerdekaan, aku masih ingat dengan arwah abah yang sukakan politik dan sentiasa updated dengan perkembangan semasa politik Negara. Masa akau kecik, arwah abah selalu bawak aku ke sebuah kediaman besar di Pulau Pinang. Aku suka ke sana sebab suka bermain di bawah pokok rendang di compound rumah besar tersebut. Abah selalu bersembang dan akan beri buah tangan kepada seorang lelaki tua yang hanya duduk di kerusi roda. Ada kala, anak lelakinya serta menantu perempuannya, yang berbangsa Cina akan menyapa abah.

Pada aku mungkin lelaki itu saudara mara kami, yang aku masih belum kenal. Maklumlah masa tu kecik lagi,. Agaknya baru 6 atau 7 tahun. Aku tahu arwah abah memang respect betul dengan lelaki tersebut.  Pernah abah suruh aku salam. Aku salam dan tenung wajahnya.  Orangnya mudah tersenyum..

Sehinggalah aku meningkat dewasa dan setiap kali merdeka, akan tersiar di tv seorang lelaki melaungkan ‘merdeka’.. Wajahnya sama dengan lelaki di kerusi roda yang pernah aku salam masa aku kecik. Rupanya lelaki tua  yang duduk di kerusi roda itu; yang aku selalu bermain di laman rumahnya adalah bapa kemerdekaan Malaysia. Wow! Manalah aku tahu. Masuk sekolah, belajar sejarah, baru lah aku kenal semua pemimpin negara.  Tunku menghembuskan nafas terakhirnya tanggal 6 Disember 1990. Aku di tingkatan 1. Aku tahu arwah abah sedih dengan berita itu.

Arwah abah selalu berjumpa dengan Tunku kerana , abah kenal dari dia kecik. Mungkin abah hilangkan rindu kepada arwah abahnya dengan bersembang dan berjumpa dengan Tunku. Cerita cousin aku, Arwah Dato Rahim Razak (yang pernah bertugas di Kementerian Dalam Negeri semasa Tun Mahathir & Dato Seri Abdullah Badawi menjadi perdana Menteri) katanya arwah atok abdul Raof amat aktif berpolitik di Kuala Ketil Kedah. Arwah atok baik dengan Tunku & bapa kepada bekas menteri penerangan Malaysia Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir. Cousin aku arwah Dato Rahim masih simpan gambar tu – yang mana sekarang bersama isterinya – I’m sure. Mereka bertiga ketika itu bersama berkempen di kawasan Kuala Ketil Kedah. Arwah abah banyak connection dengan menteri ketika itu sebab arwah atok aku.

Keluarga kami memang gemar politik. Tetapi tidak aku. Aku lebih suka jadi penghibur – buatkan orang happy!  Lagipun aku tak punyai sifat & sikap pemimpin yang berkualiti tinggi seperti mana arwah atok, pakcik-pakcik aku & cousin aku. Mereka sibuk di Kedah sekarang ini untuk pilihanraya akan datang. Aku respect dengan mereka & puji semangat kental mereka. Politic is not my forte. Aku tak berani komen. Aku lebih suka buat sesuatu ke arah mebangunkan insan & kemanusiaan.

Keluarga kami besar. Bukan pakcik & cousin aku sahaja berpolitik, kakak aku yang sulung pun boleh tahan hebat juga. Dia memilih untuk bekerja di pejabat opposition party di Permatang Pauh. Aku kenal juga dengan family itu. Aku selalu ikut arwah abah masa kecik. Jadi, merata arwah abah bawak. Aku pernah juga dengar seseorang yang bernama Anwar menengking abah – gara-gara urusan tanah keluarga kami yang kami dapat anugerah dari Tunku. Tanah tersebut nyaris digadai bank kerana abah salah pertimbangan memberi tanah tersebut yang asalnya mahu dibangunkan bersama abang  bekas timbalan perdana menteri itu.  Insiden itu bagi kesan mendalam pada aku. Mestilah aku marah jika ada seseorang menengkin dan berlaku kasar pada abah aku atau keluarga aku! Tapi, abah kata dia baik. Bakal pemimpin negara yang bagus kerana beliau lantang macam Dr Mahathir. Itu yang abah bagitahu aku dan juga semua keluarga. Kami respect juga pada Anwar sebab kebijaksanaannya.

Mentor aku Dr Mahathir. Abah kerap juga berjumpa Dr. Mahathir masa tu. Kami sekeluarga simpan gambar kenangan abah dengan Dr. M. Masa tu beliau melawat Kedah. Kalau nak tahu, senyum abah sama dengan Dr. M. Kalau aku rindu abah, aku akan tengok muka Dr.M. I’m reading the book now. And always look at the front cover lama-lama. Aku rasa lega setiap kali buat macam tu. Lepas sikit rindu pada arwah. Abah Cuma gelap sedikit (mamak la pulak kan!) Dr. M yang kita panggil Tun kini; lebih cerah. To me he is such a brilliant man. I like him because of my father. Abah meninggal pada 3 Ogos 1997.

My father is my greatest leader in our family. Always say good things about others walaupun orang tu pernah sakitkan hatinya. Katanya, kenangkan apa yang pernah mereka buat baik untuk kita, bantu kita. Jangan judge orang dengan sekali benda buruk berlaku. Kita semua manusia biasa, tiada yang sempurna. Kita bukannya maksum. Hanya Rasullullah. Itu pesan abah. Whatever happen, must love your country and respect others. Politik bukannya alasan untuk kita membenci satu sama lain. Kita semua manusia, punya rasa, hati dan perasaan yang sama. Darah kita warnanya juga sama. Tiada beza.

Jika tidak boleh memimpin, beri laluan pada yang mampu memimpin. Jika tidak tahu sejarah dan politiknya, jangan berpolitik.  Kelak meludah ke langit, jatuh di batang hidung sendiri. Manusia punya pelbagai ragam. Biar tahu asal usul, jangan mendabik dada dan berhujah menggunakan ego. Kelak musnah diri dan semuanya. I miss you abah.

Selamat menyambut kemerdekaan yang ke 55. Kekalkan tradisi perpaduan ini. Keamanan yang kita kecapi ini, hanya di sini. Di bumi bernama MALAYSIA.  Al fatihah kepada bapa kemerdekaan Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj; juga kepada abah. Semoga tenang di sana….

KAN AKU DAH KATA, CERITANYA JADI LAIN! YANG ASAL TAKDE CERITA KEMBOJA TU. TAPI SOMETHING THAT IS GOOD TO KNOW. THANKS FOR READING. 🙂

Advertisements

7 Comments on “MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

  1. wow..impress on your blog, even its not about Cambodia, its good start for Merdeka! Al-fatihah…for them too.
    p.s: ketegaq pasai apa pun tak taw… 😀

    • Thanks for visiting. Ketegaq pasai dok excited terlebih dengan blog ni. Orang lain dah buat lama, kami baru nak start. Baru nampak! hahahah… Glad you enjoyed it. appreciate it 🙂

  2. terbayang2 plak cerita bayi dibunuh kat pokok tu. ku terus pandang Ammara…Ya Allah..ada tak perkataan yg lebih kejam drp perkataan “kejam”?

    • itu lah.. rasanya boleh guna perkataan ‘brutal’… dah agak dah hangpa akan terbayang2 part yang bayi tu… sorry na. sekadar nak share

  3. betoi apa yang dinasihatkan oleh arwah your father… indeed… we are very very lucky to be in this country, Nurul, thank you for sharing the stories with us especially what had happen in Cambodia ……….. O….. M……. G…..!!!!!!! you’re a good writer….;-)

  4. I visited Cambodia few years back. I’ve read countless books about Polpot. Kejam tu pendek sangat nak gambarkan… Sedih tu toksah cakap la. Ada yang cerita.. Kalau nak beri pengajaran kepada pembelot, pada ibu2 yang mengandung tu dorang belah perut hidup-hidup depan orang ramai & keluarkan bayi dari perut tu.
    Sekarang kalau u all pergi Cambodia, masih ada lagi pakcik2 dan makcik2 tua yang kudung tangan atau kaki akibat di potong zaman perang tu. Dorang makan ular & tikur sebab miskin… Geli bila dengar tapi hakikatnya memang dorang susah yang amat nak beli makanan lain tak mampu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: